Mr.Tabung

Friday, August 10, 2012

Anakku anak ku jua..


Petang semalam, selesai je berbuka puasa kat rumah, aku 3 beranak terus ke  Secret Recipe untuk booking meja for this coming 15. Al maklumlah yer, karang tak memasal takde meja pulak untuk aku dengan kawan-kawan pada hari tu nanti, orang asik penuh je makan kat situ.

Nasib baiklah hari yang aku nak booking tu masih ada kosong dan dapat jugaklah aku request nak duk dalam bilik khas tu, hihihi..khas lah sangatkan. Apapun RM100 wajib diletak sebagai deposit (takut aku odr2 dan lesap, naye lah derang tu)

Haaa...sebab apa aku sibuk nak mem-booking bagai ni? Buat pengetahuan, 15 hb ni adalah hari lahir si kecik aku ni yang ke 2 tahun (beso dah ko yer), oleh kerana lahir pun memang dalam bulan poser maka tiap-tiap tahun dalam bulan puasa jugaklah yer mom n dad ko ni terpaksa sambut besday ko yer. Untuk memeriahkan lagi suasana maka aku pun menjemputlah kawan-kawan rapat aku sekaligus bolehlah kami Iftar bersama-sama.

Ok, settle je urusan booking mem-booking ingat kan nak balik terus sekali ternampak pulak dek mata aku sepasang baju kurung biru (cam lagu lak) size si kecik aku tu, boleh pulak aku terjebak dan terus beli, adehhh ni bukan dalam senarai ni dan sekali lagi dek kerana kiosk baju kurung tu terletak berdepan dengan mother care, dan untuk sekali lagilah pulak aku menggatalkan diri masuk dengan harapan just nak tengok-tengok. Tengok-tengoklah sangat kan, sehelai lagi dress aku terminat wolopon harganya boleh beli baju aku sepasang tapi aku kaut jugak (untung ko nak)...

Tiba time aku nak boyar, si kecik aku ni boleh pulak dia pusing-pusing kan tempat letak cermin mata kat bawah cashier tu, adeh, baru aku teringat yang dia ni memang pantang jumpa cermin mata aku, habis dipakainya. Oleh kerana tak sampai hati aku menguburkan niatnya maka terpaksalah aku meleburkan duit aku untuk beli spec si kecik aku tu.

Tak sempat kakak cashier tu nak scan, si kecik aku ni dah mem-bising nak pakai. Tak sabo ko kan???? Nah amik pakai. Tak sia-sia aku  beli, sepanjang perjalanan dia duk melaram dengan spec dia yang tak berapa nak hitam sangat tu kan. Dalam mall pun ko pakai spec ke dik?? lantak ko lah dik..jangan ko g langgar orang sudah... Nak wat camner, mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....





hello..fellass....


daddy, am i cute ennuff with dis sunglass??? >> hmmm...


always walk like a model >>>>mummy told me..


do u wishing ur gf howt like me???




well, if you guys think that im cute u should see my mummy....!!


 

No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..