Ini adalah salah
satu tempat di mana-mana dalam shopping complex yang aku jarang akan singgah.
Sebab?? Keutamaan aku hanya kadang-kala dan kadang-kadang juga aku lebih senang ke
kedai yang memang hanya khusus menjual pakaian ni, iaitu pakaian dalam wanita.
Dalam bab ni, aku
bukannya memilih nak yang berjenama atau up-to-date, yang penting adalah
keselesaan ketika memakainya di samping kesesuaian warna yang dipilih. Takkan
kalau t-shirt aku kaler putih, bra aku pakai merah (ingat thaigirl show ke?)
uhuu, jadi yang selalu aku beli hanyalah kaler putih, hitam atau creamy. Tapi ada jugak kenkadang aku
beli yang tricky2 etc; polkadot or tiger stripe...ngaummmm..!! Itupun
2:10 je yang ada dalam koleksi aku.
Baru-baru ni aku
ada mengunjungi satu pusat membeli belah Jusco Midvalley, sedang aku pergi
mengintai-ngintai apa yang best-best, aku tertarik dengan satu sudut yang
berwarna-warni. Wow..colorful
sungguh!! Semua warna ada, merah, biru, kuning, oren, hijau dan banyak lagilah.
Itulah dia bra brand scarlet!!! Sangat cantik dan trendy!! Weeweettttt!! Hubby aku pun
sempat tegur, wooowwww (apa yg tersirat dlm hati dia, itu aku tak pasti).
Walaupun colourful bagai, aku tak
beli pun sebab belum masa untuk aku membeli my
internal outfit. ihii (ada time2 ok..) Korang mesti tahu dan maklum harga
bagi scarlet bra ini sangatlah mampu milik bermula dari RM 10 – 30 . Size ada
beraneka size dan design pulak not bad lah, ada yang ber-spounge dan
tak, ada yang push-up dan tak dan ada yg bentuk butterfly dan ada yang basic.
Memang menerujakanlah kalau sampai kat corner
scarlet ni itu belum ditambah dengan ‘suar centot’ dia lagi. Fuhhh, tak
terlarat nak membeli je. Tapi tetap berbaloi kalau sekadar nak pakai ganti
seharian kan. Mencapai tahap keselesaan atau tidak itu bergantung kepada setiap
individu yang memakainya. Bagi yang mengutamakan branded, tentu-tentulah tak dipandangya brand ni. Tapi bagi aku pula, janji sesuwaiiii!!!
Aku pasti dan
sangat yakin aku pasti akan pergi semula untuk mencari size yang bersesuaian
dan berpadanan sebab aku rasa bulan lepas aku takda lagi membeli yang baru jadi
sebelum kehabisan stok aku perlu membeli yang baru!!.
.WARNA DAN WARNI KANN???. |
.MEH CLOSE-UP LAGIK. |
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..