Nafsu membeli aku
datang lagik. Orang yang dipertanggungjawapkan dan yang menyebabkan aku mula
terbayang-bayang satu ‘benda ni’ adalah kawan aku si cujen.
Yang nyata lagi
benar dia telahpun membeli ‘benda’ tu, memang cantik, menarik lagi berguna.
Walaaaaa.....perlu ke aku menerbangkan sejumlah duit untuk mendapatkan ‘benda’ tu?
(ke ada sesaper nak hadiahkan utk aku, sila pm je, nanti aku bitau lokasi
aku)..ihiiiii
Eh, lupa pulak aku
nak bitau ‘benda’ tu apa, sabauu....ianya adalah aksesori dan cermin.
Erkk...tak dapat bayangkan lagik ek, oklah...sila lihat gambarajah di bawah.
Dah tengok????? Cantik
kan???? Kalau aku nak beli, tentulah aku kena amik kaler hitam sebab bilik aku
bukan tema putih dan lagi satu, putih ni
cepat pulak bertukar kaler nanti, al-maklumlah aku yakin sangat ada yang
berminat nak memegang-memegang sesuatu yang baru seperti ini, orang tu tak lain
tak bukan ialah nia si budak kecik.
Aku akan memikirkan
dan akan mempertimbangkan semula niat aku ni sambil nak buat pengaturan kat
mana sesuai aku letak dalam bilik aku jika aku membeli lemari ni. (angan-angan
kena ada).
Bagi yang rasa ada banyak barang kemas atau tak kemas, inilah peluang anda untuk mengabdikan segala hakmilik anda yang comel-comel itu di dalam lemari ini. Berguna tauuuuuu.....(saya bukan toke nak promote barang sendiri k) sekadar mengkongsikan minat dan pendapat.
Sesiapa yang rasa berminat bolehlah pergi ke RAINBOWS COLLECTION. Try r search FB di atas ni yer.
Apapun, satu hari pasti akan ku miliki, tahun bila aku pun tak pasti, kalau rasa duit terlebih, mungkin tahun ni jugak cermin ni menjadi milik ku.
ca..ca
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..