Pemakanan seimbang
memang sangat penting untuk kita dan juga anak-anak kecil kita. Kalau sebut je
pasal pemakanan yang seimbang, tentu-tentulah semua dah tahu rantaian pemakanan
yang dikategorikan sebagai sumber protein, vitamin, karbohidrat, kalsium dan zat
besi. Eceh-ecehh, aku nak jadi perunding pemakanan ke??? Oh tidak...tak layak
bebbbbsss.
Haa, yang aku nak
citerkan ni sekadar perkongsian pendapat je. Buat pengetahuan semua, aku ni bukanlah diantara orang yang
mengamalkan pemakanan seimbang bagai, yang paling kurang aku makan ialah ikan
tapi mungkin aku dapat protein dari daging, kira ok lah tu kan. Kalau bab
kalsium pulak, susu memanglah jarang mengalir dalam kerongkong aku ni, tapi
kalau susu dalam teh tarik tu banyaklah jugak (boleh dikira ke ek?)
Akan tetapi
walaupun aku tak suka minum susu makanan yang berkaitan dengan susu aku suka,
salah satu darinya adalah yogurt. Sudah
menjadi rutin kalau aku pergi membeli barangan dapur ,yogurt akan tersenarai
dalam shopping list aku, WAJIB beli!
Ada bermacam jenis yogurt di cold storage
ni, ada yang mahal dan ada yang murah. Tak kisahlah harga nya murah ke mahal ke
yang penting berkhasiat. Salah satu jenama yang menjadi kegemaran seisi
keluarga aku adalah jenama YOPLAIR .
Mempunyai pelbagai
jenis perisa dan antara kegemaran family aku Manggo dan Berries manakala
kegemaran aku of coz yang kurang lemak (konon) iaitu ForMe No Fat (rasa dia
taklah sesedap yang buah-buahan tu). Apakan daya demi menjaga kecantikan
terpaksalah aku menelan jugak. Dan sedikit info lagi, harga sekotak RM24.90 dan
jenis plastic untuk yogurt ini ialah P5 membawa maksud korang boleh mengguna
pakai semula dengan selamat. Berat bersih ialah 1kg . Bagus kan???? Ternyata
bagus.
HERE’S
TO LID LICKERS EVERYWHERE wahh
hebatkan kata-kata pujangga dia!!!
Jadi pada sesiapa
di luar sana yang ingin mencuba aku sarankan untuk permulaan korang cubalah
perasa manggo, ditambah siap ada macam hirisan mangga lagi dalam tu,
silap-silap sekali hadap je habis terus. Sangat sedap dan berkhasiat. Dan bagi
yang ingin mengurangkan berat badan pun bagus jugak sebab apabila korang makan
yogurt ni, korang akan rasa kenyang, so tak payahlah makan makanan yang
berat-berat lagi disamping melawaskan pembuangan air besar.
Kesimpulan cerita,
SELAMAT MENCUBA!!!
.4 SEKALI AKU KAUT UTK KALI NI. |
.MANGO FLAVOUR. |
.FOR ME. OFCOZZZ. |
.BERRY BERRIES. |
.NOTHING TO CAPTION. |
orang JAKUN mcm ni je tjk2 beli makanan! xpenah makan gamaknye yeee!!! siannnnn org kampung!
ReplyDelete