Mr.Tabung

Wednesday, May 16, 2012

Sangat Manisss...


Sejuk nya cuaca sekarang ni, al-maklumlah tengah hujan. Mood pun berubah jadi sentimental. Hihihi.

Jadi untuk bersesuaian dengan cuaca dan mood, aku pun turn on hit love song from my mp4 . Wahhh...nyamannya rasa bagai berada di kutub utara kutub selatan. Ni kalau dapat sofa dgn selimut ni mahu aku melayang ni. Malangya aku kena duduk dendiam kat kerusi opis aku yang tak berapa nak empuk ni.

Tiba-tiba baru aku teringat sebelum ni agak banyak lah jugak aku dapat lagu-lagu yang romantika de amour ni. Daripada siapa?? Itu haruslah dirahsiakan. Kadang-kadang tu, bila terdengar je lagu yang berkaitan, zaaaasss..terus memori aku me-rewind kembali disaat lagu tu aku dapat. Dah macam zaman sekolah-sekolah pulak ek, main tuju-tuju lagu. Ngeeee....Bukan apa, nak meluah secara lisan agak susahlah nak menterjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami jadi jika melalui lagu, lirik-lirik yang dicipta kadang-kadang ada hubungkait dengan kita. Jadi, lirik + lagu agak senang difahami dan diingati sampai bila-bila.

Tak kurang aku pun sama je suka tuju lagu kat orang, nak berjiwang tapi nak guna bahasa puitis sendiri, ke lautlah jawapnya. Tapi aku akan pastikan dulu, lirik lagu tu tak over the limit nanti nampak macam annoying laks. Untuk memudahkan penerimaan baik aku pilih lagu yang senang difahami, antara contoh lagu feberet aku ; hatiku milikmu ; ombak rindu ; semoga abadi ; dan banyak lagi sebenarnya, lupa pulak aku ni.

Antara lagu yang paling aku suka bila aku dapat ialah ; baby i miss u ; kerna ku sayang kamu ; where do i begin ; my baby you ; dan banyak lagilah. Masa memula dapat tu walaupun dah biasa dengar kebanyakkanya tapi tetap jugak gigih cari dalam youtube atau download. Hahahaha.....kelakar pun ada jugak sampai satu tahap nak buat caller ringtone, hina tak?? Hina sikit-sikit jelah kan. 

Ini kisah dulu-dululah, zaman tengah solo molo (yeker??) shhhhh....jangan nak buat gossip liar ok. Kan nayer my incik sobri suh aku delete blog ku ini. kihkihkih...i luv u, boss!!! Aku percaya setiap orang mesti ada dapat lagu dari seseorang kan?? Kan? Kan? Jangan nak tipu ok, uhuuu. Takde apa yang nak dirahsiakan lah sebenarnya, lagu je kot bukanya apa pun. Bak kata pepatah “halwa telinga” (tol ke pepatah ni?).

Disebabkan aku terlebih sikit rajin, aku nak paste kan satu lirik lagu ni yang agak jarang orang dengar kan, tapi macamana dan bagaimana si pemberi ni boleh dapat lagu ni, lupa pulak aku nak tanya dia dulu ; tapi kalau korang dengar lagu ni sambil tengok lirik ni lagi cun tau...cer try search lagu ni dulu k.

By Andy Williams – where do i begin 

Where do I begin to tell the story
Of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love she brings to me
Where do I start

With her first hello
She gave a meaning to this empty world of mine
There'd never be another love another time
She came into my life and made the living fine
She fills my heart

She fills my heart
with very special things
With angel songs, with wild imaginings
She fills my soul with so much love
That any where I go
I'm never lonely
With her along who could be lonely
I reach for her hand. It’s always there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her until the stars all burn away
And she'll be there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her until the stars all burn away
And she'll be there


Ayat power ek?? Aku pun telah menujukan semula lagu ni untuk orang lain (kitar semula) oklah kan? Tak membazir.

Bagi jejaka-jejaka di luar sana yang menginginkan kelainan sikit pada lagu yang nak ditujukan utk sang kekasih hati, aku syorkan lagu ni, meletzzzz..sangat tau. Gerenti gf u all terpaku dan terpesona serta rasa dihargai sangat...curlasttttttt bro!!

Sedia maklumlah yer, waktu terindah hanyalah sementara yang berkekalan hanyalah lirik dalam lagu yang akan dikenang sebagai satu memori yang kita sendiri pun tak pasti indah ke tidak. As time goes by, kita akan tersedar dari lamunan dan yang reality nya adalah di depan mata kita sekarang, sape sekali pun pemberi lagu ni, aku tetap berterima kasih di atas segala memori yang telah tercipta dan menjadi satu sejarah yang tak kan berulang lagik.

Bagi aku, setiap maksud untuk setiap lagu yang aku terima akan aku pastikan aku simpan hanya untuk aku je yang tahu, tapi bagi orang yang pernah menerima apa-apa lagu dari aku, itu aku tak pasti samada mereka ni dah lupa atau masih ingat, itu hak tersendiri dan aku takyah ambil tahu lagi.

Apa yang penting sekarang, untuk My Incik Hubby, aku telah mengabdikan lagu ni untuk dia ;


.MR & MRS.

By siti Nurhaliza - Pastikan
Lihatlah Langit Di Atas Sana
 Tersenyum Melihat Tingkah Kita

Selalu Ada Peristiwa Yang Membawa Pertengkaran
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik

Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
 Baiknya Aku Buruknya Aku Terimalah Aku Apa Adanya


Pastikan Kau Dengan Aku Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana

Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini


 


1 comment:

  1. lagu siti ni dulu aku tujukan tuk exbf aku..bawan..hihi

    ReplyDelete

Komen murni murni je yer..muchoo..