Mr.Tabung

Thursday, October 15, 2015

KURUS itu CANTIK, CANTIK itu KURUS

Curlastt tak tajuk tu??

Aku sekarang ni dalam bercita-cita nak mendapatkan semula berat dan bentuk badan masa umur dalam 30 tahun iaitu 5 tahun sebelum. Bukan tujuan nak menunjuk-nunjuk ke atau sebaliknya tetapi lebih kepada kepuasan mata aku sendiri walaupun ramai yang cakap my body figure sekarang pun ok tapi aku lebih tahu semuanya. hehehe.

Tersiksa batin bila sarung baju (pagi-pagi) nak pergi kerja tetiba...whattt??? tak muat?? dah kenapa?? jam berapa berat badan aku ni bertambah sampai ukurlilit sekali berkembang?? kenapa tak bagi notis dulu...haa..masa tu jugaklah aku nak diet (waktu tu jelah). Selepas 3 jam berlalu aku dah terlupa istilah diet tetapi bila ternampak mana-mana perempuan yang badan slim mlim mulalah aku mengomel (elee aku dulu pun macam tu jugak) dan masa tu jugak aku terus pasang niat nak diet dan begitulah seterusnya.

Memandangkan niat diet aku tu sentiasa bertakhta dalam hati ada jugaklah aku try buat senaman yang simple-simple plus ada jugaklah anggota yang sado-sado kt opis aku ni bagi cadangan buat yang simple-simple (maybe dia tahu aku ni jenis pemalas giler).

Antara senaman-senaman tu yang paling mula-mula aku praktiskan ialah SQUAT. Ye..nampak sangat senang tapi try korang buat tengok..perghh acah-acah nak buat 20 kali ke laut. Dah macam berlari 200 meter. Siyes penat weh dan oleh kerana pertama kali aku buat maka keesokan harinya kedua belah peha aku sakit nya dah macam ada batu-bata pulak bila nak berjalan, nak turun tangga pun aku kene berpaut betul-betul.haaa...rasakan.



Tapi lama kelamaan oklah, ada kemajuan dah boleh buat laju-lahu hehehe..hebat tak??? aku sarankan kepada sesiapa yang ada masalah dalam nak buat senaman (pemalas) sila mulakan dengan buat squat ni tapi jangan salah teknik nanti makin membesar punggung korang yer (so rajin-rajin bukak youtube).

Selepas aku dah agak maju dalam senaman squat ni makau aku beralih kepada sejenis lagi iaitu PLANK. Kacang je..tapi cuba korang try dulu, haaa...habis menggeletar urat saraf. Perghh..nampak benor berat nya badan aku ni sampai menggigil-gigil. 



Apa yang perlu dibuat cuma bertahan dalam masa 60 saat dalam posisi seperti di atas. Tengah tengok tv pun boleh buat ni. Jangan risau kalau rajin nescaya badan kita akan sama seperti model dalam gambar di atas (wakakakaka). Sila rujuk youtube untuk teknik yang lagi tepat.

Walaubagaimanapun untuk membantu lagi usaha aku untuk menguruskan badan aku kene juga ambil bantuan ubat-ubatan seperti API Fat Burner. Sebelum ni aku pernah cuba memang berkesan tapi tak sempat habis sebab ada orang lain pulak berkenan maka aku sedekahkanlah. Sebelum ni aku beli kat Lazada je dengan harga RM60 tetapi baru-baru ni aku check dah jadi RM100 sebotol so aku pun try lah beli melalui Facebook dan dapatlah satu seller ni jual dengan harga RM80 sebotol so dengan laju nyer aku meng-ordr (disponsor oleh seseorang yg sangat baik hatinya) muahhh...sayang kamoo ketat-ketat.


Haa..kalau korang pun ada rasa keinginan nak try sila lah. Oleh kerana aku ni kemalasan nak type kebaikan ubat ini maka korang carilah sendiri yer. 

Maka...bermulalah sesi diet aku yang sangat-sangat simple iaitu makan sekali dalam satu hari tapi diikuti dengan pengambilan cereal-cereal supaya bertenaga takdelah pulak monyok je macam ikan puyu.

Well said....nanti akan aku update lagi k.

No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..