Mr.Tabung

Monday, October 12, 2015

VINCCI oh VINCCI

Baru-baru ni heboh kita dengar pasal vincci buat sales kan? Pelbagai adegan stuntwoman telah dipraktikkan dek kerana kemurahan yang ditawarkan untuk setiap pasang kasut.

Well, aku pun ada juga pasang niat nak pergi (walaupun aku pn tak tahu kat mana sebenarnya sales tu dibuat) biasalah aku kan suka baca tajuk je lepastu dengar orang sekeliling berserita. Kategori pemalas nak amik tahu tapi nak tahu, well itulah aku.

Ok, sebenarnya aku bukan nak ceritakan tentang sales tu pun..haisshh. Yang aku nak cerita aku pun ada beli jugak kasut vincci baru-baru ni tapi kat outlet dia lah di Alamanda, Putrajaya. Perghhh..syurga sangat bila melangkah masuk, kalau dulu-dulu mata aku akan tertumpu pada kasut yang berketinggian 4 inci ke atas, setakat 3 inci ke bawah aku buat pergi bilik air je..ngeh ngeh ngeh.. tapi itu 3 tahun lepas lah di mana masa tu aku sangatlah mendiva dan slim and now?? Biarlah aku rahsiakan saiz badan aku yang sangat membina ni (tapi still cun..)

Aku tak plan pun nak beli kasut secara tetiba ni sebenarnya tapi oleh kerana laki aku ni tetiba je ajak aku pergi beli kasut baru (mungkin dia meluat tengok kasut aku) so dah tentu aku takkan menolak pelawaan itu takut kecik hati dia, berdosa lak nanti..hehehe.

Sampai-sampai je terus dia terpikat kat satu wedges ni, well not badlah tinggi pun 3 inci je (jangan nak hina aku ok). Aku pun try..hmm...sangat sesuai dengan kaki aku yang glitter ni..mintak saiz terus pakai dan bayar. Diingatkan ye, aku terus pakai.

Jalan-jalan tiba-tiba aku tengok bahagian tepi kasut aku ni macam terbukak..ayakkkk!! Laki aku pun terus ajak pergi tukar tetapi??? Resit ada tak?? Adoii...ingat tak tadi masa makan?? meja tu senget sebelah, tak cukup tisu aku bagi resit tu untuk disendal kat bahagian bawah meja tu. Tapi oleh kerana aku terpikir aku baru je beli tak sampai sejam takkan tak boleh pulak kan nak tukar.

Short the story, sampai je kat vincci aku terus pergi kat promoter yang layan masa aku beli..bla bla bla..supervisor dia pun bagi lah tukar and aku sangat berpuas hati. Tersengih-sengih gak lah..malu pun ada..arhh lantaklah duit aku, suka hati lah.

Keesokannyer aku pun melaram pergi kerja dengan kasut tu akan tetapi ada satu hal pulak tanpa aku tahu apa punca masalah, setiap kali aku berjalan berbunyi-bunyi plak dekat tapak tu..adehhhh....dah macam aku pijak air pulak..sakit jugak hati aku ni kalau ikutkan hati mahu je aku campak dalam longkang paling dalam kat KL ni...tapi laki aku cakap..takpe hantar je kat mana 'doktor kasut" konfem boleh setel.

Oklahhh...




Harga; RM89.90
Saiz : 8 (39)
Tinggo: 3 inci

Nota Kaki; sedap dipakai (selain dari bunyik-bunyik)

No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..