Mr.Tabung

Friday, March 23, 2012

Kad Pengenalan Aku

PELIK tapi BENAR....

Setiap manusia mempunyai satu je tarikh lahir yang selalunya disambut setiap tahun. Tapi bagi aku pula, 2 kali setahun adalah sambutan hari jadi aku. yahuuuuuu......tapi nanti dulu, sebelum sempat, adik-adik, kakak-kakak, makcik pakcik di luar sana berfikir-fikiran, dengar dulu penjelasan aku ini. Begini ceritanya...jeng jeng jeng.....(ko jangan nak beria ok)...

Seperti kebiasaan apabila berusia 12 tahun, maka haruslah memiliki kad pengenalan yang masa tu bukanlah mykad yang canggih seperti sekarang ni tapi bukan juga yang berkaler biru itu, aku yang pertengahan zaman punya KP. Jadi, arwah abah aku pun dengan gigihnya telah mengajak aku ke Pejabat Pendaftaran, di mana masa tu di Melaka. Walaupun aku ni mempunyai satu tabiat iaitu kalau tengah tidur, kalau dikejutkan maka siaplah perangai terindah aku tu akan tercipta. Dengan rambut macam sarang tebuan (mana kenal rebonding lg noks) aku telah dipaksarela oleh abahku untuk ditangkap gambar. Perghhh...hasilnya memang kalau aku simpan lagi sekarang ni, mungkin anak aku akan mengingau 4 hari 4 malam tengok muka mummy dia ni. choi choi...ok ok, back to the story mory..

Sesampai je di Pejabat Pendaftaran, setalah abah ku mengisi borang dan lekatkan gambar ku yang jelita tu, so mungkin mengambil masa2-3 minggu kot nak siap, kami pun balik. Genap je tempoh matang, kami pun pergilah untuk mengambil Kad Pengenalan pertama ku itu. Masa tu perasaan agak berbunga-bunga jugaklah, yelah dah jadi rakyat Malaysia yang dewasa, chewahhhhhhh........(wolopon rambut kembang mcm penyapu).

Sesampai je di rumah, habis ahli keluarga aku tunjukkan, “ic adik dah siap”...tetiber mak aku bersuara, aikkkk, apasal bulan FEBRUARI????? Kan lahir bulan MAC????? Rupa2nya, no ic aku bukannya 800324 tetapi 800224, alamakkkkkkkkkkk....abah aku pun terdiam, aku lagilah terdiam, walaupun aku tak kisah pun. Abah aku pun berjanji akan pergi membuat pembetulan semula kat Pejabat Pendaftaran tu nanti. Tapi hari demi hari, umur makin meningkat rupa-rupanya semua dah terlupa akan kesilapan bulan lahir aku tu termasuk aku. Semua urusan persekolahan, bank dan apa saja telah aku gunakan no.kp aku tu tanpa sebarang ragu-ragu sehinggalah tiba satu hari tu. Tergerak hati aku untuk membuat pertanyaan tentang kes aku ni pada yang berkenaan, mengikut sumber tersebut, memandangkan telah banyak urusan personel yang telah aku buat menggunakan no.KP aku tu jadi agak sukar untuk aku membuat pertukaran semula kerana ianya melibatkan banyak pihak. Dengan rela hati aku pun meneruskan kehidupan aku dengan bulan lahir Februari.

Walaubagaimanapun, sambutan harijadi aku di kalangan ahli keluarga dan orang tersayang adalah pada bulan Mac. Tetapi kalau urusan rasmi seperti di pejabat maka biasanya ucapan harijadi itu akan aku terima pada bulan Februari. Nak buat macamana, takde sape yang salah pun.

Surat beranak aku pun telah ditukar tarikh lahirnya masa aku membuat permohonan mendapatkan kembali sijil beranak aku kerana yang asal sudahpun reput (ihiiiii).

24.3.1980 adalah hari aku dilahirkan oleh mak aku

24.2.1980 adalah hari aku dilahirkan bagi pandangan Pejabat Pendaftaran.

Anyway. I’AM PROUD TO BE MALAYSIAN

No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..