Mr.Tabung

Wednesday, March 28, 2012

Rindu ker?


Rindunya pada dia...

Ada masa dan ada ketika kita akan merasa rindu sangat, tapi rindu pada siapa aku tak pasti. Yang nyata bila mode rindu tu di tekan, aku merasa sunyi dan boleh pulak berada dalam alam lain. (ihiiiii, bukan giler tau).

Mungkin aku merindui pada arwah abah mungkin juga merindui kawan-kawan aku yang terlebih dahulu meninggalkan aku, tapi memang tak dapat diungkap dengan kata-kata lah perasaan yang menyelubungi . Kenkadang juga, bila aku mengingati semula kenangan-kenangan lama, boleh pulak aku senyum sorang-sorang (iskkk, sewel lh pulak). Jangan salah faham, setiap manusia ada kisah silam tersendiri, suka-duka, ketawa-menangis, macam-macam ada. Ada yang boleh dikongsi dan ada yang tak boleh dikongsi demi menjaga hati orang lain yang mungkin akan terlibat secara langsung atau secara langsung.

Contohnya, x-bofren, kenangan dengan dia tak boleh di publish sangat sebab mungkin dia telah mempunyai hidup dia sendiri jadi tak best lah kalau orang tu terbaca kan, sedikit sebanyak mesti rasa something kan..kan? (baper banyak kan, daaaa). Lagilah tak eloknya kita memburuk-burukkan orang pernah kita sayangi sedangkan suatu masa dahulu, dia yang kita puja-puja, dia yang kita sayang tapi bila dah tak bersama, macam-macam hal keburukan orang tu kita bongkar kan. 

Aku tetap dengan prinsip aku, tidak akan sama sekali aku membenci orang yang pernah aku sayang. Sebab bagi aku, dengan dia aku hanya mempunyai kenangan untuk dikenang dan diingat tapi dengan suami aku, aku mempunyai masa depan yang perlu aku hadapi bersama. Terdapat perbezaan disitu yer.

Dan juga, aku sentiasa mendoakan (yang termampu) supaya sesiapa yang pernah terlibat dalam hidup aku ni, memaafkan segala kekhilafan, ketelanjuran kata, perbuatan atau perasaan yang dicipta oleh aku. Tapi percayalah, setiap apa yang aku katakan dan aku janjikan pada masa itu adalah ikhlas dan bukan “drama” semata-mata.

Pada masa yang  sama juga, nak melupakan seseorang bukan senang, terlalu banyak perkara yang pernah dilalui bersama, contoh; lagu-lagu, tempat, aktiviti, kata-kata, lawak jenaka dan kadang-kadang kita terlupa yang kita dah tak bersama dia lagi, sebab perkara yang terjadi pada saat kita tengah berbahagia. Jangan nak tipulah atau dengan riak nak cakap yang kita dah lupakan dia, sebab bila kita menyendiri, perkara pertama yang akan kita ingat adalah dia, yer dia. orang yang selalu ber-sms dengan kita, menelifon kita, bertanya khabar, cemburu, bergaduh dan macam-macam lagi, boleh ke lupa dalam sekelip mata?????? mestilah tak.

Ada juga keinginan untuk menghubungi tapi apabila EGO menguasai diri maka tercetuslah perasaan taknak mengalah, betul tak?? walaupun dalam hati membuak-buak nak dengar suara orang tu, tapi tidak sama sekalli akan mencabar keegoaan kita. tetapi ianya akan menjadi satu bonus jikalau dia yang menghubungi kita.  

Kesimpulanya, bagi orang yang dalam dilema, buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri, jangan biarkan ego menguasai diri kerana akibatnya diri sendiri yang tanggung dan pastikan jiwa sentiasa cekal dan tabah jika ingin mempertahankan ego anda.

Oleh kerana mood aku tengah sentimental, entry kali ni aku nak selitkan lirik lagu inilah:-

Masa yang terindah
Kini semua telah berakhir
Karena kau berubah
Tak seperti dulu lagi


Sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
Tak pernah kau tahu begitu sakitnya aku
Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu


Dilema  untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu
Biarkanku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu


Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta

Kau anggap diriku

Melihatku dengan sebelah matamu
Dilema untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu


: AKU TAK BERDAYA :

Sekian dulu, jiwang karat aku untuk kali ni, tiada yang benar selain yang benar-benar belaka.




2 comments:

  1. sape kata takleh lupakan? tgk contoh aku..siyes aku dah tak boleh ingat langsung kenangan manis aku dgn si BABI tu..u know who..hihihihi... ce ko ingat KK, mesti ko lupa..hahahahha

    ReplyDelete
  2. yer aku kenal saper si BABI itew...ihiiii....KK>>????? tidakkkkkkkkk........mestilh M, my precious moment.....uhuuuuuu

    ReplyDelete

Komen murni murni je yer..muchoo..