Mr.Tabung

Thursday, May 31, 2012

saya SUKA..saya SUKA..


cantiknya gigi...

Yang mana satu idaman kalbu....lalalalalala. Suker nya hati ku menyanyi bergumbira. Tak kira nak share jugak. Pada sesiapa yang berkenaan, ni takde niat menyinggung hati dan perasaan awak yer. Marilah kita bergembira bersama-sama.

Mohon pendapat sikit, andaikata diberi pilihan bekerja di Kementerian/Jabatan yang ada di Putrajaya, yang mana satu menjadi pojaaan hati???? Setelah di short list kan, inilah di antara yang aku rasa perlu untuk dibuat pilihan (walaupun takde sesper bagi aku buat pilihan pun) ;


1. KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


2. KEMENTERIAN PERUMAHAN



3. IMIGRESEN 



4. JABATAN AUDIT NEGARA


5. KBS


6. JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA


Semua ni hebat-hebat belaka dan tempat nya sangatlah strategiknya. Jabatan Kastam??? Oleh kerana aku dah pernah berkhidmat di situ jadi ada baiknya aku mencuba tempat lain pulak (bertukar angin) tapi masih tersenarai dalam pilihan lah walaupun itu akan menjadi pilihan terakhir (kalau terpaksa) hahahaha. Ke x-cited aku ni dah mencapai tahap maksimum sebenarnya cuma satu perkara je perlu diselesaikan.

1 Jun 2012 ...wahhhh..cepatnya masa berlalu. Genaplah 6 bulan aku bekerja kat tempat baru aku ni dan sekaligus menamatkan tempoh percubaan (6 bulan) dan apabila disahkan oleh bos aku nanti itu membawa maksud aku telah menyandang jawatan baru aku ni secara sah dan bukan lagi di bawah percubaan. Alhamdullilah.

Yang menjadi pilihan hati aku setakat ini sudah tentulah yang berada di tangga pertama itu ye ; memandangkan Kementerian Kewangan itu memang sudah familiar untuk aku dan ditambah ianya sangatlah berhampiran dengan Kastam itu menambahkan lagi keghairahan aku untuk mencuba nasib di situ. Uikkss... nanti kejap, apa yang ada kat Kastam tu yang aku nak sangat dekat-dekat? sebelum ada yang membara dengan berfikir yang bukan-bukan, meh sini aku buat pencerahan sikit.

Sebab aku nak sangat berada di sisi Kastam itu adalah kerana ; DEKAT DENGAN BEST BUDDY aku iaitu pn. Cujen the Lejen. ITU JE. Kalau dia takde kat situ takde perlunya aku nak menempet dekat-dekat situ, tidak ada apa-apa yang istimewa pun. Bila dah dekat dengan kawan aku tu maka segala aktiviti sihat aku akan berjalan dengan lancar. ok?? ada paham?? Dah! jangan nak jeles-jeles, kalau tak cayer juger, meh ler kiter tuko sama-sama..ihihihihi.

Selain itu juga, bagi aku, presint 2, 3 atau 4 adalah tempat yang sangat strategik di mana tidak jem/sesak bila waktu pagi/tengahari/petang tak seperti di parcel-parcel, bila waktu pagi je kesesakan nya tu mengalahkan nak pergi Kastam kelana Jaya (hehehehe) asal jauh bebenor contoh yang aku bagi ni? (mengikut pengalaman lah kan). Jadi aku merasa sangat tenang dan bertenang kalau berkerja di area presint-presint yang aku maksudkan itu.

Kalau nak lagi tenang dan bertenaga baik aku kerja dalam Alamanda je, nescaya setiap hari aku bersemangat wajar nak g kerja (asal takde jab/kementerian dalam tu ek?). Cuba bayangkan kalau aku ditempatkan di Jab yang terletak dalam Alamanda..fuhhhh. aku sanggup masuk kul 7.30 pagi balik kul 5.30 ptg, aku tak claim OT pun, ikhlas je aku kerja lebih masa.huhuhuhu. (bab berangan no satu). dushhhh...mik ko sebijik.!

Alamak lari dari topik lagik, ok, patah balik ;

Jadi, pada sesiapa yang rasa ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan pilihan-pilihan yang ada kat atas tu, sila-silalah kongsikan bersama ye. Jasa anda sangatlah dihargai. Jumpa di Putrajaya yer.....Terimalah serangkap pantun dari aku ;

Bangun pagi gosok gigi
Dengan ubat gigi darli
Kalau ada info nak di kongsi
Saya berterima kasih berkali-kali


kalau ada rezeki kita jumpa ye..ngeh..ngeh..ngeh..



No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..