Aku dapat sedikit info dari salah satu pemes blog yang selalu aku kunjungi, walaupun perkara ni dah ramai yang tahu tapi aku tetap nak share kan jugak.
PERINGATAN PENTING
MULAI 1 HB JUN 2012
Mulai tarikh hari ini, segala
bentuk pemindahan maklumat, info, gambar, komen maupn pandangan telah menjadi
tanggungjawap para pengguna Internet itu sendiri. Para Blogger juga tidak
terkecuali, harus bertanggungjawap atas apa2 tindakan mereka.
Melalui pindaan pada Akta
Keterangan, pengguna Internet (termasuk para blogger) akan lebih ALERT danbertanggungjawap
dengan tindakan mereka ketikamengedar, mengirim, menerbit, memaparkan, merakam
maupn pandangan dan komen melalui blog mereka. Segala aktiviti pengisian
maklumat melalui Internet termasuk aktiviti blogging tertakluk dgn pindaan Akta
ini.
Akta ini juga, menetapkan yang mana para pengguna
Internet bakal bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke
internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Ini bermakna, jika sesiapa pn yang
mengirim sebarang komen atau pandangan , melalui blog anda, facebook page/wall
anda, twitter anda, maupn melalui pengkongsian WIFI anda, maka ANDA akan
dipertanggungjawapkan ke atas apa jua aktiviti yang berkaitan melalui
pengkongsian tersebut dibawah Akta Keterangan (Pindaan) 2012.
Kalau nak lebih terperinci klik AKTA A1424
So kenalah lebih berhati-hati kalau nak mem-publish mana-mana komen nanti sia-sia terlibat tak tentu pasal. Dan pada yang pengomen tegar yang nak tunjuk belang tu, jangan ingat tak boleh di cari anda dari mana yer, sekali tindakan diambil tak senang nak patah balik. THINK TWICE B4 TYPE .
Pernah dengar Cyber Security Malaysia ???? Jom klik : Cyber security Malaysia
Ish..ish..macam-macam boleh buat sekarang ni kan, tapi kalau keadaan menjadi melampau memang patutlah proceed dengan cara yang betul. Takkan nak dibiarkan je. Zaman dah moden. AWAS dan berWASPADA dengan setiap tindak-tanduk yer, jangan ikutka nafsu serakah tu sangat nanti sia-sia je dapat padah.
Renung-renungkan...
Renung-renungkan...
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..