Mr.Tabung

Monday, November 30, 2015

GROLIER vs PRINCESS

Entry kali lebih kepada parenting lah, al maklumlah aku ni pun bukanyer muda belia pun, asyik nak buat post fefeling muda mudi..hihihi.

Ni perihal anak dara aku ni, disebabkan dia ni puteri tunggal aku (setakat ni), dia memang manja memang melebihi impak maksima. Tapi nak salahkan dia pun tak boleh, mak pak nyer jugak yang layan dia macam puteri indera kayangan. Tambah-tambah daddy dia, adoiyaa, aku peratikan je sejak dari lahir sampai sekarang tak pernah sekali pun dia nak marah apatah lagi pukul anak dara dia tu.

Berbeza pulak dengan aku, dalam duk sayang-sayang, timang-timang, garang tau aku ni..hehehe.. aku punya panas baran kalau dulu-dulu nauzubillah, tapi alhamdullilah sejak bersalin yang first makin kurang dan yang second ni lagi berkurangan.

Dipendekkan cerita, mak bapak mana taknak anak nye cerdik, betul tak?? Aku ni pun gigihlah beli set grolier yang kononyer sangatlah bagus untuk anak-anak dari dalam perut lagi. Siap dengan berpuluh set buku dan juga vcd. Harga sah-sahlah beribu tapi demi nak menarik minat anak aku ni ku korbankan jugalah.

Akan tetapi sehingga kini, satu pun tak pernah dia nak belek apatah lagi menonton cd cd tu semua. Ayakkk..tab dia jugak yang diusung ke hulu ke hilir siap boleh hafal lagi lagu thailand (ni semua penangan apaknyer). Aku yang gigih suruh dia belajar english melalui grolier learning tu tapi dari cerita-cerita BARBIE tu jugak dia belajo cakap omputih complete dengan slang lagi. Ok tu oklah tapi bab nak melawo serba serbi nak ikut princess tu princess ni itu yang merisaukan.

Menyesal jugak aku bagi gadjet2 ni kat budak sorang ni. Aku suruh baca ABC dalam seminggu tu kalau kene angin dia, mahulah diabiskan sampai z, tapi kalau kene angin princess dia tu datang jangan harap. Jawapan tegar biasa dia akan bagi >>takpe..takpe<<. Kecik kecik je aku tengok ko nak.

Apa-apa pun semoga sekolah yang aku hantar ni mampu membina keinginan dia untuk belajar, berdikari dan berkawan. Insyallah.





















Wednesday, November 25, 2015

Ectopic pregnancy


Entry ni aku nak share kat mummy to be kat luar sana. memandangkan aku pernah mengalami mengandung luar rahim dan terpaksa dibuang sebelah tiub fallopian. So aku share lah artikel yang aku copy dari blog Dr. Azwan.

Melalui pengalaman akulah, memang sakit, macam nak terberanak pun ada tapi apa yg pasti aku start sakit selapas 10 hari datang haid so tentulah aku tak bajet yang aku ni peknen. Bila dah darah keluar mengalir tak macam darah haid barulah aku pegi klinik and then they refer me to hospital dan selepas beberapa kali scan baru dpt detect mengandung tapi luar rahim. Nak dijadikan cerita lagi that baby still membesar so kenelah operate untuk mengeluarkannya kalau tak nyawa aku boleh melayang kalau saluran tu pecah bila janin tu membesar. Scary ok...alhamdullilah.. selepas pembedahan tu 6 bulan aku mengandung tapi disebabkan masih baru lepas operated cukup 4 bln aku keguguran dan doktor cadangkan tunggu 2 tahun untuk next pregancy tapi dah rezeki, genap setahun aku mengandung lagi tapi sama jugak cukup 4 bulan gugur jugak so now aku dengar nasihat doktorlah.

Boleh dijadikan panduan dan rujukan yer dan sila jangan pandang remeh tentang perkara ni.

Apa itu Mengandung Luar Rahim? 
Apa yang pelajar perempuan itu alami ialah Kandungan Luar Rahim atau "Ectopic Pregnancy". Ia membawa maksud, embrio yang telah dipersenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar daripada rahim. 98% daripada kandungan luar rahim ini ialah pada kawasan tiub fallopia dan ia dipanggil "Tubal Pregnancy". Yang lain-lain ialah di serviks, di dalam kawasan abdomen (omentum atau peritoneum) dan ovari.


Kenapa Mengandung di Luar Rahim?
Di dalam tiub fallopia mengandungi rerambut halus yang dipanggil CILIA. Ia bergerak seperti penyapu dan akan menolak perlahan-lahan embrio dari kawasan persenyawaan ke arah rahim. Apabila CILIA ini telah rosak maka pemindahan embrio ke dalam rahim secara normal akan terganggu.

Antara risiko dan penyebab mengandung luar rahim ialah :-
1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.

2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.

3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.

4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan.

5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.

6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.

7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.


Gejala Mengandung Luar Rahim

Apabila seorang wanita di dalam jangka umur subur datang dengan sakit perut yang teruk, di sebelah kiri atau kanan bahagian bawah, maka mengandung luar rahim perlu diketepikan. Ini adalah kerana mengandung luar rahim boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut dan boleh menyebabkan kematian.

Selain daripada sakit perut, pendarahan pada vagina yang seolah-olah datang period boleh mengkaburi pesakit kononnya mana mungkin mengandung kalau datang period. Sedangkan ia bukan lah period tetapi pendarahan akibat mengandung luar rahim.

Beliau juga mungkin boleh mengalami tanda2 awal mengandung seperti terasa ngilu pada buah dada dan puting, pening dan loya atau muntah-muntah beberapa hari sebelum itu.

Sekiranya pendarahan terlalu banyak di dalam perut, pesakit akan mengalami pening-pening, rasa lemah badan, perut menjadi keras, sakit pinggang dan belakang dan boleh pengsan.


Bagaimana Diagnosis Dibuat?

1. Selain daripada sejarah pesakit, Pemeriksaan dengan memasukkan dua jari ke dalam vagina menunjukkan kesakitan pada serviks, dan bengkakan pada sekitar dinding vagina berhampiran serviks
2. Kehadiran hormon HCG pada air kencing ataupun darah boleh diperiksa.
3. Ultrasound abdomen menunjukkan tiada kantung kandungan di dalam rahim
4. Transvaginal Ultrasound adalah kaedah paling berguna - boleh menunjukkan pembengkakan di dalam tiub fallopia, kandungan rahim yang kosong dan pendarahan.


Apakah Perawatan Mengandung Luar Rahim
Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada Laparoskopi atau Laparotomi. Laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit.

Walaupun begitu, had nampak laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan terlalu banyak sehingga menghalang penglihatan atau pendarahan tidak boleh dikawal, maka option untuk menukar ke pembedahan terbuka dilakukan. Pada kebiasaanya, tiub yang rosak akan diikat dan dibuang. Proses ini dipanggil salphingectomy.

Semoga mendapat manfaat yer...


Tuesday, November 24, 2015

Eye Tattoo

Hello wello semua..
Entry kali ni cuma nak meluahkan masalah aku yang agak tipikal iaitu malas nak bermake up bila masa nak pergi jenjalan.

Walaupun kadang-kadang sebelum tiba masa waktu nak keluar tu angan-angan aku kemain melangit nk touchup muka ala2 cam artis. Tapi bila tiba saat ketika muka plain aku ni jugak yg aku bawak ke sana sini.

Kalaulah kulit muka aku ni licin macam artis-artis kpop nescaya memang aku takyah nak mekap bagai kan. (tetap bersyukur).

Bila aku terserempak dengan lady-lady kat luar sana yang mekap cantik-cantik, dalam diam aku kagum macamana dia boleh jadi cantik macamtu. Hmm...aku paling hebat pun kalau keluar pakai eyeliner je itupun dah kira satu kehebatan sebab dalam sepuluh kali aku keluar 2 kali je aku buat macamtu.

Tapi kan..baru-baru ni aku ada ternampak satu gurl ni masa tu kat miv valley, cantik betul ukiran eyeliner dia dan aku pun curi-curi pergi rapat-rapat sampai coffeebean, rupanyer dia pakai eye tattoo tapi yang sementara lah. Agak-agak kalau aku pakai pelik tak ek.???

Bagi yang belum tahu kat bawah ni ada aku copy paste kan contoh tatu mata tu, maklumlah akak ko ni memang ketinggalan keretapi tapi tetap nak share jugak.









Amacam ada beran nak try??? tapi ek..ada sesape tahu tak mana nak dapat benda ni dengan harga yg murah???

Selamat mencuba.

Thursday, November 12, 2015

POM POM


Sape dah boleh terbayang bila tengok tajuk aku ni..Errrr...tak pasti yer.Meh aku nak bagitau, pom pom ni ialah sejenis alatan yang selalu orang guna terutama kalau melibatkan party ke tarian ke atau yang lebih senang cheer leader. Alaaa..yang budak-budak pompuan duk buat aksi melompat-lompat bagi menyokong team bola sepak ke ragbi ke. Yang pastinya semua nyer slim-slim dan cun-cun.

Dulu-dulu aku sangatlah berminat dengan cerita-cerita yang bersangkut paut dengan cheer leader ni dan pernah jugak r berangan nak buat aksi yang sama tapi apakan daya takut melekat kat tanah pulak bila tiba aku melompat takde sape sanggup nak sambut.

Dah dah jangan gelak sangat.

Yang aku nak cerita ni sebenarnya tentang perihal anak dara aku ni, suka sangat bermain dengan tali sampaikan abis rupa bentuk asal tali tu kalau dibiarkan kat dia. So aku pun transform kan tali tu jadi pompom. Rupanya menjadi..klu asal usul pompom tu kembang elok tapi dapat kat dia sampai kusut masai kuyup dan kerinting jadinya dah tak jadi serupa asal. 

Tapi takpe dik, tak susah pun nak buat benda alah tu, modal pun tak banyak..mainlah sampai lebam, nanti mommy buat lagi sebab ada pembantu yang selalu je membantu...hehehhe.




Ni dia....




Sedih tak tengok yang lama dah jadi macamni..betapalah anak aku ni suka dengan hasil kerja tangan aku nih..





Nampak perbezaan di situ?? moga yang pink tu akan terus bertahan.



Ini dia pembantu yang sado tapi sungguh lembut hasil kerja nyer...



Kalau ada sesiapa yang nak mencuba, antara bahan-bahanyer adalah

1. 2 gulung tali rapia (pastikan yg lebar-lebar bukan yg halus halus k)
2  getah (untuk diikat pemegangnya)
3. dan sesuatu yang tajam (jarum dan yang seangkatanyer utk menghaluskan tali tali tersebut)


Sekian..terima kasih. 

Wednesday, November 4, 2015

Fius tercabut

Nak kata kerja aku banyak nau-nau kat pejabat takdelah sangat, tapi bila tiba time berlambak memang tak menang tangan. Bila mana datang mood gila aku menyerang habis sumer rakan kerja aku paksa join.

Salah satu darinya dipaksa berselfie (batak selfie). Walaupun deep dalam hati derang menyumpah aku kot tapi yang penting kerjasama bagi menjayakan kebosanan aku yg tiba-tiba menyerang sangat berguna.

Tadaa....gambar pembuka bicara.


Gambar kedua:
Yang belakang tu memang sentiasa bersemangat dalam bab-bab bergambo ni.



Orang bekerja aku sibuk jugak bekerja.


Pembantu peribadi.


u r so sado b ( b singkatan dari nama brahim) jgn nk salah faham sangat.



Takde tujuan.



Bodyguard yg tak berapa nak menjadi.



Pinjam jap je...


Dia lagi..



Muka nak kena selam dalam air.



Muka memang nak kene rebus dalam periuk tanah.



Terpaksa tapi rela.



Hehehe...apajua sekali pun korang semua memang terbaik...nanti aii ajak lagi k..next kiter guna drone pulak tapi tunggu duit bantuan dari kerajaan next year k...

Selamat maju jaya!!!


Monday, October 26, 2015

SEJARAH MUNGKIN BERULANG

Haa..sape pernah dengar pasal BLT? atau ringkasan untuk Balai League Table di mana pertandingan (sesuai ke ayat pertandingan) di antara balai-balai polis seluruh Malaysia. Dan untuk kali kedua nya Balai tempat aku berkhidmat ni sekali lagi terpilih untuk Balai kelas A.

Pertandingan dinilai dari sudut penurunan indeks jenayah / kebersihan balai dan perbagai lagi. Antara sebab kenapa aku dan seluruh warga balai ni bertungkus lumus dan bekerjasama membersih/meng upgrade dan macam-macam lagi adalah kerana hadiah yang ditawarkan.

Kalau tahun 2012 setiap sorang warga balai akan menerima wang tunai RM500 dan sijil penghargaan tetapi bagi tahun ni pulak hadiah akan digandakan menjadi RM1000 setiap seorang. Ko taknakkk???? haruslah semua nak. 

Tetapi memanglah indeks jenayah sentiasa menurun di kawasan jajahan balai aku ni...chewahhhh...angkat bakul sendiri nampak. Susah payah anggota-anggota polis ni bekerja siang malam bagi membanteras jenayah. Tabik spring sikit...

Ada lagi cerita yang lebih menarik selain daipada 2 hari berturut-turit aku bekerja keras iaitu....menggubah bunga. Ramai yang tak percaya sebenarnya dengan hasil ke kreatifan aku ni..tapi sila silalah percaya yer.

Malas nak cerita pepanjang..sila hayati r gambar-gambar kerajinan aku ni...layannn...




peace tu sentiasa wajib bile bergambo.

kawasan larangan..nampak tuu...




TADAAA....gubahanku....


abg sado dipaksa jd mat bunga jap


Dan di bawah ni kemenangan pada tahun 2012 . Sejarah mungkin berulang!!! insyaallah...





:: teknik pengambilan gambar menyebabkan nampak gemok, realitinya kecik 5 inci dari gambar..muahaha

Friday, October 16, 2015

Nombor nombor

Pernah tak korang terfikir setiap nombor ada maksud nya yang tersendiri? Aku pun pernah dengar sikit-sikit sebelum ni. Selalunya ada golongan tertentu yang mempercayai kepentingan setiap nombor-nombor ni dengan kehidupan harian mereka.

Contoh ada sesetengah kondominium atau apartment atau mana-mana bangunan pejabat yang mempunyai lift. Kalau korang ada terperasan tingkat 4 akan ditukar kepada 3A (butang tekan lift), no.13 di tambah kepada 13A ini kerana 13= (1+3=4) . So jelas menunjukkan yang no. 4 paling tidak digemari Tapi bagi yang beragama islam sudah tentu kita tidak mempercayainya.

So for today untuk korang saja-saja try...





Jangan taksub sangat ok, sekadar lawak petang je.

No kereta idaman aku ialah: 1378 ...wakakakakaka...jangan marah naaaa....