Uwaaaaaaaaaaaa....stresssssss....asal
pegang tercabut, asal gosok tercabut....uhuuuuuu...
Haip..haippp..i’m talking about my hair ok...keguguran
up
to de max..! Kalau dibiarkan aku takut akan jadi
botak sebelum waktu. Huhh.tak boleh jadi ni. Sesuatu mesti dilakukan sebelum
terlambat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak motor?? Tidakkkkkk.......
Kalau korang nak
tau, disebabkan aku suka sangat meng-adjust ke-semulajadi-an rambut aku ni
dengan pelbagai teknik terkini lagi moden dan lagi inovatif dan akhirnya inilah
azab yang aku terima. Ya..sekarang rambut aku dah mula berguguran bagai daun
yang kekeringan dan ditiup angin. Pantang aku gosok dengan tangan atau sikat,
pasti akan ada yang akan tercabut dari akar umbinya. Kalaulah boleh aku gam kan
semula. (dan anak aku jadi cleaner tak bergaji mengutip rambut aku dan buang dlm bakul sampah sambil menyebut..'eeee'....
YUN NAM?? Ohh
tidak, tak mampu ahkak nok. Aku akan cuba cara lain mengikut kemampuan aku.
Pertama, aku berjanji pada diri sendiri yang aku tak akan meng-upgrade rambut
aku ni lagi dengan teknik-teknik yang ada kat mana-mana saloon kat Malaysia ni.
Akan ku biarkan rambut aku ni panjang dan biarkan rambut asal aku tumbuh
kembali di mana kalau dulu rambut aku terpaksa dinipiskan supaya senang nak wat
fesyen-fesyen terkini, tapi sekarang????? Males den nak cito eh.
Tetapi baru-baru
ni, aku telah menjumpai satu produk herba semasa aku pergi Taman Warisan,
Putrajaya sebab nak beli satay. Ok, bukan kisah satay aku nak ceritakan kat
sini yer. Ini adalah kisah serum herba yang telah mencuri pandangan mata aku
untuk singgah kat gerai tersebut.
Walaupun masa tu
tak ramai orang mengunjungi gerai tersebut (maybe org lebih berminat pada
buah-buahan) aku terasa pulak nak menjenguk, hubby akupun macam berminat jadi
apalagi terus aku tanya akak yang ada kat situ, untuk rambut gugur apa yang
elok kak? Terus dia syorkan serum dengan shampoo herba ni, setelah aku
belek-belek dan dengar penerangan dari tuan gerai ni, aku terus grab serum ni
je (shampoo aku lebih prefer yang aku dah ada kt umah). Tak mahal sangat pun cuma
RM35 je. Oklah kan??? Tapi, asal lah aku g beli sebotol je kan.
Haa...kalau
termasuk harini dah 3 minggu aku gunakan 2 kali sehari dan hasilnya sangat
menggembirakan hatiku kerana ; kulit kepala aku jadi sangat sejuk ditambah
rambut aku yang sebelum ni sangatlah
kering telah menjadi gebu dan tak kering. (sukerrrrrrr) plus dah kurang
GUGUR!!!! Terbaekkkklahhh...
Akan tetapi,
disebabkan kesejukan kulit kepala bila memakainya hubby aku yang rambut asik
nak dibotakkan je tu pun sibuk suh sapukan kat kepala dia
(rugiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii) nasib baiklah aku ada ambik no telifon kakak
tu, boleh lah aku contact bila dah kehabisan nanti. Seriously guys, memang berkesan dan mujarab sangat.
Kalau sesiapa nak
tahu boleh lah PM aku, aku boleh bagi no telifon kakak tu (ada butik) dan aku
bukan dealer untuk produk ni ok, sekadar mengkongsi petua je.
Dan sekarang aku
tak kan kisah kan sangat tentang nak g saloon, so jimat dah bajet untuk rambut.
Jangan sesiapa berani menghasut aku nk itu ini kan rambut ok...IM GONNA say
NO !!! Aku nak biarkan rambut aku ni bebas dari segala bahan
kimia buat sementara waktu dengan harapan akan menjadi sihat semula
..insyaallah...amin.
OWH...cantek sungguh muka cik barbie nih, kalaulah......(sila berangan sekarang..)
OK...saje nk letak gambar aku...tolong jgn hina....uhuuuuuu....
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..