Assalamualaikum
semua....!!! Semoga hari-hari yang dilalui sentiasa diberkati yer..
(perghhh...uztazah lah pulekkk).
Wahhh...lama
sungguh aku tak meng-update blog ku ini, rindu setengah matiiiii
(yeker?).hehehe....setelah sekian lama bercuti, mestilah ada kisah dan
peristiwa yang dilalui kan? Haa, jadi untuk mengabdikan dalam ingatan, perlulah
aku simpan di dalam blog ku ini. Andaikata aku terhilang ingatan ke,
sekurang-kurangnya adalah sumber untuk aku memulihkan kembali ingatan aku tu.
(sudah-sudahlah aku ni sik nak melalut).
Pertama-tama,
seperti yang dah sedia maklum, plan aku nak bershopping ala orang bujang pada
25.4.2012 adalah TIDAK MENJADI. Korang nak tau sebab apa?? Meh sini aku bitau.
Ini adalah berpunca daripada Hospital Putrajaya.
Begini kisahnya....
Pada 25.4.2012 aku
ada appoiment dengan doktor kat hospital ni pukul 10.20 pagi, jadi aku bajet
kalau pergi awal pun, dulu aku pernah kena sound dgn nurse kat situ, kalau
appoiment pukul sekian-sekian jadi setengah jam sebelum tu baru aku perlu daftar.
Jadi aku pun pergilah pukul 10.00 pagi, dah ngam-gam cun lah tu. Sampai je amik
nombor, daftar kat kaunter dapatlah nombor 535 dan dirujuk ke klinik A.
Klinik A tu, first sekali diarang akan periksa
tekanan darah dan timbang berat badan. Lepas tu bermulalah penantian aku.
Memandangkan nombor aku tu bermula dengan kepala 5 (535) mungkin agak lewat
sikit jelah dalam jangkaan aku dan mungkin sebelum jam 12 tgh aku dah siap.
Sebelum tu, aku dah pun berjanji dengan kawan aku, selesai je checkup ni aku nk shoot ke KL (dia dahpun amik cutis sbb aku).
Tup tap tup tap,
aikkk???? Dah pun pukul 12, tak jugak timbul-timbul nombor aku ni, apa kes? Aku pun
terus pergi jumpa nurse yang bertugas tu, dia cakap doktor tak ramai, jadi lambat sikit. Bistu apa aku nak buat? Tunggu
jelah, dalam hati dah ada sikit bara-bara api ni. Tunggu dan tunggu sampai
pukul 2, ini memang dah melampau, sekali lagi aku pergi tanya, jawapan yang aku
terima???? Ada 7 orang je lagi yer. Ooo..ok...takpe aku tunggu. Tapi bila dah
pukul 3.30 masih takda apa2 lagi, ternyata memang membangkitkan kemarahan aku.
Dan untuk sekian kalinya aku pergi tanya dengan muka yang memang kalau kucing
tengok pun pengsan, soalan aku berbunyi begini..”doktor nak jumpa saya ke
taknak?” nurse tu pun dah mula kelam-kabut, terus semak dalam buku apa ntah dan
cakap, ok puan, sekejap je lagi yer, bilik no 61.
Takkan aku nak
marah kat nurse tu pulak kan, cam tak kena je. Aku pun terus terpandang pada
kotak aduan/cadangan, terus aku ambik boring kuning yang disediakan (ramai mata
yang memerhatikan)dan aku terus tulis ketidakpuasan hati aku dan aku letak nama
dan nombor hp aku sekali.
Tepat jam 4.15
petang, baru nombor azimat aku tu dipanggil, lagi menyakitkan hati aku bila
doktor pulak tanya aku, yer puan, ada masalah apa yer??? Aik??? Bukan ke
pihak ko yang nak jumpa aku dan takkan takda rekod dalam lappy ko tu, apa kes
aku dibuat appoiment? Dengan selambanya aku jawap, dari pagi saya tunggu takkan
doktor tak tahu kes apa saya kena datang ni? rupa-rupanya, cuma nak bagitahu
aku keputusan positif yang operation 3 bulan lepas memang sah janin yang
dikeluarkan. (pelikkk sangat)
Yang amat
mengelirukan, masa operation dan
selepas operation tu maksudnya para doktor ni tak pasti lah ek apa yang diarang
operate kan tu?? Andaikata bukan janin?? Tak ke sia-sia operation aku tu?? Little bit confusing in this situation.
Disebabkan darah aku dah mendidih dan aku pun dah jemu duduk menunggu kat
sepital ni, ditambah plan aku dengan kawan aku terpaksa dikensel, aku tak tanya
apa-apa dah.
Kesimpulanya, dari
jam 10.00 pagi sehingga 4.30 petang
aku menunggu, hanya 5 minit je
masa yang diambil oleh doktor tu untuk jumpa aku.
Aku faham kalau ada yang cakap, nak cepat pergi hospital or klinik swasta lah. tapi, sampai bila asal sebut je government service pasti akan dikaitkan dengan..lambat. Kadang-kadang macam dah di set kat kepala, nak pergi je klinik atau hospital pasti akan mengeluh. Negara dah maju tapi takkan service masih di takuk lama, betul tak? Tak aku nafikan juga, perkhidmatan-perkhidmatan lain dah tip-top dan canggih cuma masih ada sedikit kekurangan yang perlu diperbaiki.
Selaras dengan slogan PM ; Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan, so faham-faham sendirilah yek.
Memang tak sia-sia aku amik cuti hari tu, kalau tak, nak mintak mc belum tentu dapat sebab 5 minit je pun jumpa doktor tu, aduhaiii....sama je macam pergi kerja yang membezakan tempat je.
Sekian lah dahulu pembukaan cerita aku. Sekadar luahan rasa tiada niat memburukkan apatah lagi menjatuhkan mana-mana pihak. Pengajaran dari peristiwa ini, kalau aku ada temujanji akan aku pastikan 2 jam sebelum aku dah terpacak kat depan pak guard hospital.hihihihi.
Selaras dengan slogan PM ; Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan, so faham-faham sendirilah yek.
Memang tak sia-sia aku amik cuti hari tu, kalau tak, nak mintak mc belum tentu dapat sebab 5 minit je pun jumpa doktor tu, aduhaiii....sama je macam pergi kerja yang membezakan tempat je.
Sekian lah dahulu pembukaan cerita aku. Sekadar luahan rasa tiada niat memburukkan apatah lagi menjatuhkan mana-mana pihak. Pengajaran dari peristiwa ini, kalau aku ada temujanji akan aku pastikan 2 jam sebelum aku dah terpacak kat depan pak guard hospital.hihihihi.
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..