Mr.Tabung

Wednesday, May 30, 2012

Eye Liner



Aku ni bukanlah penggemar ber-make up, cuma yang selalu aku mekap kan adalah mata aku ni. Selain eye-shadow, eye-liner bagi aku penting dan kalau aku tak pakai mungkin muka aku nampak pucat. Yang mendatangkan masalahnya selain aku tak berapa reti nak touchup kan mata aku ni, mata aku ni mudah berair, asal aku nak sapu je eye-liner mesti sibuk nak berair. Sensitif sangat kalau terkena apa-apa kat mata ni.

Tapi aku tetap tak putus asa, gigih bukak youtube, blog yang berkaitan dengan cara pemakaian eye-liner yang betul. Memang tak dinafikan mula-mula aku tengok, menyirap darah aku, upsss...bukan menyirap sebab marah tetapi menyirap sebab teruja. Cantiknya.....aku pun cubalah. Permulaan biasalah, hancur bersepai jadinya...tapi selepas cuba dan cuba dan cuba (mahu habis sebotol eyeliner) akhirnya menjadilah jugak.huhhhh. puas hati (untuk seketika).

Walaupun tak secantik dalam youtube tu tapi oklah bagi aku yang tak seberapa ni (rendah diri ok). Terbaru aku telah menggunakan eyeliner jenama 'etude house' (tol ke ni?) Yang ini pun setelah aku lihat mata kawan aku yang sorang tu, gigih aku terus pergi beli, ternyata sangat memuaskan 100%. Dengan kadar kepekatan yang likat, hitam mcm arang, mudah kering dan mudah dicuci (jgn guna serbuk pencuci pulak yer). Botol pun cantik ditambah harga pun berpatutan. Rasa macam nak beli 3 je sekaligus (perlu ke), tapi satu je aku beli, dah nak habis nanti aku beli lagi dan lagikkkkkk.

Waktu yang sesuai untuk aku mencuba supaya menjadi mahir adalah time anak tidur, barulah aman dan tiada gangguan. Akan tetapi bila tiba waktu nak keluar (berjalan-jalan) yang sebenar (realiti) akhirnya apa yang aku dah praktis mesti tak menjadi. SEBAB??? bila aku dah sibuk siapkan anak, aku akan jadi orang yang terakhir perlu bersiap, bila hubby dah tunggu kat kereta MAKA aku pun malas dah nak ber touch up bagai. Kesimpulanya ; muka ala kadar je. Hmm...maybe lepas ni aku kena siapkan diri aku dulu baru turn my lil princess. BOLEH KE?? entahlah....

anyway anyhow ..back to the story again..
 
Bila dah studi, haruslah kena buat praktikal kan ; so; berpandukan muka model yang cun kat bawah ni..


canteknyerrrrr.....mcm guna arang pun ada aku tengok.uhuuu.

lagi bagus guna yg jenis liquid ni untuk bhg atas.

how to put eye liner at the bottom eye. di syorkan oleh pakar guna kohl pencil yer.


kohl pencil
 

cara inilah yang telah aku cuba.thumbs up!!!

  

cream eye liner ; yg dah expert bolehlh guna.klu aku,hancurlah jawapnye.



tadaaa....inilah eye liner yg aku warwarkan tu.BEST!!!!


DAN


 

inilah hasil untuk percubaan pertama.yang seterusnya pasti akan lebih mantap!!!tungguu hasilnya nanti...




p/s : Kepada sesiapa di luar sana yang ada tips nak hilangkan mata berair bila nak pakai eye liner, sila bagi saya info yer...sharing is caring...tqqqqqq....

ca..ca..


2 comments:

  1. HANI PALING EXPERT PAKAI NIH!!HAHAHHA.. TP SUATU MASE DULE LERRR..HUHUHUU!! ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah...hani sll duk pakai dulu kan?? la ni..cer try..mesti ada lg ke-xpert-an itu...hahahahaha..leh bg tips kt akk...uhuuu

      Delete

Komen murni murni je yer..muchoo..