Teruja memang
teruja apabila cuti yang ku mohon telah diluluskan. Terima kasih tuan Bos.
(yihaaaa).........
Untuk makluman
saudara saudari sekelian, tanggal 25 (rabu), 26 (khamis) dan 27 (jumaat) April
2012 aku akan bercuti panjang tapi sengal tak aku, asal lah aku tak pegi amik
je cuti pada 30.4.2012 (isnin) ????? kan ke selasa tu dah cuti am (Hari Buruh),
kalau tak, seminggulah aku dapat berilek-rileks. Ini aku kerja hari isnin, tup
tup selasa cuti. Membazir kan??? Tapi pada sape aku nak cakap membazir
sedangkan kalau aku kerja lagi tak membazir duit Negara. Hahahahaha....wat
everrrrrrrr.....
Haaaa, apabila dah
bercuti akan sinonim lah dengan menghabiskan duit. Agenda aku kali ini nak
pergi bermalam-malam di Melaka (sebab pergi haritu tak memuaskan lagik). Kali
ni, aku dah plan baekkkk punya, so no more trouble double.
Ini bermakna esok
aku kena pergi membeli barang keperluan (baju,kasut dan aksesori) walaupun
kelihatan agak membazir disitu, tapiiii...tak kisahlah. Yang penting kepuasan
harus tercapai. Sebab aku adalah di antara orang yang mengutamakan kepuasan,
hehehe (asal nk gelak jahat camtu) Upps, sebelum terlupa, pagi-pagi esok aku ada appoiment check-up kat hopistal eh salah, hospital selepas itu pula oleh
kerana barang yang aku beli online
baru esok terhegeh-hegeh nak sampai jadi terpaksalah aku menyinggah sebentar
kat opis (sape suh aku letak alamat opis?) padan muka aku. Selesai je amik
barang aku kat opis maka bermulalah heaven
journey aku.walaaaaaaaaaaa....
Emmmm, apa yang
patut aku beli untuk merasmikan hari shopping
aku esok yer???? Where do i begin?? eh macam tajuk lagu pulak, lagu apa ek? (ok, sila lupakan). Perlu ke buat check-list? Haa..! sekali takde idea, mungkin
aku kena lihat baru tahu. Nafsu membeli aku akan berfungsi sebaik saja aku
menjejakkan kaki size 8 aku ni di pusat membeli dan membelah duit nanti. Wanna join? please think twice..!!
Sehingga itu, pada
masa percutian aku tu, kemungkinan aku tak meng-update blog kesayangan ini agak besar (mcm biasalah). Jadi nantikan
kepulangan aku, pasti korang tak terlarat nak tengok gambo2 yang di ‘tangkap’
oleh ‘my little gojes tiny NX 100 Samsung Camera’.uhukkkkkkk.
p.s: aku telah
menghasut kawan aku supaya menjebak kan diri dalam misi aku ni. hihihihi.
Last but not least, to someone that always waiting for me ; i will miss you while i'm here and you're there but believe in me that one day we will be together.
Sekian dahulu pemberitahuan ku.
ca..ca..
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..