Mr.Tabung

Thursday, July 12, 2012

Nafsu sedang memuncak..






Aku dah tak tahu aku ni kena badi makan ke atau memang selera aku kebelakangan ni mengggila dengan dasyatnya. Contoh yang menunjukkan betapa aku 'suka' sangat kat makanan ni ialah pada harini: 

Keluar je rumah lebih kurang jam 6.45 pagi aku dah pekena roti canai dengan teh tarik kat mamak. Oklah tu kan breakfast so apa masalahnya? Yang mendatangkan masalahnya, sesampai je kat opis lebih kurang dalam jam 7.45 pagi, asal ada je member aku ajak keluar, dengan rela hati nya aku ikut dan bukan setakat ikut je, sekali lagi dengan pintu hati yang terbuka boleh pulak aku ter-oder roti bakar dengan teh tarik. erkk?? Perlu ke aku salahkan mamak tu?? Walaupun aku akan sedia maklum kesan dan akibat kalau aku mengamalkan gejala tersebut tapi aku dah tak boleh lagi menahan selera nafsu makan aku yang membuak-buak ni.

Niat hati memanglah aku nak berdiet semula tetapi bila memikirkan semula yang hubby aku nak menambah ahli dalam keluarga aku ni, apa perlunya aku nak diet kan? Buat rugi jerk. Tapi bila time aku nak sarung skinny jean (skinny okkk!!) malangya sudah menjadi perkara yang sukar memandangkan kaki aku tidak lagi skinny mula lah time-time tu jugak aku bertekad nak berdiet bagai (time tu jelah). Jadi sekarang ni aku dalam situasi serba salah dan sekarang ni pun aku tengah menunggu masa untuk aku keluar lunch je sebab walaupun jam baru menunjukkan baru pukul 11.47 pagi tapi perut aku ni dah berbunyi seolah-olah macam aku belum sentuh apa-apa makanan pun dari pagi tadi. Atau mungkin ada cacing ? so aku kena salahkan cacing. siap ko aku nak pergi beli ubat untuk cacing ni mati.

Setiap kali aku menyuarakan masalah aku ni pada hubby aku, jawapan standard dia ialah ; oklah tu, nak kurus macam tulang ke baru puas hati ?? >>>ternyata jawapan nya itu tidak membantu langsung. sgghhh. Samada dia benar-benar puas hati dengan bentuk fizikal aku sekarang ataupun sekadar mengambil hati aku je, itu aku tak pasti. Kalau aku nak kan kepastian yang tulus mulus so aku kena berjumpa dengan kawan aku yang sorang ni (yg bersaiz XS tapi asik nak cakap badan dia mcm size L) iaitu pn Cujen the lejen. Nescaya dia akan memberi penjelasan yang terperinci walaupun bisa menghancurkan hati aku nanti. huhuhuhu.

Dan alangkah indahnya kalau sekarang ni aku berada di Putrajaya, boleh lah aku meng-abdikan diri di secret recipi Alamanda sambil menikmati menu kegemaran aku iaitu Viatnamese Beef Noodle. gullppp. Uwaaaaa....sedapnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....!!!




owh indahnya paras mu..sungguh menggiurkan..


Macam kat sini takde je SR ek?? cuma persekitaran je tak seindah nun di alamanda. Gedix pulak aku kan. Jangan mare yer...





No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..