Mr.Tabung

Monday, June 11, 2012

Daddy gering..mummy kering..


Mata oh mata janganlah ko nak mengantuk sangat boleh??? Kalau ikutkan hati ni mahu je aku meng-emergency leave harini tapi apakan daya termasuk isnin ni kalau aku cuti dah 3 kali aku kecemasan berturut-turut isnin nanti macam tak best pulak nak mengadap bos aku tu.

Punca kepenatan mata ku ni disebabkan aku tidur tak lena dek kerana suami tersayang aku tu masih lagi sakit-sakit. Aku pun dah hilang punca apa sakitnya tu. Semalam dah panggil orang datang mengurut dan kakak tu cakap memang ada angin terkumpul dalam urat sebab dibiarkan lama sangat (aku lebih percayakan doktor kekdahnyer). Isk, kalaulah awal-awal aku dah panggil orang datang berurut mungkin tak melarat sampai tahap ni kot. Ini cara terakhir aku ikhtiar kalau tak berkesan jugak mungkin aku kena rujuk hospital pakar lah kot. (walaupun dah 5 klinik dan hospital aku pergi)

Disebabkan itu maka tanggungjawap aku sebagai isteri haruslah dijalankan sepenuhnya, yelah orang tengah sakit lain sikit perangai nya, nak itu nak ini. Yang aku geramnya, kakak urut tu dah pesan jangan diminum air sejuk tapi dalam beberapa jam je dia tahan pastu dah buat muka seposen nak juga air dalam peti ais, isk, kalau ikutkan hati aku ni mahu aku curahkan je air batu ketul tu ,tapi sabo sabo. Kesianlah aku tengok dia, selama ni tengah sihat walafiat tiba-tiba terus terbaring. Muka dah pucat badan pun dah kurus (sikit r). Kesimpulanya, semua tugas-tugas dalam rumah dibuat oleh aku 90%. Si kecik aku tu pulak sekarang ni tak boleh nak berenggang dengan aku sampaikan aku turun bawah kejap je dah memanggil manggil. Adoiiii....sakit urat belikat aku terkejor sana terkejor sini. 

Mungkin juga disebabkan dia tak pernah sakit sebelum ni, jadi bila sekali sakit dia dah rasa azab sangat kot. Sebab bagi aku yang selalu je jatuh sakit ni, sikit-sikit sakit urat ke tulang ke aku diam-diam kan je. Hmm.. patutlah bab beranak ni di bagi pada perempuan, kalau lelaki aku tak tahulah.Seperkara lagi yang mendatangkan masalah ialah bab apabila memerlukan aku untuk ke kedai atau yang sewaktu dengan nya. memandangkan aku ni dah agak berkarat lama tak drive (lesen hidup je) menyebabkan aku pegang stereng kereta tu ibarat macam aku pegang tayar bas. Takot giler...nak taknak terpaksalah dia gagahkan jugak menghantar aku ke kedai yang berdekatan. Sabar ye bang.huhuhu.

Kesimpulanya jugak dah agak lama lah aku tak keluar beronggeng-ronggeng. Rilkes kat rumah jelah buat sementara waktu. Mudah-mudahan penyakit suami aku tu cepatlah sembuh. Amin...

**baik sakit ni jom tengok wayang ek bang..kihkihkih.

No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..