Bulan May bakal
menghampiri. Setakat ni takda lagi event
or invitation untuk dihadiri (aku ingat aku diva ker?). Lagipun masih ada
lebih kurang dalam 10 hari lagi untuk dihabiskan bulan April ini.
17.5.2012
adalah
merupakan hari lahir bagi suami tercinta aku a.k.a Mohd. Sobri Bin Md. Radzi.
Sekaligus dianugerahkan umur yang akan berganjak ke-38. Huhhhhh????? Tua dah
laki aku (ni kalau dia baca ni tak abis-abis nak cakap muka tak setua umo)
lantaklah bang, janji performance mantap . Kalau harapkan umo je muda tapi...alahaiiiii, tak memberi kesan
juga.
Ok..ok kembali ke
jalan asal semula .
Aku dah terfikir
nak memberi hadiah kat besday men ni
nanti dan ajak lah pergi mana-mana restoran sederhana mewah yang ada kat KL ni
nanti (on me) Antara hadiah yang terlintas kat fikiran aku ni ialah, Iphone 4, 32 gb (bukan 4s ok) sebab aku
pun pengguna Iphone 4 jadi sangatlah berbaloi kalau nak bermesej hanya WhatsApp saja, tiada bayaran dikenakan.
Antara sebab lain
aku nak belikan dia handphone adalah
kerana, aku rasa dah bertahun kot dia tak tukar hp dan masih kekal dengan Nokia
dia tu, hp tu memanglah canggih tapi untuk zaman terkini sudah tidak lagi. Ihiii.
Alasan dia, ‘tak payah membazir pakai je selagi boleh.’ Ooo... ini ko cakap
membazir, yang pergi beli lappy Apple
tu nak dikira kategori apa??
Harap-harap
menjadilah cadangan aku nak bagi hadiah sebegini yek...nanti bolehlah pergi
survey-survey harga. Aku rasa harga dah turun sikit kot memandangkan yang terkini
Iphone 4s pun dalam RM2K++ . Aku budget dalam
1K++ . Lumayan jugak tu duit aku nak diterbangkan. Takpelah janji niat ikhlas
untuk suami tercinta (ayat jiwang padang pasir).
Aku pasti dia pun
akan tersenyum kegembiraan kalau dapat hadiah sebegitu (kalau aku dah
melompat-lompat dah). Dia mestilah nak kaber macho kan, belakang aku siap cucuk langit punyalah. Iphone tuuuuuuu....ingat harga seratus dua ke. Uishhhhh.hebat
noks. Tapi... kalau ko guna untuk mesej dgn pompuan lain, siap ..aku tukarkan hp ko ke nokia 3210 jer.
SAPE TAK SAYANG
LAKIIIII....BROOOO!!!
.HANDPHONE HUBBY SKRG. |
.AKAN DATANG. |
BEZA ternyata BERBEZA !!
p.s: jangan kasi tau sama dia erk.
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..