Salam sejahtera semua...
Macam dah lama sangat je tak
mengarang surat cinta di blog ku ini.hihihi. Bukanya dah lupa atau tak berminat
cuma agak sibuk kebelakangan ni dari biasa ditambah dah menjelang bulan
Ramadhan ni maka seluruh anggota tubuh (termasuk jari) pun dah tak larat (poyos
tau).
Ok, entri kali ni adalah lebih
pada minta pendapat ikhlas atau pandangan mengenai satu perkara ni. Tak dikira
penting tapi bolehlah dikategorikan sebagai ditelan mati mak tak telan aku yang
mati. Haa, lebih kurang begitulah ceritanya.
Nampak macam berat sangat lah ek?
Propa tak hingat aku ni kan? Mukadimah kenalah menaikkan semangat kalau tak
takde sape pun nak scroll ke bawah
entri aku ni. Masalah aku ni bukanlah masalah yang berat tenat mahupun sendat cuma
ala ala konflik je (aku pn tak paham pe kejadah aku tulis ni).
Begini, aku masih menyimpan satu gambar yang pernah
dibagi oleh ‘seseorang’ kepada aku which
is gambar yang mempunyai sentimental
value lah kot tapi bukan pada aku tapi pada pemberi gambar ni lah. Oleh
kerana pada waktu itu aku sangat teruja tak hingat terus je aku ambik dan
simpan dan masih tersimpan dalam diari oren kesayangan aku tu. Tapi bila
semalam aku terjumpa kembali gambar tu, terlintas pulak kat kepala aku ni, perlu ke aku buang je gambar ni? Tapi
macam tak patut pulak kan? Ke patut?
Aku rasa dah sampai masanya kot
aku tak perlu simpan lagi benda-benda yang dah tinggal kenangan macam tu kot
sebab takut pulak terjumpa kat hubby aku, apa kata dia pulak kan. Ish..ish..Tapi
kan, bila aku tengok gambar tu lama-lama timbul pulak rasa tak baiklah nak
buang gambar orang, yang mana, mungkin dia pun dah takde salinan gambar macam
tu (actually gambar masa dia tengah
kecik-kecik). Lupa pulak nak tanya dia dulu ada baper keping lagi gambar macam
ni dalam album dia.hikhikhik.
Jadi sebagai perempuan dewasa
yang berfikiran matang aku tak melaksanakan pun misi buang membuang aku tu. Dan
ada terfikir pulak, ke aku pos je ke opis dia? Takyah letak nama, alamat
mahupun satu patah perkataan pun. Mesti dia pun dah lupa kat sape dia bagi
gambar ni dulu kan? Hmmm...I think thats
the better way , erk? Tapi...aku takut pulak nanti dia rasa macam aku nak
suruh dia freshback semula dengan
niat bila aku hantar gambar tu so dia
akan ingat kat aku? Hadoiiiiiiii...konpius sehhhhhhhhh. Niat aku yang suci
murni ni nanti disalah erti pulak. Tak ke naye? What shud i do then? Think..think..!!! ok otak ada sikit lemah
sebab waktu tengahari ni memang badan aku dah exhausted tahap impak maksima 3!
Ada yang cakap pulangkan kembali kepada yang berhak
menyimpanya. Memanglah... cuma cara nak buat pemulangan tu je yang aku ada
sikit bercelaru between ‘niat’ dan ‘ada
niat’. Niat aku memang hanya nak kembalikan benda yang bukan hak milik aku tapi
aku takut ada ‘orang’ akan cakap ‘ada niat’ lah tu. Ke aku je berfikiran kuno
camtu?
Arghhhhhhhhhhh....sakit serebrum
aku ni duk memikior kan hal ni, baik aku pikir nak berbuka apa je hari ni kan?
Tapi kalau ada sesaper yang nak bagi pendapat, dialu-alukan yer. Terima kasih
yerkk.
p/s: gambar boleh dibuang buang tapi kenangan??
kalau aku... " let's gone be bygone "..
ReplyDeletememori tu simpan jer dalam file otak...duk diam2... n yang ada tu buang jer.. huhu