Mr.Tabung

INI SAYA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ::

Mari aku memperkenalkan diri terlebih dahulu walaupun dah berkurun berblog bagai tetapi memandangkan setelah sekian lama menyepikan diri terpaksalah memulakan semula a.k.a. bukak buku baru.

Sharifah Norlinda Binti Syed Mohd Ali inilah nama yang telah diberikan oleh ibu bapa setelah aku dilahirkan pada 24.03.1980. Sebelum itu aku mempunyai seorang kakak yang dilahirkan pada 28.05.1973 jadi jarak beza umur disitu menjadikan aku ter-over membahasakan diri aku 'adik' di kalangan ahli keluarga aku sehingga lah sekarang.

Abah aku berasal dari Melaka manakala mak pulak dari Terengganu, macamana diorang berjumpa aku pun kurang pasti, tetapi aku dilahirkan di Kuantan, Pahang.

Aku telah berkahwin dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan walaupun kalau nak diikutkan aku dah mengandung 5 kali tetapi tuhan lebih menyayangi yang lain-lain jadi ini jelah anak aku untuk setakat ini. Akan datang insyallah. (akan ku updatekan jika ada ye).

Aku bukan surirumah sebab aku bekerja sebagai kakitangan kerajaan di Jabatan Kerajaan di Malaysia ni. Selain tu juga untuk mencari pendapatan sampingan aku juga menjalankan bisnes online untuk menampung serba sedikit perbelanjaan aku ni. Korang juga dialu-alukan untuk singgah di blogshop aku NI yer JOM KLIK.

Akhir sekali aku memohon maaf sekiranya ada status-status yang aku update nanti secara tak sengajanya membuat para pembaca sekalian tersinggung dan sesungguhnya tiada niat mencipta blog ini untuk menyakiti atau mendendami sesaper pun baik kawan mahupun lawan.Ok??

Terima kasih...muahhhhhh!!! 

 

 




No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..