Mr.Tabung

Friday, March 23, 2012

Pengenalan

Sedikit pengenalan tentang diri saya ini.

Dilahirkan tanggal 24.03.1980 (yer, saya tahu, esok besday saya), pada hari apa, nanti saya semak semula calendar zaman-zaman dahulu kala. Mak saya cakap, masa lahir, berat saya adalah 9 auns (tol ke ejaan ni), atau kalau sekarang 4.5 kg, besar kan???? Dilahirkan di salah sebuak klinik swasta di Kuantan, Pahang sekaligus menjadikan saya anak jati Pahang, Darul Makmur. Dan juga mempunyai seorang kakak yang sangat sporting.

Pada tahun 2007 bersamaan 31 Ogos, saya telah diijabkabulkan dengan pilihan hati saya sendiri. Tanggal Disember 2008 saya telah disahkan mengandung walaubagaimanapun ketentuan illahi tiada siapa menduga, pada 9 Julai 2009, bayi kami telah pergi menemuiNya sebelum sempat mengenali dunia. Kami terima dan pasrah.

Sekali lagi selepas 6 bulan pemergiaan anak sulung kami yang diberi nama Muhammad Khaliff Adiff, saya telah mendapat khabar yang gembira kerana telah dikurniakan sekali lagi cahayamata. (Alhamdullilah)....

15.08.2011 lahirlah puteri kami yang diberi nama Nia Ennalisha Sofea yang kini telahpun berusia 1 tahun 7 Bulan. Anugerah yang begitu bernilai dari yang Maha Esa.






Dan yang paling terkini 15.2.2012, saya disahkan mengandung tapi di luar rahim, jadi, walaupun kandungan telah berusia lebih kurang 9 minggu, pihak doktor terpaksa “mencuci” melalui pembedahan di Hospital Putrajaya bagi menjaga keselamatan saya.

Begitulah sedikit sebanyak rumusan yang boleh saya rumuskan disini.

........//

1 comment:

  1. ok tajuk blog tak sesuai ngan isi.

    sekian terima kasih

    ReplyDelete

Komen murni murni je yer..muchoo..