Cerita ni dah terjadi lebih dari 5 tahun yang lepas dan pada masa tu aku masih bujang. So takde kaitan dengan mana-mana pihak yer. Sekadar untuk dikongsi cerita-cerita masa tengah muda je.
Satu pertemuan yang tak di duga
di salah Universiti tempatan di Malaysia
iaitu UUM. Bukan sebagai pelajar di situ yer , cuma sebagai urusetia untuk satu
sukan anjuran Jabatan yang menjadikan aku sebagai seorang urusetia.
7 hari memerlukan aku untuk terus
urus dan setia di tempat itu membuatkan aku rasa sangat lah bosan dan hanya
menghitung hari untuk tamat (belum mula pun). Perjalanan dari Putrajaya dengan
menaiki kenderaan Jabatan (proton wira) yang dinaiki 5 orang penumpang (termasuk
driver) membuatkan aku rasa macam di penyek dalam tin sardine. Oleh kerana aku
yang paling kurus maka akulah yang dipaksa untuk duduk di tengah-tengah seat belakang. Korang bayangkanlah
sendiri yer.
Arghhh, bosan nya. Itu je
perkataan yang setia dalam hati aku sementara nak sampai ke destinasi. Tetapi
nak buat macamana bila ‘bos’ dah beri kepercayaan untuk aku ditugaskan maka
dengan separuh rela aku menerima tugas itu disamping takyah pergi kerja.
Hihihihi.
Setelah beberapa jam perjalanan
akhirnya aku selamat sampai ke tempat tujuan, check-in di dewan hostel untuk
amik cadar (cadar je???) al-maklumlah masa tu tengah cuti semester jadi
banyaklah bilik-bilik asrama yang kosong. So disitulah tempat aku untuk beradu
selama tempoh aku berada dsitu. Erkkk???? Otw nak masuk bilik (naik tangga) aku
telah disambut oleh segerombolan kekatu dan kumbang. Aku tahu serangga-serangga
itu comel tapi aku memang tak suka. Permulaan hari yang sudah pun menambah
kebosanan aku. Oleh sebab itu je jalan untuk pergi ke bilik, dengan separuh
berlari aku redah jer. Iyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrkkk...
Dom U ? yer tepat sekali, 2 set
katil bertingkat yang muat-muat badan aku je. Dan tandas adalah dihujung satu
sudut so....sebelum malam tiba segala urusan perbanking di tandas mestilah diselesaikan
terlebih dahulu, kalau tidak kawan sebilik aku akan jadi mangsa paksa rela
untuk teman kan aku nanti. Huhuhuhu.
Hari Pertama ;
Breakfast telah disediakan di
kantin di mana segala makanan telah dihidang indah (tak ditutup) dan hanya
tunggu masa untuk di makan je. Oleh kerana aku banyak sangat cekadak dalam hal
memilih makanan ni maka roti krim lah jadi menu utama aku itupun aku beli kat
kedai atau di kenali sebagai koperasi yang disediakan di situ. Wow... ramainya
atlet-atlet wakil negeri yang dihantar oleh Jabatan. Well...aku tak kisah pun.
Yang penting biar masa cepat berlalu.
Aku dan beberapa kawan aku
ditugaskan untuk menjaga booth cenderahati (tu je??). Banyaklah benda-benda
atau sesuatu yang boleh dibeli kalau untuk dijadikan kenang-kenangan. Aku pun
dah siap plan nak beli itu nak beli ini, tapi tunggu hari terakhir je lah baru
boleh shopping. Permulaan tugas. Ramai jugaklah
yang datang, ada yang nak membeli dan tak kurang jugaklah yang nak no. telifon
aku. Well....mayb i’am single but it
doesn’t mean that im available (on that time lah kan). Oleh kerana aku dah
terbiasa dengan adegan-adegan sedemikian so aku tak kisah sangatlah. (wolopon bangga sebenarnya)..ngehngehngeh..
Hari Kedua ;
Permulaan pagi macam biasa dan
aku dah malas nak mengintai menu apa yang disediakan aku terus je ke booth aku
tu. Kemas apa yang patut dan seat n
rileks. Tiba-tiba datang seorang budak lelaki ni. Masa tu aku tak ambik point
sangat fizikal dia sebab bukan dia je yang suka datang tengok-tengok barang-barang
kat situ. Dan dia pun macam yang lain jugak, lepas tengok barang-barang (tak
beli pun). Hye, awak dari HQ ek ? (dah tahu lagi mahu tanya ker?) haah, hq.
“nama apa yer?” ... linda.
“saya.........., and saya suka lah tengok awak, boleh berkenalan?” (isk,
dah macam budak darjah satu lah pulak mamat ni, nak berkenalan bagai) just to be polite, aku cuma senyum je.
Aik??? Masih tercegat kat depan aku? Tak reti-reti lagi ke nak blah?? Aku dah
puas control ayu nih. “Can i have ur
phone number, just in case, u know...” (sorang lagi nak no aku....)
ok....saya boleh bagi no tetapi digit yang terakhir carilah sendiri yer..ok?
012 24****? ... done?? “no
problem..tq”....
Aku pun terus melupakan kejadian
itu. Takda apa kot yang nak diingatkan.
Kerja dah selesai untuk hari ni,
so aku boleh balik bilik untuk merehat tulang temulang aku yang dah kepenatan
ni. Baru je aku nak melanding sambil tangan atas dahi.....bunyi pulak handphone
aku nih. nombor sape lah pulak ni??? “hye
linda...its me...suprise”!!! perlu ke aku nak terkejut sedangkan sape ko
pun aku tak tahu. Sape ni ek? “aik, u yg bagi i nombor tak cukup sempurna boleh
pulak lupa?” ooooooooooo....baru aku teringat. Mamat ni rupanya. Waa...macamna
boleh dapat nombor i ek? “i cuba dari satu hingga 0 lah dear, ada india yang jawap, ada cina dan ada jugak makcik pakcik
yang jawap dan yang ini barulah cik linda yang jawap” hihihihi. Lawak jugak dia
nih. Oleh kerana aku tak ambik peduli sangat kat dia masa jumpa tadi maka aku
tak berapa nak ingat muka dia. Tapi best pulak sembang dengan dia semalaman.
Lupa pula nak tanya, dia guna prepaid ke postpaid sebab boleh tahan lama nya
bersembang. Suka hati engkaulah yer, yang penting credit aku tak terjejas pown.
Hari Ketiga ;
Hari ni lain sikit, semangat aku
macam bertukar ke mode happy, tak
tahu kenapa. (pura-pura tak tahu). Sebenarnya aku nak tengok mamat ni atau
untuk senang aku cerita aku pendekkan nama dia jadi M. Ok??
Tunggu punya tunggu, akhirnya
muncul lah orang nya. Waaaa....kenapa aku tak perasan awal-awal lagi ek. Hensemmm ; tinggi ; putih and tough.
Rupanya dia ni football player.
Hmmm..patutlah. body figure memang
kerlastttt. Well....barulah bertambah
sikit semangat aku nak stay 2 3 hari lagi kat sini. lalalalala.
Oleh kerana dia footballer so aku pun terpaksa berpura-pura kan diri yang aku berminat mengetahui tentang game bola ni sedangkan realitinya yang aku tahu pasal bola ni cumalah Beckham..lorrr...Tapi oleh kerana taknak menghampakan bila dia bercerita tentang game, aku buat-buatlah tahu serba sikit
(konon). Walaupun kami baruuuu sangat kenal, tapi dia punya layanan memang gentleman membuatkan aku rasa macam dah
lama kenal dia. Setiap masa dia akan sms atau kol aku. Aku tahulah masa tu aku
tengah glamer kat situ (perasan), semua atlet-atlet nak berkenalan dengan aku
tapi of cozlah aku tak termampu nak
melayan semua. Ada yang aku layan suam-suam kuku je. Dan aku pasti si M ni pun
saje je nak show off kat kengkawan
dia lah tu. Tapi aku pun pasang agenda yang sama. Maybe dia tak tahu, di kalangan gurl-gurl kat sini sibuk je nak
citer pasal si M ni. So, aku pun memperguna jelah peluang yang ada ni.
hehehehehe. Jahat tak????? Mestilah tak....
Walaubagaimanapun, oleh kerana
bukan dia sorang je lelaki yang aku kenal masa tu, so kadang-kadang tu ada
jugak aku lepak ramai-ramai (gn kawan aku) dan dengan team atlet yang lain. Sekali tu, si M ni kol aku ajak keluar dengan
dia pergi makan-makan tapi oleh kerana aku dah janji dengan orang lain ni so
aku terpaksalah tolak ajakan dia tu. Aku pun pergilah dengan member-member aku
dan team yang lain ni. Oleh kerana keesokkan hari adalah merupakan hari OFF
untuk semua jadi tak kisahlah lepak sampai lewat malam. Dah habis bergelak
sakan kat satu restoran tu, aku pun ajak kawan aku balik. Mata dan nak terkatup
ni. Sesampai je kat asrama...ehhhh??? sapekah yang duduk tercongok kat tangga
tu?? Pak guard ke hantu??? Hahahahahaha. Kawan aku cakap, hantu ko lah yang
tengah tunggu ko tuh. HUhhhhh??? M????? Dia watpe kat situ, pintu bilik dia
terkunci dari dalam ke???? Atau ...tunggu aku????? Dah sah-sah lah dia tunggu
aku. Dialog pertama yang dia keluarkan bila nampak aku, “seronok keluar dengan
‘budak tu’ ?? ‘budak tu’ adalah ditujukan kepada sorang mamat ni yang lain team dan merupakan salah
seorang yang sangat suka merapatkan diri dengan aku. Macamana dia tahu, itu aku
tak pasti.
So, aku jawaplah..haah...seronok.
Jawapan jujur aku tu rupanya mengundang satu kemarahan yang aku tak jangka dari
dia. Eh??? Samada aku terlupa atau aku dah hilang ingatan, dia ni BF aku ker?
Nak jelez-jelez pulak?? ‘linda, u tahu tak, i sanggup tak keluar dengan kawan i
sebab i nak lepak dengan u, i nak borak dengan u. Fine kalau u nak hang-out with ur fren tapi rupa-rupanya selain
dari kawan u, u keluar dengan ‘budak tu’, thats
is why u taknak keluar dengan i kan?? Dia lagi penting dari i?? Ehhhh??? Aku
dah makin pening...aku rasa aku tak amik apa-apa benda yang boleh mengkhayalkan
aku malam tu, tapi kenapa dengan si M ni?? emo tak memasal. Aku terus terdiam,
tak tahu nak cakap apa, perlu ke aku nak bagi explanatinon
? he’s not my boyfren anyway. Little bit confius in this situation.
“you tak boleh buat i macam ni, i
ikhlas kawan dengan u, takda niat lain, i
just want to be the one that close to you but it seem u’r not notice or not
appreciate at all..” wahhh..speaking
lah pulak mamat ni. Dia ni dah kenapa? Aku pulak yang jadi bengong, tak tahu
nak buat apa. Dia tengah prektis filem apakah ini?? Konpiussssssssssssss. Oleh
sebab aku tengok muka dia memang-memang serius tahap ultraman tengah panas so
aku terus meng-cool kan keadaan. Walaupun aku ni jenis kenkadang tak amik peduli orang tengah marah ke tengah hangin ke, selamba je aku buat lawak yang boleh orang jadi ribut taufan. But for this time, i need to be good listener.
You, i mintak maaflah..i tak tau
pulak u tunggu i, nape u tak sms je? (prepaid habis ke?) hihihi. Mestilah aku
tak tanya macam tu kan, bukan masa nak bergurau senda. “cuba u tengok hp u?”
err?? (Asal pulak aku nak tengok hp aku?? Ahhhhhhhh....sh*t !! silent mode!! My goshhhh...!!!) alamak,
sorry sangat, i memang tak perasan macamna boleh ter-oto silent mode (alasan
paling cimpazi aku bagi). “sebab u taknak diganggu kan? Tq so much !!” ....err...(should i say, u’r welcome???? Dia terus
blah. Hmmmm.. takkan aku nak kejar macam filem Hindustan pulak kan. Bior
jelah....
Semalaman tu aku berfikir
jugaklah kan. Kenapa dia macam tu ek?? Aku ada janji apa-apa ke dengan dia?
Arghhhh...lantaklah...Tido lagi bagusss...Tapi macam mana pulak hp aku boleh ter-tune ke silent mode?? pelik jugak ek. hmmm...
Hari ke-empat ;
Tak nampak batang hidung pulak si
M ni, mana dia pergi ni? bunuh diri ke ? hahahaha..memain aku kan..Ok, tak
kisahlah, baik aku buat kerja aku. Sampai tengahari kawan aku ajak aku pergi
padang sebab ada game bola dan yang pastinya bukan team M. Tapi aku pergi jelah, sebab dah takde
keje nak dibuat. Sampai kat stadium, agak ramailah jugak penonton so aku cari
seat yang paling strategic memandangkan mata aku ni kan sangatlah terang nya.
Sedang aku kebosanan tengok
perlawanan yang sedang berlangsung tiba-tiba kawan aku ni siku-siku aku pulak.
Eh budak ni , kang aku bagi kaki aku kang. Rupa-rupanya dia nak tunjukkan
sesuatu yang berada di satu sudut. Puas aku mengecikkan mata aku barulah aku nampak
dengan jelas...owhhh M. Hihihi. Hidup lagi rupanyer. What should i do then?? Aku tahu dia pun perasan aku nampak dia
tapi biasalah bila orang dalam sesi mengajuk, mulalah wat drama swasta TV3, pura-pura
ko yer tak nampak aku. Kawan aku cadangkan supaya aku pergi tegur dia (sbnrnya
kawan aku ni nak dating dengan mamat mana ntah, patutlah beriya suh aku g kat M
tu) so, oleh kerana aku pun rasa aku memang patut tegur dia (perlu ke?) so, aku
pun pergilah terhegeh-hegeh lalu ikut celah-celah kerusi stadium tu.
Hye..you.."hye"..(amboi kelatnya muka)(ko suka sebenarnya aku tegur
ko kan???) Marah i lagi ke? “ why should
i ? ” ok, fine. (aku pun nak blah
jelah, dahlah aku susah payah datang kat dia, boleh plak dia nak jawap camtu)
TETAPI satu tindakan yang tak aku jangkakan dan yang selama ni hanya aku
saksikan dalam drama tv je. Dia tarik tangan aku!!!!!! Sepantas kilat aku
tengok kiri kanan atas bawah, ok line clear!!! Terus aku duduk. Ok, muka aku
dah jadi kaler merah atau purple atau pun biru, takde cermin masa tu aku nak
check. At that time, jantung aku
kalah orang kena epilepsy, punyalah laju bergerak. APAKAH???? Then he said ‘duduk sini’ aku pun terus
duduk sebelah dia. Dalam hati nak tergelak sebenarnya, tapi tak menjadi pulak drama ni japgi. Aku dah jadi heroin dalam drama apa pulak lah ni ek.
“I nak u tahu yang i ikhlas nak
berkawan dengan u since day one i
nampak u, i dah rasa sesuatu. maybe u tak rasa macam i sebab u kan ramai
peminat. (well, i noticed that...huhuhu) But pls percaya i yang i nak kenal dengan u lebih dari seorang kawan.
I lain dari lelaki-lelaki kat sini yang cuba nak rapat dengan u.” Errrrr....aku pulak
speechless. Apa agaknya yang dia lain
dari lelaki lain ek? Jeng jeng jeng...sesuatu ni..kihkihkih. Dah memang-memang aku ni bukan nya reti nak
susun ayat power macam dia, mahu yang belakang ke depan aku bercakap japg ni.
Oleh kerana nak menjaga imej (konon) aku pun memberanikan diri nak berkata-kata
(chewahhhh). Kita kan baruuu je kenal, tak sampai seminggu pun lagi, macamana
pulak u boleh tiba-tiba nak ‘kawan’ dengan i. Korang nak tahu jawapan dia
apa??? ‘setiap perkenalan bermula dari
pertemuan yang pendek dan diakhiri dengan sebuah hubungan yang akan berkekalan’
>>>>> aku mati terkedu terdiam terus!! Mana pulak aku nak cari
kamus sasterawan ni, boleh jugak aku cipta satu baris ayat pun cukuplah. Sghhh...
Dia pun terus bercerita tentang
hal dia..bla..bla..bla dan aku rasa dia
memang-memang ikhlas sungguh ni nak kawan dengan aku. Tetapi aku pulak????
Pernah ke aku ikhlas kalau dalam bab-bab macam ni. Aku kan dah ada ‘seseorang’
yang menanti bila aku balik nanti. Tetapi dah menjadi kebiasaan pada aku, untuk
tidak mengecewakan orang, aku terpaksa ikut je rentak dia walaupun aku tahu
akibat nya memang akan disaster tahap
darurat nanti.
Hari ke-lima ;
Walau pun aku tak meng-declare
kan apa-apa tapi aku rasa dia dah anggap aku ni macam gf dia. Asik nak kol, sms
dan jumpa dan jeles nya pulak..ya ampunnn. Cuma satu je yang menyebabkan aku
tertarik jugak lah dengan dia ni, dia ni macam ala-ala hero pelakun cerita-cerita
romantic kat tv. Contohlah kan, bila kalau time dia tak puas hati dengan aku
(aku kan suka je nak menipu-nipu bila dah buat salah), dia dah tak kisah ada
orang ke takde orang ke, selagi aku tak jawap sampai dia puas hati dia akan
terus menerus tanya aku, punyalah aku nak coverina
line supaya orang tak perasan tapi dia dah tak peduli dah. Isk..isk..ada
jugak aku bagi pelempang sulung budak ni kang. Tapi agak kiut jugaklah...
Lagi contoh ; petang tu aku dah
janji dengan sorang budak hoki ni nak tengok game dia. So, aku malas nak bagi
penerangan bagai kat si M ni, aku pergi jelah diam-diam dengan harapan takde
dia nak cari aku pun, rupanya..asal aku balik je mesti dia dah terpacak kat
tangga asrama aku tu. Pastu mulalah drama spontan dia, rimas jugak lah. Tapi
kesian pun ada jugak. Aku pun sama jugak..gatal sangat nak melayan, sape
suruh???? Hihihihi.
Oleh kerana aku dah boleh baca
sikit-sikit perangai dia ni, so aku kena cool
kan dia, kalau tak keadaan akan jadi lagi teruk. Hebat tak aku?? Hohohoho.
Pusing sini pusing sana akhirnya aku berjaya juga menenangkan dia.
Lama-kelamaan aku rasa aku pun
dah ada sikit feel kot kat M ni. Mahu
tak nyer, setiap masa asyik bertelipon dan jumpa, ntah masa bila dila training pun aku tak tahu. Yang nyata,
kalau dia ada training atau game, aku wajib pergi tengok kalau
tak......,paham-pahamlah sendirik.
Satu ayat yang aku tak kan pernah
lupa sampai sekarang bila dia cakap ‘janji dengan i yang u ikhlas dengan i dan
u tak akan main-mainkan perasaan i, pls.’ .. Adoiiiii, bab-bab nak suruhh janji
sumpah setia ni yang aku lewtihh sangat nih. (tapi aku janji jew..hikhikhik).
Esok dia ada final game, so
sepatutnya dia kena rest lah malam ni tapi?? Dia nak jugak jumpa aku, walaupun aku
tak berapa nak setuju tapi terpaksa jugak aku ikutkan je. Walaupun jumpa pun
kat area U tu je dan ramai jugak
rupanya orang lain yang melepak-lepak di kala masa ni. Yang nak jadi sedapkan
lagi cerita, yang aku tak boleh blah, siap dia bukak lagu dari hp dia, nak tahu
lagu apa???? Hahahahahaha..gelak dulu k. Lagu......; bila cinta
didusta. Perghhh...ditambah dengan kesejukan malam tu, giler romantic cuma takda lilin je. Hihihihi.
Tapi masih ditempat yang terbuka ok, jangan nak pikir bukan-bukan. Haipppp. Tapi tajuk lagu tu macam terkena pulak kat aku..ahh lantaklah ...
Walaupun sampai satu tahap aku
dah kehabisan idea nak cakap apa, tapi dia tetap ada je menda nak cakap, pelik
gak aku, mana datang idea dia nih. Aku kerap jugaklah suh dia balik je tido
cukup-cukup (aku dah ngantuk sebenornya) tapi dia pulak cakap aku tak sudi nak
teman kan dia. Oklah..ikut suka ko lah,jangan sampai tertido tengah padang tu nanti
sudehhhh. Dan satu perangai dia ni pulak, kalau bercakap mesti nak pandang muka aku, punyalah aku risau kot-kot ada 'sesuatu' kah di muka aku dan salah satu yang menyusahkan bila time aku nak menipu kecil-kecilan, mulalah mata aku melilau macam orang bela hantu raya. Iskk... aku manalah suka sangat bercakap eye-to-eye, mahu juling mata aku ni dibuatnya.
Dia pun start lah citer tentang life dia dan yang paling mengejutkan aku,
dia dah ada gf pun dan masih ber-couple
dengan gf dia. So??? Apa yang dia nak lagi dari aku?? Rupa-rupanya relation mereka ni ibarat retak menunggu
belah je dan dia dah nekad nak putus kan hubungan dengan gf dia tu kalau aku
setuju to be his special gurlfren.
Erkkk????? Macamana aku nak buat macam tu? Sedangkan masa tu aku takda masalah
pun dengan tunang aku. Tapi kalau tunang aku tahu apa yang aku tengah buat ni memang
itu akan menimbulkan masalah besaaaaaaaaaaaar punya. Uikkk...tak berani akuuuu.
Memang tak dinafikan lah, kalau masa
tu aku memang 100% solo memang aku dah bersetuju untuk jadi gf dia tapi nak
buat macamana semuanya dah tertulis.
Hari ke-enam ;
Hari ni merupakan final game M dengan team Sarawak. Dah tentu-tentunya aku wajib menonton, samada aku memang nak menonton game ni atau sebab nak menonton 'striker' team ni, welll..paham-paham lah sendiri yer. hihihi. Walaupun aku excited nak pergi tengok game ni tapi aku tetap lambat jugak dalam hal-hal nak bersiap ni. Selain dari nak bersiap sebenarnya aku engaged dengan phone pulak dan masalahnya aku takleh ignore phone call ni. Bla..bla..bla, baru aku terperasan ada 'waiting call' dari si M ni, adoiiii, takkan aku nak suh orang yang sedang berbual dengan aku ni hold pulak kan?? (memang taklah), jadi aku biarkan jelah si waiting tu terus berwaiting.
Selesai je phone conversation tu aku terus je pergi ke stadium. Giler ramai nya orang (baru game jabatan je). Nasib baik kawan aku dah sediakan seat untuk aku, kalau tidak, aku balik bilik jelah gamaknyer. Sambil tu aku dah mula lah tercari-cari kelibat orang tu (hehehehe). Konon nak beri kata-kata semangat (semangat apa aku nk bagi?) Tapi....aikk?? takde pula mamat ni, tak jadi main ke? tak mungkin. Dalam keadaan aku yang tercengang-cengang tu tiba-tiba ..'lambat ek? engaged dengan sape?' opocot nenek ko, terkejut aku, cis rupanya sempat lagi ko datang kat atas ni yer? Nasib baik ni setakat game Jabatan je, kalau tak duduk tepi padang jelah ko jawapnya. Memandangkan dia tergesa-gesa aku pun terpinga-pinga (bangga sebenarnya sebab ramai yang menyaksikan time tu..lalalalala) soklan dia aku tak jawap, aku cuma cakap "main baik-baik, ok"..dia jawap 'thanks dear, but i'm not finish yet, k" , tapi sempatlah aku cari isi kandungan untuk penjelasan aku tu nanti.
Wahhh...tengah nak pakai kasut kat tepi padang tu aku saja je lah sms dia, good luck, sempat lagi balas dan toleh aku kat atas ni ha. Hebat ko kan. "tunggu i habis nanti, k". Sukati ko lah,..tunggu memang lah kena tunggu sebab kalau tak tunggu pun aku memang jumpa ko jugak.hihihihi.
Hmmm...best jugaklah bila tengok sesuatu perlawanan ni bilamana ada seseorang yang related dengan kita, walaupun aku tak faham sangat strategi bola sepak ni tapi apa yang aku tahu, mana satu gol yang patut dia jaringkan bola. Sekali dia kena tendang pulaK kat perut masa tu...oouttchhhh...(kalau tengok tv mesti boleh ulang tayang. Kesiannya, mesti sakit kan?? Takpe..takpe...macho kena control. Semua orang bersorak, motif nak bersorak?? Aku pun tak tahu. Yang penting dia sempat pandang kat arah aku, alahai...takkan nak suh aku bagi minyak gamat time tu kot?? huhuhu.
Short the stori, walaupun team dia dah berusaha sehabis baik, tapi still di kalah kan 2-1 oleh pihak lawan. Adat pertandingan, ye idak? kalah dan menang. Tapi still naik juara lah. Nak dijadikan cerita lagi, bila game dah habis, aku ni pun bijak jugak, terus je blah. Lupa pulak aku nak tunggu time dia terima hadiah memandangkan hari pun dah petang kan. Aku ingatkan dia tak kisah sebab dah menjadi kebiasaan bila diarang dah habis game mestilah pergi meraikannya dengan team masing-masing (padahal dia dah pesan awal-awal kat aku suruh tunggu). Aku pun ikutlah kawan-kawan aku ni yang beria sangat nak berjalan kaki je balik ke asrama (tak jauh sangat pun). Sedang aku bergurau senda dengan kengkawan aku di tengah-tengah jalan tiba-tiba....ada bas berhenti pulak kat depan kami..ehhh? aku tahan bas ni ke? kawan aku pun tak tahan...rupa-rupanya...jeng--jeng--jeng...
alamak..sorrylah, aku kena stop lagiklah...ada hal ...esok aku sambung semula yer....
TO BE CONTINUE ;
Hari ke-enam ;
Hari ni merupakan final game M dengan team Sarawak. Dah tentu-tentunya aku wajib menonton, samada aku memang nak menonton game ni atau sebab nak menonton 'striker' team ni, welll..paham-paham lah sendiri yer. hihihi. Walaupun aku excited nak pergi tengok game ni tapi aku tetap lambat jugak dalam hal-hal nak bersiap ni. Selain dari nak bersiap sebenarnya aku engaged dengan phone pulak dan masalahnya aku takleh ignore phone call ni. Bla..bla..bla, baru aku terperasan ada 'waiting call' dari si M ni, adoiiii, takkan aku nak suh orang yang sedang berbual dengan aku ni hold pulak kan?? (memang taklah), jadi aku biarkan jelah si waiting tu terus berwaiting.
Selesai je phone conversation tu aku terus je pergi ke stadium. Giler ramai nya orang (baru game jabatan je). Nasib baik kawan aku dah sediakan seat untuk aku, kalau tidak, aku balik bilik jelah gamaknyer. Sambil tu aku dah mula lah tercari-cari kelibat orang tu (hehehehe). Konon nak beri kata-kata semangat (semangat apa aku nk bagi?) Tapi....aikk?? takde pula mamat ni, tak jadi main ke? tak mungkin. Dalam keadaan aku yang tercengang-cengang tu tiba-tiba ..'lambat ek? engaged dengan sape?' opocot nenek ko, terkejut aku, cis rupanya sempat lagi ko datang kat atas ni yer? Nasib baik ni setakat game Jabatan je, kalau tak duduk tepi padang jelah ko jawapnya. Memandangkan dia tergesa-gesa aku pun terpinga-pinga (bangga sebenarnya sebab ramai yang menyaksikan time tu..lalalalala) soklan dia aku tak jawap, aku cuma cakap "main baik-baik, ok"..dia jawap 'thanks dear, but i'm not finish yet, k" , tapi sempatlah aku cari isi kandungan untuk penjelasan aku tu nanti.
Wahhh...tengah nak pakai kasut kat tepi padang tu aku saja je lah sms dia, good luck, sempat lagi balas dan toleh aku kat atas ni ha. Hebat ko kan. "tunggu i habis nanti, k". Sukati ko lah,..tunggu memang lah kena tunggu sebab kalau tak tunggu pun aku memang jumpa ko jugak.hihihihi.
Hmmm...best jugaklah bila tengok sesuatu perlawanan ni bilamana ada seseorang yang related dengan kita, walaupun aku tak faham sangat strategi bola sepak ni tapi apa yang aku tahu, mana satu gol yang patut dia jaringkan bola. Sekali dia kena tendang pulaK kat perut masa tu...oouttchhhh...(kalau tengok tv mesti boleh ulang tayang. Kesiannya, mesti sakit kan?? Takpe..takpe...macho kena control. Semua orang bersorak, motif nak bersorak?? Aku pun tak tahu. Yang penting dia sempat pandang kat arah aku, alahai...takkan nak suh aku bagi minyak gamat time tu kot?? huhuhu.
Short the stori, walaupun team dia dah berusaha sehabis baik, tapi still di kalah kan 2-1 oleh pihak lawan. Adat pertandingan, ye idak? kalah dan menang. Tapi still naik juara lah. Nak dijadikan cerita lagi, bila game dah habis, aku ni pun bijak jugak, terus je blah. Lupa pulak aku nak tunggu time dia terima hadiah memandangkan hari pun dah petang kan. Aku ingatkan dia tak kisah sebab dah menjadi kebiasaan bila diarang dah habis game mestilah pergi meraikannya dengan team masing-masing (padahal dia dah pesan awal-awal kat aku suruh tunggu). Aku pun ikutlah kawan-kawan aku ni yang beria sangat nak berjalan kaki je balik ke asrama (tak jauh sangat pun). Sedang aku bergurau senda dengan kengkawan aku di tengah-tengah jalan tiba-tiba....ada bas berhenti pulak kat depan kami..ehhh? aku tahan bas ni ke? kawan aku pun tak tahan...rupa-rupanya...jeng--jeng--jeng...
alamak..sorrylah, aku kena stop lagiklah...ada hal ...esok aku sambung semula yer....
TO BE CONTINUE ;
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..