Mr.Tabung

Thursday, June 14, 2012

Mummy pernah pergi club??


Erkk?? Lagi 20 tahun akan datang apa agaknya club dipanggil agaknya ye? Kalau 10 tahun dulu ianya dipanggil Disco, kelab malam atau pub. Dan sekarang tengah femes club or clubbing atau ada lagi yang terkini di mana aku pun dah tak tahu dan tak ambil tahu. Apabila sebut je 'club' tentu dah dapat bayangkan apa dan bagaimana situasi atau keadaan kat dalam sana kan? Tak semuanya negatif, positif pun ada cuma bagi orang-orang tua seperti dah di mind-set kan, asal sebut je club terus terbayang yang bukan-bukan. hihihi. Tak boleh salahkan diarang pun sebenarnya sebab banyak akibat dan cerita-ceriti yang tak best mereka ni dengar atau lihat pada perkara yang dikaitkan dengan tempat-tempat hiburan sebegini.

Sama jugak macam aku, masa tengah-tengah muda dolu-dolu walaupun berbuih mak aku larang aku pergi tempat-tempat macam tu tapi aku tetap pergi jugak sebab aku tahu apa je yang aku buat bila tiba kat tempat 'peveret' aku tu. Nafsu muda memang tak boleh dihalang, lagi dihalang lagi membuak-buak keinginan nak mencuba. Betul tak?? Konon nak jadi hot chick?? buwekkk...kalau diingatkan semula, rasa macam hina pulak kan, hahahahaha. Asal tiba je malam minggu ataupun ladies nite dah jadi kewajipan nak turut serta padahal takde sape yang suruh pun dan kalau duduk rumah pun bukan nya mati tapi disebabkan dah dijadikan rutin jadi kalau tak pergi tak tentu arah kekdahnya masa tu. Outfit haruslah up-to-date, DJ tu DJ ni..macam-macam lagi lah..lawak..lawak. Oleh sebab aku tak 'minum' maka coke lah yang paling mabeles untuk aku minum (takkan nk mintak jus epal plak). Memang happening lah bila malam tengah kemuncak, pelbagai perangai, aksi boleh ditontoni, ada yang masih normal dan tak kurang jugak yang dah 'high' atau 'fly'.ish..ish..me not like that ok. under control.

Memandangkan kat KL ni tempat-tempat hiburan sangatlah banyak  jadi aku dan 'rakan-rakan' telah membuat satu hot-pick untuk kami berkumpul di satu-satu masa. Masa berkumpul tamat pukul berapa, itu korang faham-faham sendirilah yer. Takkan kul 12 mlm dah balik, baik pegi tengok mid-nite movie jek kalau macam tu.hihihi. Mulalah nak bangun pagi pergi kerja, mata macam melekat dengan gam gajah takleh bukak, padan muka aku!! Tapi itu bukan nya dijadikan alasan untuk tidak mengulangi perkara yang sama berulang kali sehinggalah satu tahap aku berhenti dengan sendirinya aktiviti-aktiviti tersebut.

Dipendekkan cerita sekarang ni tiada lagi masa untuk aku berjimba-jimba bila tiba malam minggu, kalau berjimba pun dengan stroller anak dan beg susu dia. Balik rumah sebelum Isyak sebab mak aku pesan bawak anak kecik jangan balik lewat-lewat tak elok. Dan kali ni, aku patuh pada nasihat mak aku tu. Maka tiadalah lagi istilah its saturday nite bebs!!! Tapi aku ok je. Ok ke??

Dan yang aku risaukan sekarang ni, bila time anak aku dah besar nanti, kalau dia jenis yang tak suka ambik tahu tentang aktiviti-aktiviti sedemikian, alhamdullilah lah kan. Tapi zaman dia nanti, aku yakin sangat bertambah canggih dan pelbagai kemudahan lagi yang tersedia. Andai kata dia menurut sikit jejak aku, apa yang aku rasa nanti ek? mungkin masa tu baru aku sedar macamana mak aku rasa masa nasihat kan aku dulu ek. TETAPI ada perbezaan ye nak disitu, mak aku tak terdedah dengan aktiviti-aktiviti sosial ni cuma sekadar dia mendengar je tapi aku ? don u ever try to cheating pitting to me, ok. mummy lebih arif walaupun zaman dah berubah pada masa tu.

Maybe aku tak marah tak memasal lah sebab aku memahami gelodak jiwa budak-budak tengah nak nak meningkat remaja ni. Mungkin berbincang atau menasihati serba ringkas lebih masuk otak kot. Kalau nak lagi best aku suruh je daddy dia folo nak g club ke apa ke, haa padan muka ko.huhuhu. Anak perempuan ke anak lelaki ke, semua nya sama je so as a parent kita kena faham apa yang diarang nak sebenarnya. Jangan dilarang dengan cara keras nanti mereka ni memberontak dan cara yang terbaik ialah bertoleransi. Insyallah, anak-anak ni akan memahami. kalau tak dengar juga kita cuba cari next option pulak. (so must ready for the few option). Sebab apa aku sangat memahami? sebab aku pun dari situ jugak.

Kalau satu hari nanti anak aku tanya, mummy pernah pergi club?? agaknya apa aku nak jawap ek dan akan aku pastikan jawapan aku tu nanti beserta dengan sebab dan alasan yang munasabah supaya dapat mereka ikuti sebelum melakukan sesuatu seperti 'clubbing'. Dan mungkin  juga aku menjawap, pernah sayang, mummy pergi Club Surirumah dan Ibu ibu. ngeh..ngeh..ngeh..





No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..