Rindunya pada
dia...
Ada masa dan ada
ketika kita akan merasa rindu sangat, tapi rindu pada siapa aku tak pasti. Yang
nyata bila mode rindu tu di tekan,
aku merasa sunyi dan boleh pulak berada dalam alam lain. (ihiiiii, bukan giler
tau).
Mungkin aku
merindui pada arwah abah mungkin juga merindui kawan-kawan aku yang terlebih
dahulu meninggalkan aku, tapi memang tak dapat diungkap dengan kata-kata lah
perasaan yang menyelubungi . Kenkadang juga,
bila aku mengingati semula kenangan-kenangan lama, boleh pulak aku senyum
sorang-sorang (iskkk, sewel lh pulak). Jangan salah faham, setiap manusia ada
kisah silam tersendiri, suka-duka, ketawa-menangis, macam-macam ada. Ada yang
boleh dikongsi dan ada yang tak boleh dikongsi demi menjaga hati orang lain
yang mungkin akan terlibat secara langsung atau secara langsung.
Contohnya,
x-bofren, kenangan dengan dia tak boleh di publish
sangat sebab mungkin dia telah mempunyai hidup dia sendiri jadi tak best
lah kalau orang tu terbaca kan, sedikit sebanyak mesti rasa something kan..kan? (baper banyak kan,
daaaa). Lagilah tak eloknya kita memburuk-burukkan orang pernah kita sayangi
sedangkan suatu masa dahulu, dia yang kita puja-puja, dia yang kita sayang tapi
bila dah tak bersama, macam-macam hal keburukan orang tu kita bongkar kan.
Aku
tetap dengan prinsip aku, tidak akan sama sekali aku membenci orang
yang pernah aku sayang. Sebab bagi aku, dengan dia aku hanya mempunyai
kenangan untuk dikenang dan diingat tapi dengan suami aku, aku mempunyai masa
depan yang perlu aku hadapi bersama. Terdapat perbezaan disitu yer.
Dan juga, aku
sentiasa mendoakan (yang termampu) supaya sesiapa yang pernah terlibat dalam
hidup aku ni, memaafkan segala kekhilafan, ketelanjuran kata, perbuatan atau
perasaan yang dicipta oleh aku. Tapi percayalah, setiap apa yang aku katakan dan
aku janjikan pada masa itu adalah ikhlas dan bukan “drama” semata-mata.
Pada masa yang sama juga, nak melupakan seseorang bukan senang, terlalu banyak perkara yang pernah dilalui bersama, contoh; lagu-lagu, tempat, aktiviti, kata-kata, lawak jenaka dan kadang-kadang kita terlupa yang kita dah tak bersama dia lagi, sebab perkara yang terjadi pada saat kita tengah berbahagia. Jangan nak tipulah atau dengan riak nak cakap yang kita dah lupakan dia, sebab bila kita menyendiri, perkara pertama yang akan kita ingat adalah dia, yer dia. orang yang selalu ber-sms dengan kita, menelifon kita, bertanya khabar, cemburu, bergaduh dan macam-macam lagi, boleh ke lupa dalam sekelip mata?????? mestilah tak.
Ada juga keinginan untuk menghubungi tapi apabila EGO menguasai diri maka tercetuslah perasaan taknak mengalah, betul tak?? walaupun dalam hati membuak-buak nak dengar suara orang tu, tapi tidak sama sekalli akan mencabar keegoaan kita. tetapi ianya akan menjadi satu bonus jikalau dia yang menghubungi kita.
Kesimpulanya, bagi orang yang dalam dilema, buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri, jangan biarkan ego menguasai diri kerana akibatnya diri sendiri yang tanggung dan pastikan jiwa sentiasa cekal dan tabah jika ingin mempertahankan ego anda.
Oleh kerana mood
aku tengah sentimental, entry kali ni aku nak selitkan lirik lagu inilah:-
Kini semua telah berakhir
Karena kau berubah
Tak seperti dulu lagi
Sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
Tak pernah kau tahu begitu sakitnya aku
Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu
Dilema untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu
Biarkanku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta
Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu
Dilema untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu
: AKU TAK BERDAYA :
Sekian dulu, jiwang karat aku untuk kali ni, tiada yang benar selain yang benar-benar belaka.
sape kata takleh lupakan? tgk contoh aku..siyes aku dah tak boleh ingat langsung kenangan manis aku dgn si BABI tu..u know who..hihihihi... ce ko ingat KK, mesti ko lupa..hahahahha
ReplyDeleteyer aku kenal saper si BABI itew...ihiiii....KK>>????? tidakkkkkkkkk........mestilh M, my precious moment.....uhuuuuuu
ReplyDelete