Mr.Tabung

Thursday, June 21, 2012

Save & safe


Sekarang adalah musim menguruskan badan. Rata-rata tempat aku pergi semua tengah berdiet dan berpantang dalam segi pemakanan. Bukan senang nak diet oooo, memerlukan ketekunan dan iman yang teguh. Apatah lagi bila memerlukan untuk kita menjauhkan diri daripada Karbohidrat iaitu lebih senang lagi NASI.

Bayangkanlah, dari kecik dah diajar makan nasi. Tiba-tiba bila umur dah setengah abad kena menghalang diri dari menjamah makanan asasi masyarakat kita tu ya. Mahu mula-mula hari pertama tu merangkak sebab dah tak larat dan menggigil kepala lutut. Tapi jangan cepat mudah putus asa yer, cuba bayangkan apabila korang dah boleh memakai apa apa baju yang sebelum ni size XL tapi dah bertukar ke size M ?? Mesti bersemangat kan??

Jangan risau, minggu pertama proses karbohidrat diet memang menjadi minggu yang sulit lagi-lagi kalau kawan kita pulak sedap-sedap je melantak nasi ayam tanpa menghiraukan perasaan kita. hahahahaha. sabo, iman kena teguh, jangan mudah terpengaruh. Kalau korang dah rasa azabedah sangat, amik je sesudu nasi putih tu nescaya korang akan berasa lega ini disebabkan apabila saat kita sedang lapar kita akan menjadi lupa tentang keadaan sekeliling dan hanya fokus pada timbunan makanan tetapi sebenarnya kalau di saat kita yang sedang kebulur cuba korang makan dua atau tiga suap je nasi lepas tu berhenti untuk 5 saat, percayalah cakap aku, rasa lapar yang sangat menggila tadi tu akan berkurangan. Tak percaya??? lunch hour ni kejap lagi try buat ok.

Seterusnya, jangan amal kan extremely diet sebab badan kita akan terkejut dan ada sesetengah badan tak boleh menerima perubahan yang mendadak dan ini boleh menimbulkan penyakit lain jadi adalah lebih baik sebagai permulaan dalam seminggu korang cuma makan nasi (kuantiti yang minima) 2 kali sahaja. Pilihlah hari-hari mana yang korang rasa sesuai. Lama kelamaan perut kita akan terbiasa dan dengan sendirinya kita akan mula tak heran kalau tak makan nasi. Aku dah cuba cara ini dan ternyata berjaya. Ini adalah antara cara-cara diet yang tanpa memerlukan bantuan sokongan lain (ubat-ubatan/jamu dsb).

Tetapi bagi yang rasa tak boleh berjaya tanpa sumber-sumber sampingan lain, tak salah kalau nak mencuba produk-produk kuruskan badan yang ada di pasaran sekarang ni, cuma berhati-hati ya. Ada jenis-jenis ubat yang mempunyai risiko seperti ini ;

  • penurunan berat badan mendadak tetapi tidak sihat (muka pucat/cengkung)
  • sakit perut / pembuangan air besar yang terlalu kerap
  • hilang terus selera makan
  • kurus hanya semasa mengambil produk tersebut dan badan berlipat kali ganda naik apabila berhenti mengambilnya
  • kulit jadi kering atau ;
  • tiada perubahan langsung

Kalau korang cepat menyedari perkara di atas, adalah lebih baik hentikan je mengambil produk-produk tersebut, kita nak cantik dan sihat bukanya cantik tapi sakit ; ye idak???

Adalah lebih baik terlebih dahulu kita mengenal pasti tubuh kita sendiri seperti berat apa yang paling ideal kita nak dan apakah tujuan sebenar kita nak berdiet? Adakah semata-mata nak kurus? Terikut-ikut kawan ? atau kita nak lebih sihat dengan berat badan yang betul? Apabila kita dah mendapat kepastian, barulah kita mulakan dengan sistem pemakanan yang betul di samping itu juga kawan-kawan yer, perlu diingat kalau kita mempunyai size badan yang besar di mana terdapat lemak-lemak terkumpul adalah lebih afdal kalau kita susuli dengan senaman ringan untuk memapatkan tempat-tempat yang mempunyai lemak-lemak tepu tersebut SEBAB kalau kita cuma bergantung kepada diet pada makanan maka apabila badan kita dah mengurus tempat-tempat yang di maksudkan tadi akan menjadi gelebeh dan sangatlah tak cantik. Tempat-tempat yang aku maksudkan itu adalah, bawah lengan ; perut (hot spot) dan peha.

Ada dua jenis kurus yang akan diperolehi kalau kita tak mementingkan muscle exercise yer;
  • slim and fit
  • slim but fat
Kalau rasa macam leceh nak buat exercise kat trek atau gym tak payah susah hati sebenarnya tengah tengok tv pun korang boleh je buat senaman-senaman ni semua ;




untuk peha

pinggang dan punggung


perut dan peha (aku sll buat camni..)

perut

peha, perut dan lengan

perut

peha










Dan hasilnya ........




tadaaaaaaaaaaaaaa.....








Sila amalkan dengan kerap dan jangan putus asa sebab secara tidak disedari nanti anda akan merasa perubahan struktur badan anda...Selamat mencuba....ca..ca..


No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..