Terujanya lah bila
tengok orang mengandung anak kembar. Sakit sekali tapi dapat dua terus.
Sangatlah bertuah ditambah kalau anak tersebut lelaki dan perempuan. Eeee....comelnya.
Tapi kan, perlu ke ada keturunan yang kembar baru keberangkalian nak dapat
kembar tinggi? Ramai lah yang cakap begitu. Emmmm...
Dunia dah moden
kan? Tak semestinya kena ada keturunan kembar baru boleh dapat anak kembar. Ada
satu jenis pil yang di panggil CLOMID atau lebih mudah difahami pil subur. Menurut kenyataan, pil ni boleh menambah jumlah telur yang terhasil bagi kaum wanita
bila tiba waktu subur dan yang lebih menerujakan apabila kebanyakan kembar yang
dihasilkan adalah tidak seiras sebab berlainan kantung. Kalau berkongsi satu
kantung maka kembar seiras dan jika berlainan terjadilah tak seiras.
Insyaallah, jika
dah memang tercipta untuk kita maka dikurniakanlah pada kita. Selain untuk
mendapatkan anak kembar, bagi yang lambat atau kurang subur juga akan
direkomenkan oleh doktor untuk mengambil pil ini sebagai permulaan rawatan
mendapatkan anak. Kebanyakanya menjadi dan tak kurang juga yang tak menjadi dan
ini semua di luar kemampuan kita. Yang penting kita cuba dan berusaha yang
selebihnya kita serahkan pada yang maha berkuasa., insyaallah.
Mengikut kawan aku (membuat rawatan kesuburan di hospital)
pil ini harus dimakan hari kedua period untuk 5 hari berturut-turut dan WAJIB mengambil pil ini pada waktu pagi
dan pada waktu yang sama untuk keesokan harinya (2 biji). Contoh; kalau harini
kita makan pil ni jam 9 pg dan esok nya juga haruslah jam 9 pg juga. Lambat
seminit dua takpelah.hihihi.
Akan tetapi satu je
masalah yang mendatangkan isu iaitu kemungkinan besar berat badan kita yang cun
ni akan bertambah. Erkk??? Jadi kalau dah bersedia untuk berkorban, sila
teruskan sehingga berjaya. Lepas dapat anak berusahalah untuk me-maintain
semula badan yer. Risiko lain pula aku tak pasti, jadi pada yang ragu-ragu sila
dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu yer.
Selain dari
klinik/hospital, pil ini boleh didapati dan dibeli di farmasi-farmasi yang
berdaftar di mana di situ pun ada medical
staff yang boleh menerangkan cara penggunaanya. Setakat ni takde kesan negative
dari penggunaan Clomid ni jika diambil dengan cara yang betul ye dan sekali
lagi aku tekan kan, kalau ragu-ragu sila dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu
yer.
Aku macam berminat
nak dapat anak kembar tapi kenalah berbincang dengan My Incik Hubby terlebih
dahulu, kalau dia bagi green lite maka aku akan cubalah cara ni. hehehehehe.
Sebab apa nak kembar?? Sebabnya ialah, kalau sekali ni dikurniakan oleh Allah
anak kembar maka lepas ni tak perlulah aku menambah zuriat lagi, al-maklumlah
umur dah meningkat (sadisnya). Uwaaaaaa....terujanya.
Walauapapun, mulakan dengan bismillah dan diakhiri dengan alhamdullilah..insyaallah . supaya
dipermudahkan segala urusan. amin.
Bilakah aku nak
memulakan misi ini??? Belum pasti..hahahahahaha.
Aku ada mencuba test twin quiz kat satu website ni yang terdapat 10 soalan berkenaan tahap kesihatan dan latarbelakang kita yang perlu dijawap dan dari jawapan kita tu keberangkalian dapat twin tu boleh dilihat (not 100% sure).
Ini adalah hasil
jawapan daripada soalan quiz yang dapat menganggarkan keberangkalian aku mendapat kembar tinggi atau tidak ;
According to the
answers you've provided on this quiz, your chances of conceiving twins may
possibly be higher than the general population.
How much higher
depends on the risk factors you have. Some risk factors, like age (being over
30) or weight (having a BMI over 30), increase your odds of conceiving twins,
but also, conversely, decrease your chances of getting pregnant.
On the other hand,
using fertility drugs will significantly increase your odds of having twins. By
what percentage will depend on which treatments you use and whatever additional
risk factors you have.
If you have reasons
to suspect that you may be pregnant with twins, speak to your doctor about your
concerns.
If you're trying to
conceive and wondering about your chances for conceiving twins, speak to your
doctor about your particular situation.
If you're using
fertility treatments, make sure you ask about your chances of conceiving twins
or multiples, and ask about ways to lower your risk.
Hahahaha...entahlah
kan...suka suka jer.
macam ni lah kalau scan twin.. |
comeinyer...anak sape lah nih..... |
Ha..amacam?? teruja tak?? nak cuba?? dipersilakan...gud luck !!!!
Macam nak cube jekk! Tapi kemungkinan berat badan bertambah??oh tidak!mengerikan pulakk!
ReplyDeletejom r kita try fara...nak tak???
DeleteDkt farmasi mne ade jual bleh tlg bli
ReplyDeleteheheh nk try gak..clomid yee
ReplyDelete