Tempat baru.
Seperti ada yang
dah sedia maklum, aku kini bukan lagi warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Mula menabur bakti pada 6.12.1999
sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Aku
sangat berbangga kerana menjadi salah seorang warga Jabatan Kastam. Masa tu
umur baru je 19 tahun, memandangkan aku terlalu ‘rajin’ nak sambung belajar
lagi, jadi baik aku terima je tawaran kerja. Alhamdullilah, tidak sia-sia aku
memilih tawaran ni .
Permulaan kerja
memang lah agak kekok kerana, freshie
kan....semua nya fresh lah. Berjauhan
dari keluarga untuk pertama kalinya sedikit sebanyak memudarkan semangat aku,
akan tetapi ada segelintir yang menasihati aku supaya bersabar menyebabkan aku berjaya
mengharungi pahit getir (uhuuuu)sehingga ke hari ini.
Dari tahun 1999 aku telah ditugaskan di Bahagian Perkhidmatan Teknik, Cawangan Penjenisan sehingga Julai 2007 aku telah ditukarkan ke Bahagian Cukai Dalam Negeri.
Tahun 2002, Jabatan (HQ)
telah berpindah ke Putrajaya, wowwww...sangat teruja sebab mendapat pejabat
baru dan canggih. (telifon soranggg satuuuuu....ihiii)agak kejakunan jugaklah
memula tu, tapi superbbb besttt....tandas sangatlah besar aku rasakan masa tu,
tapi bila dah biasa, taklah besar sangat pun. Patisyen sorang satu (tak lagi
macam meja budak sekolah). Dalam erti kata lain memang sangat teruja lah.
Sekali lagi dalam
tahun 2+++ (maaf aku tak ingat tahun berapa) aku telah di anugerahkan oleh Ketua
Jabatan (hebatt nohhh) Anugerah Pekerja Cemerlang. Syukur tak terhingga kerana
jasa aku dikenang (dramatic lah pulakkk). Yeayyyyy dapat duit oooo RM1000.00
dan sijil, oklah tu beb, terisi jugak dalam buku servis aku yang comel tu.
Aku banyak
menyertai aktiviti-aktiviti kebudayaan, memandangkan aku memang suka
benda-benda macam tu, ramai kawan dan of
coz dikenali. Aku sempat bertukar KP sebanyak 5 kali dan daripada pegawai tak pakai uniform ke beruniform, sumer transformasi terkini sempat aku lalui
lah.
Walaubagaimanapun,
sayang macamana sekali pun aku pada Jabatan aku tu dan setelah berkhidmat 12
tahun, harus ku tinggalkan jua, baru je sebulan pejabat bahagian yang aku kerja
tu berpindah ke pejabat lain (dari presint 2 ke presint 3) aku telah mendapat
tawaran naik ke Gred N22 sekaligus memegang jawatan Ketua Kerani (CC).
28.12.2011 berkuatkuasa pertukaran aku dan 2 Januari 2012 aku telah melapor
diri di Pejabat dan Jabatan baru dan menjadikan aku junior dari segi pergaulan
(kalau perkhidmatan of cozlah aku dah senior).
Bermulalah
kehidupan, pengalaman dan kawan baru. Suka atau tidak, aku harus meneruskan dan
begitu juga staf-staf di situ, suka atau tidak mereka haruslah menerima
kehadiran aku yang sedikit sebanyak akan menyinari keadaan di situ (perasan
gilerrrrr).
Apapun, sehingga ke
hari ini, aku merindui suasana kerja , kawan-kawan, rutin harian aku dengan besfren aku
(cujen the lejen), bos-bos yang dah mengenali aku dan segala-galanya di pejabat
lama aku tu. Tidak sama sekali aku akan melupakan Jabatan Kastam Diraja
Malaysia yang telah mengajar aku mengenali dan berkhdimat untuk Negara yang ku
cintai. Andai satu hari nanti, masih ada peluang untuk aku kembali ke situ,
insyallah akan ku rebut peluang itu. Aminnn...
~~ TERIMA KASIH ~~
.JKDM di Putrajaya (HQ). |
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..