Malam tadi pergi
melepak anak beranak kat Mcd Dengkil.
Huh?? Dengkil ada
mcd??? Eh hello...Dengkil dah maju tau, lagipun mcd tu terletak (kota warisan) di tepi je jalan di sebelah kiri (kalau dari putrajaya) otw nak pergi
Nilai, Sepang dan yang seangkatan. Tempat agak strategik sebab tak menempuh traffic jam.
Cuma, dah nama pun tempat
baru, jadi adalah sedikit kekurangan. Memandangkan aku baru mengunjungi untuk
kali yang ke 3, ternyata perkara sama yang aku perlu tempuh adalah, masa
menempah makanan kat kaunter agak lembab disebabkan kekurangan staff. Meh aku describe kan sikit mengenai Mcd di Dengkil ni yer.
Staf
Perlu lebih ramai
supaya pelanggan tak bosan beratur ditambah kaunter yang dibuka pada satu masa cuma
2.
Haruslah di latih
supaya sentiasa senyum a.k.a mesra pelanggan bagi mengurangkan sikit tensen
pelanggan yang lama beratur
Perlu arif dan up-to-date tentang info terkini Mcd
supaya apabila ditanya oleh pelanggan jawapan yang diberikan memuaskan
Persekitaran
Hiasan dalaman
cantik dan moden ditambah dengan ruang untuk pelanggan melayari internet (5
bintang untuk kerusi yang warna warni...i likeeee)
Dicemari sikit
apabila meja yang tiada pelanggan masih belum dikemas (tak cukup staf)
sekaligus boleh mengundang lalat (iyaukkkss)
Tempat kanak-kanak
(playground) kemas dan selamat (walaupun ruang agak sempit)
Kerusi untuk
kanak-kanak (baby chair) tak dibersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan
menyebabkan banyak sisa makanan masih melekat-lekat (biasalah budak kecik kalau makan)
Ruang Letak Kereta
Ruang agak banyak
tapi masih tak mampu menampung jumlah kenderaan + pekerja yang memakir kereta
(kawasan tanah lapang masih boleh diubah suai utk dijadikan ruang parkir)
Lokasi
Sesiapa yang dari arah Putrajaya/Dengkil haruslah membuat pusingan U untuk berpatah balik (lebih kurang 1 KM)
Perkhidmatan Lain
24 Hrs open
Drive Thru
No Delivery services provided
Keseluruhan
Tiga (3) bintang
dari lima (5) bintang
Kalau setakat nak
mengisi perut, abaikan je kekurangan yang tercatat di atas dan mungkin
pengurusan Mcd tengah mengusahakan membaiki semua kekurangan dan kelemahan yang
ada.
.GAMBAR TAKDE KENE MENGENA LANGSUNG DGN ENTRI NI. |
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..