Mr.Tabung

Monday, June 11, 2012

Camni rupanya...



Sekali lagi aku tertarik dengan satu info mengenai pembentukan awal terjadinya pertumbuhan manusia (baby). Kalau sebelum ni aku asyik nak tahu perkembangan semasa mengandung mengikut minggu tetapi untuk kali ni aku baru dapat tahu pembentukan dari awal selepas persenyawaan. (Credit to SKPM1023)

Trimester 1

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PRANATAL

Di antara peringkat perkembangan yang teramat penting dalam kehidupan manusia ialah sewaktu dalam kandungan ibu (prenatal). Jangka waktu prenatal ialah tempoh sebaik sahaja selepas persenyawaan sehingga bayi dilahirkan iaitu berlangsung selama kira-kira 266 hari selepas persenyawaan atau 280 hari dari pertama haid yang terakhir sebelum seseorang hamil. Pada tahap ini, proses pembahagian sel, pembentukan organ-organ dalaman dan fizikal berlaku secara amat aktif. Perkembangan bayi sewaku prenatal terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa germa yang berlangsung lebih kurang tiga minggu,fasa embrionik yang berkangsung dalam tempoh dua minggu hingga dua minggu hingga dua bulan selepas persenyawaan, akhir sekali ialah fasa fetal. Sewaktu fasa kedua, bayi dipanggil embrio manakala pada fasa ketiga bayi dipanggil fetus.

PERSENYAWAAN

Persenyawaan adalah sesuatu proses dimana sperma dan ovum bersatu untuk membentuk satu sel yang dipanggil zigot. Zigot iaitu suatu sel yang cukup lengkap serba-serbinya. Zigot manusia mempunyai 23 pasangan kromosom yang didalamnya terkunci seluruh maklumat yang akan mengendalikan perkembangan dan sifat-sifat seseorang manusia sehingga berakhir riwayatnya. Di samping itu, di peringkat zigot inilah juga terkandungnya sepasang kromosom yang menentukan kejantinaan seseorang.

Proses persenyawaan ini biasanya berlaku disekitar kawasan saluran falopio. Persenyawaan berlaku apabila seorang wanita dilahirkan lebih kurang 40,000 ovum. Sewaktu dilahirkan ovum yang tidak matang ini terdapat pada kedua-dua ovari. Ovum ini terkandung dalam satu bungkusan. Bagi wanita yang telah matang, penghasilan folikel-folikel yang telah matang daripada ovum berlaku sekali dalam masa 28 hari. Walaubagaimanapun, jangka masa ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Ovum ini dibawa dari uterus oleh rambut-rambut halus disekitar saluran atau tiup falopio yang dipanggil cilia kedalam rahim. Persenyawaan biasanya berlaku sewaktu ovum ini melalui saluran falopio.

Sperma antara sel terkecil yang terdapat didalam badan manusia, dihasilkan oleh testis seorang lelaki matang. Terdapat berjuta-juta sperma dihasilkan dalam satu proses ejakulasi. Sperma-sperma ini akan masuk ke saluran falopio melalui servik dan akan berenang mendapatkan ovum. Persenyawaan berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum dan proses ini berlaku pada hari ovulasi atau lima hari sebeum ovulasi.

PROSES PERSENYAWAAN
TRIMESTER PERTAMA

FASA GERMA (LEBIH KURANG 2 MINGGU)
 
Peringkat pertama dipanggil Fasa Germa yang berlangsung selama lebih kurang dua minggu iaitu beberapa jam selepas persenyawaan antara sperma (benih atau nutfah lelaki) dengan ovum (telur atau nutfah perempuan), pertumbuhan manusia pun bermula. Hasil percantuman sperma dengan ovum menghasilkan zigot. Zigot yang terhasil mewarisi kebanyakan ciri-ciri kedua-kedua ibu bapa dan nenek moyangnya.

ZIGOT (SPERMA + OVUM)

Zigot yang terbentuk mula membahagikan kepada dua sel, kemudian setiap sel tersebut membahagikan kepada dua sel untuk menghasilkan empat sel seterusnya 4 sel tadi membahagi lagi untuk menghasilkan 8 sel dan seterusnya sehingga terbentuk 16 sel, 32 sel dan seterusnya sehinggalah terbentuknya selonggok sel-sel yang tersusun tidak ubah sepeti sebiji bola. Struktur 16 ini disebut sebagai morula. (Rajah 2.1). Kulitnya terdiri dari dua bahagian sel, iaitu lapisan kulit luar dan kelompokan sel-sel di satu bahagian. Lapisan kulit luar adalah bakal yang akan membentuk uri, iaitu lapisan tisu-tisu yang menyediakan permukaan yang akan menghubungkan lembaga dengan rahim ibunya.

Kelompokan sel-sel pula adalah bakal lembaga itu sendiri. Ruang yang dibendungi oleh sel-sel tersebut dipernuhi dengan cecair yang juga dikeluarkan oleh sel-sel tersebut. Cecair ini dipercayai mempengaruhi atau mencetuskan perkembangan lembaga selanjutnya. Pembahagian zigot ini berlaku sewaktu dalam perjalanan ke rahim iaitu sekitar tiga hingga empat hari. 

Sementara lembaga sedang mengalami proses pembelahan sel-selnya, ia juga perlahan-lahan bergerak menuruni salur ovum menuju ke dalam rahim dengan pertolongan silia-silia dan cerutan salur ovum. Peringkat ini berakhir kira-kira dalam 3-4 hari setelah persenyawaan berlaku. Dalam tempoh 3-4 hari berikut pula, lembaga itu seolah-olah sedang bersiap sedia untuk membenamkan dirinya ke dalam dinding rahim. Kini, sel-sel dari kelompokan dalam sekali lagi bertukar corak untuk membentuk sel-sel yang bakal melahirkan lembaga manusia yang sebenarnya. Sehingga ke sat ini saiz keseluruhan lembaga itu masih lagi sama besar dengan telur asalnya dan ia masih lagi dibendungi oleh selaput telur.

Pembahagian sel menukarkan zigot kepada morula yang berbentuk bola tiga hari selepas persenyawaan. Persenyawaan dan pembentukan morula ini berlaku di dalam salur rahim. Kemudian satu ruang terbentuk di dalam morula dan menukarkan morula kepada blastosista. (Rajah 2.2). Blastosista digerakkan secara lembut ke arah rahim dan kemudian terbenam ke dalam dinding rahim. Semasa proses pembenaman, blastosista di penuhi cecair yang memisahkan kepada dua lapisan sel iaitu lapisan luar yang bertanggungjawab bagi proses pembenaman dan lapisan dalam yang membentuk embrio. Perjalanan blastosista sehingga sampai ke dinding rahin mengambil masa lima hingga enam hari. Menjelang hari ke dua belah, blastosista telah terbenam sepenuhnya di dalam dinding rahim

Biasanya perkembangan zigot kepada blastosista berlaku tanpa disedari. Pada ketika ini, seorang wanita tidak mengalami apa-apa tanda bahawa dia telah hamil.

PERKEMBANGAN KEJADIAN MANUSIA PADA PERINGKAT PERTAMA MENURUT AL-QURAN


Ada disebut di dalam Al-Quran, bahawa manusia terbentuk hasil dari percantuman antara air benih lelaki dan wanita. Beberapa ayat memperkatakan tentang penciptaan manusia dari setitik air mani, dan ada juga ayat yang menyatakan bahawa ‘makhluk‘ yang tehasil dari percantuman itu akan hidup seperti ‘benih’ di dalam tubuh wanita enam hari selepas kemudian. Blastosista manusia mula hidup selepas 6 hari percantuman antara benih lelaki dan telur wanita.



Menurut sebagaimana yang diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W., dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani dan Ibnu Mandah iaitu menurut syarat Turmizi dan Nasai, sabda beliau :

Sesungguhnya bilamana Allah S.W.T berkehendak menjadikan seseorang hambanya, ditakdirkannya suami melakukan jima, terhadap isterinya, maka mengalirlah air maninya meresap kesegenap urat-urat dan anggota-anggota isterinya. Bila telah sampai pada hari ketujuh, terus dihimpukan Allah S.W.T bercampur bersama-sama dengan air mani wanita itu sendiri. Kemudian mulailah dihadirkannya segala urat-urat yang diperlukan baginya, selain kejadian Adam sendiri, di dalam bentuk dan rupa apa yang dikehendakinya, terus disusunNya.

owh ; ini bermaksud seminggu selepas 'having sex' , sesuatu kemungkinan telah tercipta.


OK??????

Nak kepastian lagi samada menjadi atau tidak? atau rasa terlalu awal untuk buat UPT? dun worry my dear, kalau hamil satu minggu pun dah ada tanda-tanda seperti di bawah ni.  

  • Payudara bengkak 
Tanda awal kehamilan adalah payudara yang bengkak dan sensitif yang disebabkan oleh meningkatnya kadar hormon, biasanya terjadi seminggu setelah haid terlambat. Rasa tidak nyaman akibat pembengkakan ini mirip dengan gejala yang biasa kita rasakan menjelang menstruasi.
  •  Mual dan muntah 
Gejala mual dan muntah yang umum dialami ibu hamil biasa disebut sebagai morning sickness. Gejala ini bisa muncul kapan saja, tidak hanya di pagi hari. Pada umumnya ibu hamil baru mengalaminya sebulan setelah terjadinya pembuahan, tetapi ada juga yang merasakannya lebih cepat.
  •  Pendarahan sedikit
Sekitar 11-12 hari setelah pembuahan, ada kalanya muncul bercak kemerahan di vagina. Pendarahan ini terjadi karena benih tertanam di lapisan rahim. Umumnya bercak berwarna merah atau agak merah jambu yang terlihat selama 1-2 hari. Pendarahan serupa juga bisa menjadi gejala adanya penyakit di saluran reproduksi.
  •  Penciuman lebih sensitif
Pada trimester pertama, banyak ibu hamil yang merasa penciumannya lebih sensitif terhadap aroma tertentu. Ada yang mual mencium bau masakan tertentu atau wangi parfum. Belum diketahui alasan ilmiah gejala ini, tapi mungkin terjadi karena meningkatnya kadar estrogen secara drastis dalam sistem tubuh.
  •  Sering berkemih
Di bulan-bulan pertama kehamilan, ibu hamil akan lebih rajin bolak-balik ke toilet untuk buang air kecil. Mengapa? Ini terjadi karena meningkatnya sirkulasi darah dan cairan dalam tubuh, juga tekanan pada saluran kemih akibat membesarnya uterus.
  •  Suhu tubuh naik
Bila pada awal kehamilan Anda mengukur suhu tubuh, Anda akan menyadari suhu tubuh Anda meningkat jadi lebih hangat.
  •  Tidak haid
Bila siklus menstruasi Anda sebelumnya selalu teratur tapi bulan ini terlambat, mungkin Anda perlu segera mencari tes kehamilan untuk memastikan adanya kehamilan.
  •  Puting/payudara lebih lembut
Jika Anda hamil, Anda akan mengenali bahwa payudara dan putingnya menjadi lebih lembut sekitar tiga pekan setelah pembuahan (saat haid terlambat sekitar seminggu). Mungkin payudara terasa bengkak, serupa dengan saat menjelang haid.
  •  Penggelapan areola
Pada kehamilan awal, Anda mungkin mengenali daerah areola (daerah gelap yang mengelilingi puting payudara) mulai menjadi lebih gelap dan diameternya membesar. Diyakini bahwa bertambah gelapnya warna areola membantu bayi yang baru lahir menemukan puting untuk menyusu. Anda mungkin juga akan mengenali bahwa vena di payudara menjadi lebih kelihatan karena penegangan payudara.
  •  Sembelit
Buang air besar (BAB) menjadi sulit dan tidak lancar? Ini lazim terjadi pada awal kehamilan. Hormon tambahan yang diproduksi pada masa kehamilan menyebabkan usus halus lebih lentur dan menjadi kurang efisien.  

  • Melunaknya rahim dan leher rahim
Biasanya, terjadi sekitar usia kehamilan 2-8 minggu.
  •  Tidak ada nafsu makan
Mungkin ada hubungannya dengan mual mual diatas.
  •  Vaginal Discharge /Keputihan atau keluarnya cairan berlebihan dari vagina karena pengaruh hormonal.
Hal ini termasuk normal. Namun sebaiknya terus dilakukan observasi jika terjadi perubahan warna , bau dan terjadi gatal2 atau rasa "burning".
  •  Insomnia
Beberapa kasus, biasanya ibu hamil mengalami sulit tidur.
  •  Rahim dan perut membesar
Umumnya, dimulai pada usia kehamilan 8-12 minggu.
  •  Terdapat kelainan di gigi dan rongga mulut
Terdapat beberapa tanda khas kehamilan pada gigi dan rongga mulut. Untuk lebih jelasnya silahkan baca di (klik saja)
- manifestasi kehamilan di rongga mulut
- perawatan gigi dan mulut saat hamil
  •  Flu/batuk/hidung berdarah/pusing2/migraen
Jangan terburu untuk menelan obat. Lakukan treatmen secara alami terlebih dahulu. Bisa jadi pula hal tersebut terjadi karena turunnya daya tahan tubuh saat hamil.
  •  Tes kehamilan
Merupakan tes "pasti" kehamilan jika "positif" , antara lain:
- home pregnancy test misalnya berupa tes pack yang dilakukan di rumah
- pemeriksaan USG
- office pregnancy test
- pregnancy blood test
- internal exam.  

 
owh ; Jadi, rajin-rajinlah kenali badan sendiri yer supaya perubahan dapat disedari !! Good Luck!!

No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..