Mr.Tabung

Thursday, March 6, 2014

SLIP GAJI ku

Masalah aku jadi masalah orang lain. Apakah?

Hukhukhuk..aku dalam dilema eh salah, aku dalam masalah!!!!!!!

Kalau korang nak tahu nama aku tersenarai salah seorang diantara yang mempunyai gaji kurang dari 40%. kihkihkih. (patut gelak ke nanges nih??)Adoiyaiiii..walaupun gaji aku tu kurang dari 40% ke 30% ke sebenarnya bukan mendatangkan masalah pun kat aku lagipun aku kerja kat pejabat je bukan nya melibatkan kerja-kerja luar pon.

Tapi itu pendapat aku yang tak boleh diguna pakai untuk menjawap 'surat tunjuk sebab' department aku ni. Nak buat macamana dah bekerja di bawah pentadbiranya maka aku pun tergolong sekali lah dalam garis landasan peraturan yang telah ditetapkan.

Hmmm...tapi kan kalau difikir-fikirkan semula..lagi banyak gaji aku naik lagi banyak pulak loan aku nak buat..hahahaha. Nasib kerajaan dah tetapkan sampai 10 tahun je tempoh pembayaran semula pinjaman peribadi, kalaaaauuuuuu tidakkkkkk...mahu negatif gaji aku ni.

Well..tujuan peraturan ni dibuat pun sebab takut kalau-kalau staff kat sini terlibat dengan gejala rasuah, yelah kan, kalau gaji sikit mana datang duit nak buat belanja pulak nanti kan? Tapi kalau otak sebelah kiri aku ni pulak berfikir, kalau aku dapat rasuah, buat apa aku nak susah-susah buat loan.. Betul tak????

Hew--hew--hew...

So sekarang ni, aku tak payah nak cari alasan sangat, walaupun gaji bersih aku ni masih seribu lebih tapi still kurang jugak dari 4o%..cissss sungguh!

Pengajaran buat aku lah ni kan?? so mulai saat ini aku nak buat ikrar "aku takkan pegang mana-mana borang pinjaman peribadi lagi"!! tolong jangan hasut aku!!

KBAI.

2 comments:

  1. No further comment. Lebih kurang jek ni. Hahaha!

    ReplyDelete
  2. borang pinjaman komputer nak tak?

    ReplyDelete

Komen murni murni je yer..muchoo..