Salam Jumaat untuk
sekian kali lagi kawan-kawan.
Hari macam ni,
mesti ramai yang dah merancang dengan pelbagai aktiviti untuk cuti hujung
minggu esok. Ada juga yang lebih senang berehat di rumah je. Ok, untuk entri ni
bukan aku nak cerita pasal kisah cuti atau bercuti yer. Ini semua mukadimah jer
(ihiii)
Disebabkan pagi ni
aku tak keluar breakfast dengan kawan
aku, jadi aku melepak kan diri kat tempat aku ni jelah sambil menggodek-godek pen-drive aku ni. Sekali aku tertengok
satu gambar ni iaitu gambar PC (computer) masa aku kat ofis lama suatu masa
dulu.
Entah kenapa
tiba-tiba aku teringat pulak kat suasana kerja lama ; kawan-kawan ; aktiviti
dan rutin harian aku kalau kat ofis tu. Hmmm, setiap perkara yang kita pernah
lalui tak sah kalau tak ada kenangan manis ataupun pahit. Aku lebih senang
kalau hanya mengenangkan yang manis-manis je, barulah aku boleh tersenyum
meleret sorang-sorang (masih siuman ok).
Kadang-kadang
kelakar pun ada bila terfikir aku pernah buat satu perkara yang agak pelik dan
di luar jangkaan. Ngehngehngeh. Rasa seronok pun ada dan rasa sweet pun ada. (apa yang aku merepek ni ha?)
Beautiful
memories ; sweet memories ; sentimental value . Ini je
yang aku boleh huraikan. Boleh tak kalau aku katakan pada yang pernah jadi
musuh aku pun aku teringat jugak, isn’t
that sweet?? Kalau takda musuh tak extreme
lah kan. Hahahaha. Tapi jangan ramai sangat musuh tak senang hidup nanti.
Apalah agaknya
mereka semua ni sedang buat kan? Ingat tak mereka ni pada aku lagi? ke dah lupa
muka aku ni? entah-entah nama penuh aku pun mereka ni dah delete dalam kepala diarang. Pitty
me. Ex-boifren pulak???? Oopsssss....sensitive
issue, masalahnya mana ada boyfren pun, kasi gempak jer. uhuuu. (yeker?)
kalau ada pun sekadar suka-suka, ibarat melepas batuk di lift jer. (versi
baru). Jangan nak over-over ok, nanti
kena gam..!
Hidup mesti
diteruskan...tak semua perkara yang kita inginkan tercapai, cukuplah sekadar
pernah mengecapi saat-saat terindah walaupun hanya seketika, tiada yang kekal
dan mustahil di dunia ni. Bagi aku, siapa yang berada di sekeliling aku, itulah
kawan-kawan dan teman aku dan sebaliknya. Jika kita hidup dengan masih
mengenang kisah lampau maka kehidupan yang dijalankan akan tiada masa hadapan.
Setiap pertemuan
ada perpisahan dan setiap kemenangan pasti ada kekalahan, akur dengan ketentuan
takdir nescaya kita bersedia menghadapi realiti sebuah kehidupan.
Sekian.
.TEMPAT KERJA KU SUATU MASA DULU. |
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..