Alahai....kesian
nya bila tengok my hubby sakit. Yelah ..sepanjang aku kenal dan sesudah kawin
pun tak pernah lagi dia sakit macam kali ni.
Hari Jumaat baru ni
waktu balik keje dan macam biasalah dia kena amik aku. Apasal pulak muka dia ni
macam orang tengah tahan sakit perut nak berak je (uhuu). Sekali dia cakap,
sakit sangat kat bahagian pinggang. Erk?? Dalam fikiran aku takda lain dah ni
mesti kes keracunan makanan. Tapi pagi sebelum hantar aku pergi kerja kami breakfast sama-sama kat mamak. Mungkin
kek yang dia makan (aku mkn roti canai)tu jadi penyebab plus dia minum susu
kambing (peberet dia). Sebab aku tak makan makanan yang dia makan so disebabkan tu aku tak kena (kot lah).
Rupa-rupanya sepanjang
hari jumaat tu dia duk kat rumah je muntah-muntah tahap maksimun sampai kempis
lah perut dia tu, muka dah jadi kuning (pucat). Kesian nya lah. Aku hanya
sekadar mampu menggosok dan picit-picit jelah.
Balik semula pada
cerita hari Jumaat petang tu, aku terus ajak dia pergi klinik Harmoni. Nasib
baik orang tak ramai dan masa tunggu doctor pun dia dah terbaring dan memang
dah tak larat sangat dan aku pulak?? Sibuk menimbang berat (pantang jumpa
penimbang) ihiiiii.... Tak sampai beberapa minit doctor panggil dan waktu tu
aku tak pulak ikut masuk sama. Seperti yang aku dah agak, menurut doctor tu,
dia kena keracunan makanan dan dapatlah satu injection kat montot. Dan caj
untuk semua tu RM52.00
Dengan penuh
harapan kesakitan akan reda namun hanya untuk seketika dan pada keesokkan
harinya (Sabtu) sakit mula terasa kembali,
aduhai nak jalan pun dah tak boleh kena bongkok kan badan tambah asyik
muntah je lagi dan aku terus sekali lagi ajak pergi klinik yang berhampiran
iaitu Poliklinik. Terus jumpa doctor dan kali ni doctor scan dan cakap kena Appendic. Huhhhhhh????? Kene operation???
Ayokkkkk....Doktor buat surat terus refer ke Hospital Serdang dengan segera.
Berderau darah aku, al-maklumlah aku dah berpengalaman dalam bab-bab operation nih.huhhh.
Balik rumah packing barang kami terus pergi ke Hospital
Serdang unit Kecemasan. Lebih kurang dalam jam 10.00 malam dapatlah jumpa doctor,
first kena amik darah dan air kencing
kemudian x-ray. Sejam kemudian baru jumpa doctor sekali lagi bila result test-test tu dah keluar.
Mula-mula doctor suruh
hubby aku baring dan tekan-tekan kat perut sebab nak cari bahagian mana yang
sakit. Terjerit-jerit dia, ihiii(lawak pun ada tp aku kene control jangan gelak
okkk) Tapi yang paling aku tak tahan bila doctor suruh hubby aku pusing
mengiring dan bukak seluar dan seluar dalam. Korang nak tahu apa dia nak
buat...ihihihi. Aku dah boleh agak bila doctor tu pakai sarung tangan dan letak
pelincir (gel) kal jari-jemari dia. Apa
lagi...slurppppppp...di celupnya montot hubby aku....arghhhhhhhhhh (laki aku
menjerit) ternyata doctor tak berjaya mencelup sedalam mungkin sebab laki aku
kepit pulak, hahahahaha.(time dah sihat boleh pulak dia cakap, ‘ingat abang ni
gay ke, kalau gay senang je doctor tu serlup, takyah susah-susah pun’)kih..kih..kih..
Tujuan doctor tu
buat macamtu sebab nak check kenapa
hubby aku tak buang air besar dan kentut, takut ada yang tersumbat. So
dibaginya ubat untuk melancarkan pembuangan air besar. Sejenis cecair yang
perlu di pancutkan ke dalam montot. Nasib naik hubby aku terus nak terberak jam
tu jugak so takde masalahlah kat saluran najis dia tu.
Rujuk pula kat
result x-ray, belah kanan pinggang hubby aku ni macam ada pengumpulan angin
yang terkumpul dan mungkin ini menyebabkan kesakitan. Doktor jugak menafikan
ini disebabkan appendic sebab menurutnya kalau appendic kesakitan yang dialami
akan sentiasa berterusan tak kiralah duduk ke baring ke berdiri ke. Tapi hubby
aku ni pulak time-time tertentu je yang sakit dan doctor cakap mungkin
disebabkan terseliuh. Doktor ada tanya hubby aku, ada bersukan ke atau buat
aktiviti lasak> Jawapan selamba hubby aku, aktiviti ‘lasak’ terakhir sebelum
saya terkena sakit ni cuma aktiviti saya dgn wife saya je. Walaaaaaaaaaaaaaa....biru
muka aku masa tu, malu seh. Doktor tu pun meng-angguk-angguk kan kepala, apa
yang dia angguk kan itu aku tak pasti. Tapi.....lasak ke malam tu??? Hahahahahahaha.
Bla-bla-bla..doktor
bagi ubat dan suruh datang semula kalau sakit masih berterusan dan dalam jam 12
mlm kami pun balik rumah. Ubat angin, ubat tahan sakit dan ubat apa lagi entah
semuanya aku pastikan suruh dia makan. Walaupun sakit dah kurang sikit tapi
hubby aku masih belum kentut atau buang air besar dan sekali lagi hari Ahad tu
aku ajak dia pergi Poliklinik sebelum tu yang kami pergi. Pada mulanya doctor tu
agak terkejut sebab dia yang cakap appendic tapi rupanya bukan, so untuk kali
ni hubby aku cuma nak ubat suh bagi berak je dengan dia, terus dia bagi ubat pancut
tu, ubat lembutkan najis dan ubat angin. Dan semuanya RM42. Hmmm....asal lah
tak mintak masa pergi hospital malam tu kan...isk..isk..isk.
Alhamdullilah, ada
perubahan. Dah boleh buang angin dengan selesa..uhuu dan oleh kerana dia tak
makan banyak sangat jadi buang air besar pun tak banyak lah. So semalam (Isnin)
aku amik cuti sebab hubby tak berapa sihat sepenuhnya. Last touch-up aku
panggil pakcik (tukan urut) untuk datang membetulkan urat saraf laki aku ni.
Urut sana urut sini, alhamdullilah dah bertambah baik dan sakit-sakit urat tu
pun dah kurang. Tapi hari ni kalau masih ada kesakitan jugak akan aku paksa
hubby aku ni pergi hospital lagi. Double check supaya betul-betul konpem
semuanya ok.
Hmm...aku rasa aku
pernah terkena sakit macam hubby aku ni, sakit di bahagian pinggan belah kiri
dan memang sakitnya ya ampunnn...azab ngeri sangat sampaikan aku dah terfikir
mungkin ajal aku dah sampai masa tu. Dan aku ingat lagi doctor cakap, kalau
sakit bahagian kiri pinggang tu adalah disebabkan saluran usus besar bengkak (sembelit)
dan kalau belah kanan appendic dan kalau sakit belakang barulah buah pinggang. Gurlppp...nasib
aku belah kiri. (alhamdullilah) tapi tak lah selama hubby aku ni. Mungkin ni first time dia kena dan aku dah berkali
kena dan doctor cakap jugak, punca boleh jadi macamni samada air kencing kotor
disebabkan aku banyak minum minuman yang berkafein atau aku membuang air besar
tak ber-sistematik sehingga boleh menyebabkan sembelit.
Disarankan supaya
banyak minum air suam dan makan buah-buahan. Sejak dari tu aku dah kurangkan
minum air coke, Nescafe dan yang seangkatan nya. Sakit beb...sakit
sangat...ngeri tauu...Mungkin pada yang belum merasainya tak dapat nak membayangkan nya lagi, tapi bagi yang dah pernah mesti korang akan tahu kan, nak urut tak boleh, makan pain killer pun tak jalan nak berdiri pun dah tak mampu masa tu...eeeeeeiiiiii...minta jauhkanlah lagi yer.
Dan untuk hubby
aku, semoga cepat sembuh dan sihat semula seadanya. Aminn..
sakit yer..olololo cianyer cayang.....sabar yer.. |
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..