Mr.Tabung

Monday, August 27, 2012

Apakah?


Assalamualaikum.

Macam dah lama sangat rasanya aku tak update blog ku ini, al maklumlah sibuk dengan raya.huhuhu.

Well...stori pasal raya aku dah males nak update sbb  kesimpulanya semuanya berjalan dengan lancar.alhamdullilah. Gambar time raya pun tak sempat nak snap sebab sibuk dengan tetamu yang tak putus-putus datang menziarah.

Cuma ada sedikit terkilan lah pada penghujung ramadhan baru-baru ni, tinggal beberapa hari je lagi nak raya, mood aku terus down @ jatuh merundum. Bukan sebab baju raya tak siap or kuih raya tak siap. Ini disebabkan masalah tempat kerja aku yang bermula hanya apabila aku mengambil MC (1) hari.

Mungkin silap aku sebab aku ambik mc, tapi salah ke ambil mc dah kalau memang tak sihat? lagipun peruntukan untuk cuti sakit bagi kakitangan kerajaan memang dah disediakan tiap-tiap tahun? Bukanya selalu pun aku amik mc dan seingat aku, untuk tahun ni, mc aku semuanya dari hospital kerajaan cuma yang satu hari ni je aku pergi klinik swasta.

Cerita ni bermula apabila pada hari Jumaat 17.8.2012 aku telah dapat mc dan bermakna sekaligus aku terus bercuti seminggu untuk hari raya. Bagi mengikut prosedur sebagai pekerja, aku pun sms jelah bos aku untuk memaklum kan pada dia. Tetapi keadaan jadi sebaliknya apabila dia mengarahkan aku supaya menyerahkan surat mc tu pada keesokkan harinya iaitu pada hari SABTU, korang pernah terkena macam ni tak? sedangkan hari Sabtu tu adalah hari cuti di mana aku pun dah bercadang nak balik ke kampung untuk berhari raya.

Tengah aku berfikir-fikir macamna nak selesaikan masalah ni tiba-tiba aku dapat lagi sms daripada bos aku ni. Cer korang tengok butir-butir sms dari bos aku nih.





Ok, ternyata sms yang baru aku terima ni menaikkan darah aku berdegree degree. Antara motip yang dia cuba sampaikan macam ni lah.
  • memandangkan dalam borang cuti aku apply bermula dari 22.8 hingga 24.8 so dia ingat pada 21.8 tu aku memang dah plan awal nak amik mc lah
  • dia mcm nak remind akulah terlebih dahulu yang dia lebih tahu tentang taktik kotor yang konon bakal aku buat tu
Malangnya bagi dia, samada dia tu memang terlalu sibuk sampai tak amik tahu tentang alam semesta atau mungkin jugak dia tak pernah ada calendar sampaikan tak tahu menahu tentang cuti-cuti umun yang telah terlaksana kat Malaysia ni.

21 hb 8 itu adalah cuti umum yang dianjakkan kerana hari raya telah jatuh pada hari AHAD.

Apabila aku kol je dia terus dia ubah tajuk, alih topik yang konon-konon saja nak bergurau dengan aku. WTH???? (mungkin dia dah bertanya kepada sesiapa tentang 21hb tu) Kadang-kadang aku jadi peliklah dengan sistem pentadbiran kat sini, berterabur tak sistematik langsung dan yang lebih menyedihkan, tindak tanduk yang diambil langsung tak profesional.

Kalau nak ikutkan hati aku ni mahu je aku buat aduan mengenai perkara ni tapi masih ada sedikit kemaafan lah sebab dah nak rayakan. Maaf bermaafanlah kiranya.

Apapun inilah pengalaman bekerja aku yang paling memelikkan sepanjang aku berkhidmat dalam sektor kerajaan ni.

1 comment:

  1. malam tu dia tak dapat kak...tu yang moody sikit~ salah timing plak akak sms~ wat derk jer~

    ReplyDelete

Komen murni murni je yer..muchoo..