Mampu ke aku
menukar gaya rambut aku yang sedia ada ni menjadi gaya rambut idaman aku. Kalau
sesaper nak bagi tips pun sila-silalah kemukakan yer. Terlebih dahulu aku
ucapkan terima kasih.
Rambut asal aku
sebenarnya adalah curly murly + kasar
+ tebal atau kesimpulannya aku memang
tak selesa. Setelah terciptanya teknik rebonding
di mana mampu menukar dari rambut yang kerinting ke lurus. Tanpa memikirkan
kesan dan akibat aku terus mencuba. Mengambil masa lebih dan kurang 2-3 jam, aku
sanggup menahan kepala aku ni kat saloon.
Oleh kerana masa mula-mula keluar teknik ni, harganya boleh mencecah sampai
RM300. Tapi kalau sekarang RM100 tu pun dah kira mahal lah.
Hasilnya memanglah
memberangsangkan sebab untuk kali pertamanya aku rasa kepala aku ringan sangat
tapi ada pantangnya iaitu ; jangan bagi kena air dalam tempoh 3-5 hari. Demi
nak cantik aku sanggup berpantang walaupun rasa sangat tidak selesa. Selesai je
tempoh berpantang, apabila siap di shampoo
dan ber-conditioning, fuhhhh...lega
yang teramat. Dan aku pun mulalah berbangga sebab rambut tak perlulah disikat
sangat kerana dek kerana terlalu lurus dan licin.
Tapi semua tu
berkekalan hanya untuk 6 bulan, setelah rambut mula memanjang, aku mula melihat
rambut yang tumbug dah mula nak kembali seperti asal dan tanpa berlengah-lengah
lagi aku terus me-rebondingkan sekali lagi sehinggalah aku diperkenalkan teknik
relaxing. Ianya lebih kurang sama dengan rebonding Cuma teknik ni lebih nampak real,
sebab kalau rebonding rambut akan menjadi terlalu flat (iron). Aku mula tertarik
dengan teknik ni walaupun masa yang diambil pun kurang sedikit je ditambah
harganya pun lebih murah, ada sesetengah kedai RM70 je.
Menurut hair
designer perbezaan antara rebonding dengan relaxing
adalah ironing. Kalau rebonding, di akhir
sesi rambut akan di iron tapi
sebaliknya kalau relaxing. Oleh sebab itu, rambut akan nampak more natural kalau relaxing (nama pun relax kan). TETAPI. Relaxing lebih sesuai kepada
rambut yang curly nya tak terlalu heavy. Kalau bagi rambut yang memang heavy curly, dicadangkan rebondingkan je
untuk mendapat hasil lurus yang diinginkan.
Ok, sekarang ni aku
tengah gilakan fesyen rambut mcm ni :
.PILIHAN PERTAMA. |
.PILIHAN KEDUA. |
Akan ku tunggu masa
yang sesuai untuk ke menjejakkan rambut ku ke saloon yang menjadi pilihan hati dan wallet aku. Harap-haraplah
menjadi fesyen aku tu, kalau tak jugak, habislah aku, takkan asyik nak straight hair je (dah bosan)sebab rambut
yang ‘curl-curl kat bahagian bawah’ ni nampak seksi n gojes. Kalau panjang rambut
lagilah bertambah ke-gojesan nyer.
rambut rebonding ingin membuat relaxing boleh ke ? meyesal buat rebonding
ReplyDelete