Itu
nak ini aku nak..eh yang tu pun cantik jugak, alamak yang itulah yang aku
cari-cari selama ni. Adoiiiiii...pening oooo.
Itu
penyakit ciptaan aku sendiri. Penyakit membazir tak memasal. Seingat akulah, dah lama aku berazam tak nak membazir. Tapi azam aku tu dibuat tahun baru yang
bila aku dah lupa ingatan. Ke tahun ni aku berazam tak nak membazir??
Shopping is my therapy. Boleh ke aku guna lagi ayat tu? Macam nak kena
penyapu je kalau hubby aku baca ni. ihii. Harus ke aku bertukar ke saving is my therapy. Kadang-kadang aku
jadi penat dengan kerenah aku sendiri, asal aku bukak je Facebook, ada je orang
post gambo2 updated dress la, pant la, top la dan macam-macam lagi. Nak je aku
remove fren tapi macam rugi pulak. Tak kurang pulak blogshop yang ada dalam alam
maya ni, adehhh banyak pulak yang aku berkenan. Salah aku ke?
Kalau
blogshop to ada buat service shopping
cart, ternyata berlambak dah shopping
items aku dalam troli tu tapi cuma tunggu masa nak buat pembayaran je.
Pendek kata, tak pernah tak ada yang aku tak berkenan, ada je yang menambat
hati aku walaupun kenkadang tu aku mcam dah ada je baju cenggitu cuma kaler je
lain tapi aku tetap nak jugak.
Ada
jugak yang bila dah sampai barang tu aku tak berpuas hati maka terperok lah
benda tu dalam almari aku. Tapi tak pernah pulak aku rasa menyesal dengan
pembaziran aku tu. Pelik kan?? Pelik jugaklah tapi kepuasan mengatasi
segalanya.hmmmm..salah aku ke??? Ke salah abang poslaju tu? Ihiiiii.....
Contoh
sekarang ni aku tengah menunggu peluang untuk beli handphone. Pertama yang
memang wajib aku beli ialah IPhone 4 tapi aku tetap nak beli handphone ke-dua
iaitu Samsung S2 (s3 tak mampoo lagi). Walaupun ternyata pembaziran memang amat
ketara tapi aku tetap dan mengimpikan kedua-dua gadjet tu dalam genggaman aku
sampaikan sanggup aku tak menggunakan handphone untuk sementara ni disebabkan
aku tak berminat pada mana-mana handphone selain yang dua ni. Walaupun aku tahu
sejumlah duit yang agak besar terpaksa aku leburkan untuk kedua-dua handphone
ni tapi aku tetap mementingkan kepuasan. Huhhhhh....
Sehingga
satu tahap dalam tangan ada RM100 pun aku tetap gigih nak membeli bila aku
keluar, tak kisahlah gaji lambat lagi ke apa ke tapi beli tetap beli walaupun
sehelai t-shirt. Tak sah kalau keluar aku tak membeli ibarat keluar pakai selipar
jepun je kalau aku tak membeli. Aduhaiiii...Kalau di buat pengitungan, jumlah
gaji yang perlu aku ada untuk disesuaikan dengan habit aku ini ialah minimum
RM9000. Wow...baru cukuplah untuk menampung tapi belum termasuk pembayaran
bil-bil semasa aku ni. weeeeeeeeeeeeeeeeeee.....
Bila
aku fikirkan semula, kalau dikumpulkan duit-duit yang aku gunakan untuk
baju+kasut+pelbagai tu aku rasa dah boleh beli sebiji rumah kos rendah dah kot.
Cuba bayangkan, hari pertama aku aktifkan kredit kad aku, aku sekaligus telah
meng-swipe RM2000 pada hari dan waktu
yang sama. Tersenyum puas orang bank tu kan?? Uhuuuu...kalaulah credit limit aku tu unlimited mahu aku swipe je beli kereta sebijik. Hahahahaha.
Am i shopaholic ??? well..maybe...aku memang addicted to shopping. Aku rasa sudah sampai masa untuk aku
menghentikan tabiat kurang sihat aku ni dan mungin juga aku perlu mencipta satu
hobi baru yang tidak memerlukan aku untuk berhabis duit. Setelah difikirkan aku
nak berkecimpung dalam hobi baru iaitu mengait
baju (knitting). Mungkin aku lebih tenang dan focus bila aku
memulakan sesi mengait aku ni. Di masa lapang aku akan mengait, waktu tengahari
aku tak perlu keluar lunch sebaiknya aku menyiapkan proses mengait aku.
Haaaaaa!!! Aku yakin dengan hobi baru aku ini. Pasti selepas ini aku akan lebih
berjimat dan dapat membuat simpanan dengan hasil jualan baju yang aku kait tu
nanti. Hebat kan????????
antara barang yang diperlukan.. |
tutorial...cam senang jek... |
mungkin aku mampu menghasilkan seperti ini... |
Berbekalkan
bakat terpendam yang aku ada aku bertambah yakin yang aku mampu menghasilkan bermacam-macam,
korang nak order?????? Tungguuuuuuuu......
Yahoooo....aku
dah dah ada hobi baru!! Terujanya...bila aku nak memulakan ni yer??? Tapi
sebelum tu, aku nak beli dululah baju-baju yang aku dah booking tu takut lepas ni dah takde masa pulak aku nak bukak
blogshop yang ada dalam tenet. Huhuhuhu.
Mesti
kawan karib aku menitiskan air mata melihat perubahan aku ini.
BERUSAHA
!!!! chaiyukkkk !!!!!
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..