Mr.Tabung

Friday, June 15, 2012

Jom raya!!


Hari Raya semua bagai nak gila lepas raya buat-buatlah gila..ngeh..ngeh..ngeh.

Memandangkan bulan puasa dah tak lama lagi nak muncul maka fikiran aku pun dah melangkau sampai ke bulan syawal (over tak?) Bukan aku tak suka bulan puasa tapi aku lebih suka bulan syawal (biasa r, ayat kaver) Seingat aku, aku dah ganti ke baki-baki puasa aku yang tertinggal ek? Kena check diari lama-lama ni. 

Raya tahun ni aku takde tema pilihan lagi dan belum ditentukan lagi tapi kalau kawan aku yang sorang tu memang advance and up-to-date. Idea ni pun aku dapat dari dia iaitu idea fesyen kurung untuk tahun ini. hihihik. Mungkin aku selalu ketinggalan keretapi nasib baik aku ada kawan yang guna monorail so bolehlah aku folo dia. Ok, untuk tahun ni aku nak buat baju kurung moden kain kembang payung. Tak pasti pulak aku samada ni nama untuk fesyen tu tapi belasah jelah. Antara banyak-banyak gambar yang kawan aku ni post dalam belog dia, yang ini sangatlah menarik minat aku. Nak tengok??


 Gambar first ni by Rizalman

semestinya pilihan pertama di pagi raya.

di hari raya kedua

di raya ke tiga

di raya ke empat..

waaaaa....bersungguhnya aku nak melaram, nak pergi ke mana je noks?? hihihi..Inilah di antara fesyen yang mungkin akan aku ciplak secara rasminya, walaupun jenis kain dan 'designer' yang berbeza tapi apa salahnya tiru je kan??? hahahahaha. Tiba-tiba rasa tak sabo nak pegi beli kain, tapi kat mana? Tempat yang paling dekat ialah di Alamanda. Ok cun..nanti nak ajak my sweet hubby..dan aku rasa aku nak tukar sikit baju melayu hubby aku ni ke fesyen lain pulak..tapi nak ke dia ikut selera aku yang kenkadang merapu ni...huhuhuhu. Takpelah, yang penting siap kan baju aku dulu pastu baru pikir pasal bapak dan anak pulak. huhhh..banyak sungguh kerja aku.

So, sebelum aku pergi menempah haruslah aku print color bagi each gambar-gambar ni, al-maklumlah tukang jahit aku bukan nya 'fesyen designer' cuma 'tailor designer' je. hihihihi. Yang penting kepuasan tercapai, betul tak? so kalau korang dah dapat ilham yang sama macam aku ni, silalah berurusan dengan tailor masing-masing yer. Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..