Dalam banyak-banyak tajuk yang aku baca dalam satu forum ni, aku sangat tertarik dengan artikel ni yang mengisahkan tentang 'banduan terakhir'. Mungkin kalau di baca dan difahami dengan mendalam, terdapat sedikit keinsafan di situ (terpulang pada masing-masing lah). Jadi, nak tahu lebih lanjut?? Jom ikuti dokumentari perjalanan terakhir seorang banduan sebelum menjalani hukuman iaitu HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI.
Kisah Tali
Gantung Dan Banduan Terakhir | Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung
sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini
dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti
mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang
menerima hukuman tersebut, pasti
kecut perut dan
kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal
dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati.
Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali
gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan
ianya disimpan di dalam peti besi. Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang
kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan
tali tersebut dipilih mengikut berat banduan. Di antara ciri utama tali gantung
ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.
APABILA RAYUAN
DITOLAK
Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali
sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman
dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan
hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh
meninggalkan selatas kelulusan pegawai yang bertugas. Banduan akhir mungkin
terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang
membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan
Negeri. Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam
waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di
antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu
jam. Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada
hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi
yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza. Selepas waran
dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang
akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses
rayuan terakhir ditolak. Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung
bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat. Semasa
banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya
sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk
‘perjumpaan terakhir.’ Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap
perjumpaan terakhir ini. Banduan
juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.
HARI
PENGGANTUNGAN
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela
setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan. Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan
sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke
saat-saat terakhir.
Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan
beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka
akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada
yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan
lagi menunggu,’ katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan
meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. ‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari
hukuman. ‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang
memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh
gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel. Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan
dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP
RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18
meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara. Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa
keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada
tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap
hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara
30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli
selepas setengah jam dibiar tergantung.
‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia,
semuanya tak ada masalah. ‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka
jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi
oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel. Menjalankan tugas khas ini memberikan
banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk
nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus
melakukan jenayah.
‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu
keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes
hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
sumber ; forumer novelloverzz @ cari.forum
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..