Comelnyerrrrrrrrrrrrrr.....itulah
ayat yang akan aku keluarkan setiap kali aku tengok arnab. Aku pun tak pasti
kenapa, aku lebih tertarik kepada arnab daripada kucing. Walaupun tindak balas
arnab ni tak sehebat kucing yang mengenali tuan dan mengeluarkan bunyi. Si
arnab ni jarang sangat kita boleh dengar ‘suara’ dia. Ihii.
Buat pengetahuan,
sejak belum kahwin lagi aku telah membela arnab sebagai haiwan peliharaan.
Arnab yang pertama aku bela telah diberi nama Cumi. Ini yang paling istimewa
dikalangan arnab yang aku bela selepas dia sebabnya dia ni jinak, kalau dia
lepak depan pintu, jangan harap dia nak beralih kalau kita nak lalu, samada
kena angkat ataupun langkah je. Mungkin disebabkan itu, dia jadi obesity, ihii.
Panjang dia selebar pintu masuk (bilik air) dan sangat gemuk serta bewarna
kelabu.
Aku sempat membela
selama 4 tahun dan bila aku kahwin dan berpindah rumah, aku lepaskan je kat
depan rumah aku sebab dia memang tak akan keluar pagar (pasang jaring) habis
kuat pun dia ambil angin je kat tepi pagar rumah aku tu. Dan disebabkan
kejinakan dia tu jugaklah pada suatu hari aku cuma tinggalkan dia satu hari je,
rupanya bila aku balik dah takde dan ternyata dah ada orang mencurinya. Hubby
aku gigih mencari satu taman kawasan rumah tapi memang tak jumpalah kan. Sedih
sangat. sob..sob..
Oleh kerana minat
aku memang mendalam kat rabbit ni,
aku telah membeli sekor lagi yang bewarna hitam putih dan aku berikan nama
Cuki. Si cuki ni masa kecik pun dah menunjukkan sifat-sifat dia yang kurang
jinak tak macam cumi, mungkin jenis baka anggora ni memang macam ni kot. Dan
bila dah besar aku lepas kan jugak dari ‘rumah’ dia sebab kesianlah dia
terkurung dalam sangkar. Tempat lepak dia ialah kat tepi grill sliding door.
Tak lama lepas tu
aku beli lagi sekor jenis baka lion head yang bewarna coklat dan aku letakkan
nama Cusi. Alahai bulunya sampai tutup mata, comelnyerlahhh. Uppss terlupa
pulak, sebelum cusi ni aku dah membeli sekor bewarna hitam tapi malangnya tak sampai
siang, malam tu jugak rupanya kucing dah membunuhnya walaupun aku dah letak
dalam sangkar dan silapnya aku tak letak tempat yang tinggi. Iskk..kesiann..
Masa rabbit ni baby, memang susah sikit nak jaga sebab kucing suka je nak
mengancam baby rabbit ni, jahat tol.
Tapi bila dah besar, kucing pulak takut dengan dia.hahahahaha. payback time!
Nak dijadikan
cerita, si cuki ni betina dan si cusi ni jantan, perghh apa lagik...dah nama
pun rabbit (symbol playboy) asik buat anak jelahkan kejenya. First batch, dapat 5 ekor, aku dgn hubby
bersilih ganti menyusukan (beli botol susu khas) anak-anak rabbit ni memandangkan ibu rabbit
tak macam kucing, pandai jaga anak. Si rabbit
ni lepas je beranak terus dibiarkan anak-anak dia tu, walaupun sebelum beranak
dia dah buat bulu (mcm kapas) untuk masa anak dia keluarlah kot tapi tak jaga
pun, bagi susu pun tidak. Kadang-kadang ada yang mati kena gigit semut, kena
makan dgn kucinglah ataupun dia sendiri terpijak. Sebab waktu dia beranak kami
pergi kerja ataupun waktu malam.
Mana yang hidup,
sempatlah kami jaga. Muka baby rabbit
ni masa mula2 lahir sangatlah tidak comel, dah macam muka khinzir pulak lebih
kurang. Ihii.
Aku tak pasti baper
kali dia beranak, tapi anak dia tak sempat besar dan ada sekali tu, aku dan
hubby dah jaga sampai bukak mata dah baby tu, bangun pagi2 susukan sekor demi
sekor dan ada 4 ekor masa tu dan kami letak dalam rumah masa pergi kerja.
Rupa-rupanya si kucing ni boleh bau, dia masuk ikut tingkap mana entah dan bila
kami balik tengok tinggal kepala je dan nak dijadikan cerita lagi si kucing ni
masih ada dalam rumah kami sebab dah tak jumpa cari jalan keluar. Apa lagi
hubby aku terus mengejor sampai terlanggor cermin pintulah kucing tu lari.
Konpem serik nak masuk rumah aku lagik.
Untuk sekian kali
nya lagi, beranak lagi si cuki ni, 4 ekor kaler hitam dan 2 ekor kaler putih.
Untuk kali ni kami dah agak pro lah, setiap pagi aku akan baringkan si ibu dan
ambik anak dia letakkan kat puting susu tapi si ibu ni kena pegang kuat-kuat
kalau tak habis di terajangnya anak-anak dia. Kesian aku tengokkan anak-anak
yang ada sampai tertidor kat perut ibu bila kenyang, barulah aku pindahkan
dalam sangkar yang telah aku koyakkan kertas-kertas sepertimana ibu rabbit ni
buat bila nak beranak. Barulah kami pergi kerja. Fuhh..penat seh. Setiap pagi
tu, bangun awal semata-mata nak menyusukan.
Semakin besar aku
tengok yang hitam-hitam legam ni makin lebat bulu nya, yang putih pun sama,
comel giler. Yang putih sebijik ikut warna ibu nya tapi yang hitam tu ikut bulu
sape pulak, bapak kaler coklat, isk konpius tol. Mesti kes curang ni..ihiiii.
Dipendekkan citer,
sekor kaler putih dan sekor kaler hitam tak sempat besar mungkin sakit kot,
mati. Dan tinggallah 3 si hitam dan sekor si putih. Yang itanm (1) Cutam (2)
Cumi (3) Cucik dan yang putih Cutih. (kihkihkih) Makin hari makin
tua lah ibu rabbit ni dan satu hari
aku tengok dia macam sakit dan aku pun bawaklah pergi ke klinik haiwan yang
selalu aku bawak mereka untuk dapatkan rawatan sebelum ni. Dia ditahan ‘wad’
sebab doktor nak buat pemeriksaan susulan dan keesokkan harinya doktor telifon
aku dan memaklum ibu rabbit ni dah
tua dan memang dah takde cara lain untuk dibagi rawatan dan doktor mencadangkan
supaya dia ‘ditidurkan’ daripada menyiksa dia menanggung kesakitan. Walaupun
berat dan sedih tapi aku dan hubby bersetuju sebab dah takde cara lain, aku
memang tak pergi waktu doktor nak tidurkan dia, tak sampai hati, hubby aku
pergi dan telah menanam kat area rumah aku jugak.
Rupanya, si bapak
ni seolah-olah dapat tahu yang pasanganya dah takde, taknak makan dan dah tak
ceria dan 2 3 minggu selepas tu, waktu aku balik kerja, aku ingatkan dia tidur
depan sangkar anak-anak dia, rupaya si bapak ni juga dah mati mungkin
disebabkan rindu kat si cuki. Sekali lagi hubby aku tanam bersebelahan tempat
dia tanam si ibu ni.
Walaubagaimanapun
,aku berpuas hati sebab aku telah menjaganya dengan sepenuh hati semasa dia
hidup. Aku selalu bawak mereka ni ke klinik untuk dapatkan suntikan, aku selalu
mandikan dan makanan yang diberi sentiasa terurus walaupun aku dalam kepenatan
sekalipun.
Dan tinggalah
anak-anaknya sebagai mewarisi generasi cusi dan cuki. Aku telah membeli sangkar
3 tingkat dan untuk kali ni aku tidak lagi melepaskan sepertimana mak bapak
mereka ni. Kadang-kadang je aku bagi diarang keluar. Tapi sayangnya walau
macamana aku jaga pun, masih lagi ada orang yang berhati busuk dan mencuri 2
ekor si kaler hitam ni. Mungkin disebabkan bulu mereka ni sangat tebal dah
macam teddybear kot, itu yang menyebabkan ada sesetengah pihak yang sanggup mencuri
bila aku takde kat rumah.
Dan sekarang
sehingga harini, yang ,masih tinggal 2 ekor je, hitam dan putih. Aku rasa
mereka ni sumer nya betina sebab tak
beranak pun, oklah kot ditambah aku pun dah tak rasa nak membela lagi selepas
ni, mungkin mereka ni yang terakhir aku akan menjaga. Selepas ni mungkin aku
dah tak akan membela rabbit lagi kot (kot lah). Macam nak bela kucing je pulak. uhuukk.
Sedikit info, kalau
nak membela rabbit ni pastikan kita benar-benar bersedia, sebab haiwan ni
memerlukan penjagaan rapi tak macm kucing yang boleh berdikari. Rabbit mengharapkan kita memberi makan
dan kalau terlepas dia memang tak pandai balik rumah. Jadi memang sentiasa
perlu pengawasan dari kita.
Sekali kita
memelihara pastikan kita tidak mengabaikannya.
.CUTAM. |
.CUTIH. |
.PENJAGA. |
.RABBIT KE BEAR NI DADDY? KONPIUS NIA. |
KLU SUH KUTIP RAMBUT MUMMY...EEEEEEE...BULU NI TAK EEEE..PLAK KAN. |
ca...ca...
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..