Mr.Tabung

Monday, June 25, 2012

Perlukan perubahan SEGERA


Kali ni aku bertekad akan memaksa hubby aku supaya melapangkan masa (bzlh sgt kan) supaya pergi ke kedai kereta ataupun used car a.k.a menjual kereta-kereta terpakai. Bukan aku nak jual kereta aku tu tapi nak beli sebijik lagi (wahhh mcm nak beli buah epal je kan).

Keinginan aku ni semakin memuncak apabila sekali lagi kereta aku tu buat hal time aku tengah keluar bersukar-ria di mana tengah-tengah kami otw ke KL, masa tu lah air-cond kereta tak boleh berfungsi bukan kerana gas habis ok tetapi kerana compressor (tul ke aku eja ni) yang rosak dan harini untuk diganti yang baru perlulah dikeluarkan dui lebih kurang RM650. 

Memang aku kena faham yang selama ni kereta tu je yang kami duk lenjan ke hulu ke hilir mahu tak terkehel tulang kereta aku tu tetapi yang meng-hanginkan kau bila hubby aku ni melambat-lambatkan proses nak amik kereta lain. Bukannya nak bayo deposit tinggi pun, yang dah dibuat perhitungan pun dalam RM20K je. Kira taklah banyak sangat kan. Sesuailah dengan taraf hidup kami yang bergaji rendah ni (sedihhh). Aku pun faham lah kalau hujung minggu kadang-kadang dia ada keje lain (part-time) dan kalau weekdays pulak mana nak sempat tetapi takkan nak tunggu sampai kereta tu tak boleh bergerak terus baru nak kelam kabut nak cari kereta? isk..isk.suka je melengahkan waktu tau.


Oleh kerana kereta yang sedia ada tu cuma ada 2 pintu jadi tentulah aku nak kereta yang agak besar sikit  supaya senang sikit nak sumbat barang-barang. Kalau tak, sakit tulang belakang nak membongkok kalau masuk kereta aku sekarang ni. hihihi. tapi aku tetap saaaaaaaaaayang kan kereta aku yang banyak berjasa tu. Aku pun takdelah plan nak beli kereta yang ratusan ribu (mana nak cari duit) kurang dari ratus ribu pun dah memadai dan antara kereta yang menjadi perhatian aku sekarang ini adalah seperti di bawah ; tapi tak tahulah pulak hubby aku tu, ada je last minute plan dia nanti.


toyota caldina




Ok je lah kan? mampu milik je..,.pernah jugak aku cadangkan beli kereta mcm gambar kat bawah ni..tapi hubby aku jeling sinis je..hihihihi..





ensem nyer abg gini nih..




Hubby aku cakap, lampu kereta ni gaji kita sebulan pun tak cukup nak beli.....yeker??? huhuhuhu.


SEDOR DIRI.




No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..