Mr.Tabung

Monday, June 11, 2012

Maafkan saya ;



Dalam sebaik-baik manusia pasti ada juga yang membenci. Atas sebab apa kita dibenci, hanya si pembenci tu je yang tahu.

Mungkin tanpa kita sedari kita telah membuat perkara yang telah menimbulkan kebencian pada seseorang. Mungkin di depan kita mereka ini bersandiwara dengan menutup atau mengaburi mata kita dengan kebaikan sedangkan di dalam hati telah tersemat satu kebencian pada kita.

Bukan senang untuk membuat setiap hati manusia puas dan menyanyangi kita, siapa kita untuk memaksa setiap orang menyukai kita?? Dan siapa kita juga untuk memuaskan semua hati manusia? Kita hanyalah manusia biasa di mana mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Pada pendapat aku lah, lagi kita membenci lagi menambah sakit hati dan sekaligus menukar mood kita. Apa yang paling relevan untuk kita tidak terus membenci seseorang? Adalah lebih baik kita mengingati satu perkara kebaikan yang pernah orang itu buat pada kita. SATU kebaikan sudah cukup menutup SERIBU kesilapan.


MAMPUKAH HATI INI MEMAAFKAN SETELAH IANYA DISAKITI..??

Kita mampu jika itu yang kita inginkan. Tetapi untuk memaksa orang lain untuk memaafkan kita adalah satu perkara yang agak sukar, kemaafan yang dizahirkan tidak bermakna lahir dari hati yang ikhlas. Jika dendam telah menguasai jiwa, nescaya untuk mencapai tahap memaafkan adalah sukar. Berserah pada yang maha berkuasa agar satu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk menerima kita dengan penuh keikhlasan. Andai sudah tertutup pintu kemaafan itu apalah daya kita untuk membuka pintu itu semula. Adalah lebih baik kita meneruskan setiap langkah menuju pada pintu yang sentiasa terbuka di depan kita. Jika manusia itu senang dengan kebencian yang mendalam terhadap kita jadi biarkanlah dia hidup dengan dunia dia sendiri. 


I don't have time to hate people who hate me because im too busy loving people who love me..
 

Yes, itulah yang sepatutnya. Banyak perkara yang lebih bermanfaat untuk kita fikirkan daripada kita memikirkan perkara yang tiada penyudahan seperti itu. Jika sesiapa yang merasakan masih ada kesalahan yang telah dilakukan oleh aku dan jika anda rasa aku tak layak menerima kemaafan dari kamu maka ketahuilah oleh kamu bahawasanya tiada lagi ucapan MAAFKAN SAYA yang akan keluar dari mulut aku ini lagi. Cukuplah sekali aku lafazkan kerana ucapan untuk kali kedua ketiga dan seterusnya hanyalah sekadar kata-kata yang tiada makna..Dan sebelum keluar dari kotak hidup aku, sila tinggalkan segala kenangan manis atau pahit di belakang supaya kamu tidak perlu lagi untuk menoleh ke belakang.

Apoligizing does not always means that you are wrong and other person is right Its just means that you value your relationship more than your ego..

Kalau rasa susah sangat nak memaafkan orang lain sila pastikan diri sendiri terhindar daripada membuat perkara yang memerlukan untuk kamu meminta maaf. But for me, setiap kali membuat kesalahan tak salah untuk meminta maaf agar dapat menyejukkan walaupun sedikit hati yang telah disakiti. Tak merugikan apa-apa pun malah tidak menjatuhkan langsung keegoan kita. Mampu ke kamu berbuat begitu?????


Dear brain
sorry for overloading you with thoughts of him
Dear Tummy
sorry for all the butterflies
Dear Pillow
sorry for all the tears
Dear heart
sorry for all the damage

Once again and maybe will be the last ever ;


I am not perfect i make mistakes
And i hurt people
But when i say sorry i actually mean it..


babe ; its hard to answer the question 'whats wrong' ? when nothing's right..


2 comments:

  1. tp ade seseorang yang aku takkan maafkan sampai bebila.... si gemok babi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakakakaka...knp aku mcm dah agak ko akn ckp camni...mungkin dia da bertukar kpd 'si kurus babi'.

      Delete

Komen murni murni je yer..muchoo..