Hayun buai kekek
Kekek Hulu Golok
Hok dia lokek
Hok orang dia nok
Hahaha...agak sukar
tak nak membaca pantun di atas; sila guna dialek pantai timur k. Sebenarnya ada
melodi dia tersendiri ni kalau nak nyanyikan pantun ni. Aku dapat ni pun bila
mak aku usik-usik cucu dia. Memula aku tak perasan, tapi asyik selalu je dia
dok ulang barulah aku terperasan, walaupun bunyi macam kelakar tapi penuh
dengan makna.
Ditambah aku baru
je mendengar kisah seorang ‘kawan’ yang boleh dikategorikan sebagai kedekut
ilmu !! isk, kawan macamni tak patut dapat title
kawan mungkin patut dikenali sebagai “only fren when to get info” or hacker.
Antara contoh
perbuatan kawan macamni ;
- bila dia tahu sesuatu yang dia ingat ‘hanya’ dia je yang tahu, dia akan merahsiakan sumber maklumat yang dia ada dengan matlamat biar dia je yang tahu padahal zaman sekarang ni bukanya susah pun nak dapatkan info;
- apabila dia merasakan sesuatu yang berlainan yang kawan dia tahu maka dengan gigihnya dia cuba dapatkan maklumat tersebut dan kawan dia yang very the tak kedekut ilmu ni pun bagilah dengan penuh keikhlasan;
- Dalam diam-diam memendam minat untuk mendapatkan benda yang sama dengan kawanya akan tetapi seboleh-bolehnya nak menegakkan kebenaran yang kononya dia ‘terbeli’ terlebih dahulu dengan secara kebetulan; dan
- Tanpa segan silu memberi teguran mengenai fesyen orang sedangkan fesyen dia totally lost dan ke laut a.k.a tua sebelum usia.
Sebenarnya banyak
lagi cirri-ciri orang jenis macamni ; bagi akulah, kalau tak tahu kita
bertanya, kalau kita tahu kongsikan ; tak rugi apa-apapun kan? Malahan aku akan
rasapuas bila pendapat atau sumber yang kita bagi memanfaatkan orang lain, tak
gitew cik senah oiii????
Mungkin dalam hati
dia ada satu suara kecil yang menghasut dia dengan kata-kata begini ‘ jgn bagi
oo nanti dia nampak lagi hebat dari ko’.. hmmm...kahsihan....Tapi ingat, orang
yang busuk hati ni tak kekal lama dalam persahabatan, bila ko dapat buku dengan
ruas barulah ko tahu nikmatnya erti sebenar sebuah persahabatan. RENUNG-RENUNGKAN
di bilik termenung.....
Kalau aku yang dapat kawan macam ni, akan ku pastikan; kalau dia tanya nama ibu negeri Pulau Pinang pun aku nak cakap.... Temerloh je, padan muka ko !!
ca..ca..
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..