Mr.Tabung

Monday, May 21, 2012

mAK AII....DEMOK NYER...


Kurus..gemuk..kurus..gemuk..kurus..gemuk..gemuk..gemuk....tidakkkkk....!!! pls kurus semula...pelisss....

Apa yang aku merepek ni? Ini adalah merepek a.k.a kenyataan. Bila tiba time aku mengandung, maka badanku akan ber-transformasi dengan jayanya. Size akan naik sehingga xxl atau lebih!! Iyalah kan, berbadan dua, haruslah jadi macam tu, kalau tak naik pun bahaya jugak. Tak sihat pulak kan.

Dapat baby memang seronok tapi selepas bersalin lagi 'seronok' bertungkus lumus mengurangkan berat badan ke tahap asal. Nasib baiklah aku jenis yang cepat naik dan cepat turun berat badan aku ni, walaupun begitu, usaha kena gigih, azam kena kuat. Ditambah berpantang 100% tradisional + bertungku + BENGKONG + berurut = WAJIB!!

Memandangkan aku dah pernah berpantang 2 kali jadi aku dah tahulah selok belok semasa dalam period tu. Antara rutin yang wajib aku jalani dalam tempoh 44 hari adalah ;

  • bangun pagi mandi dan minum air periuk (jamu) secawan
  • air masak hanya boleh minum separuh cawan sahaja (suam sahaja)
  • nasi segumpal dengan lauk ikan bakar. (1 hr sekali je aku mkn)
  • berurut (kipas tidak dipasang) dan bertungku satu badan
  • badan dibengkong dengan ketat sampai paras punggung (pagi hingga malam)
  • makan jamu selepas bersalin (jamu al-fiat) berbagai jenis aku kena telah (dengan muka sekelat-kelat )

Perkara di atas lah yang aku buat setiap hari bermula pagi hingga malam, memang agak extreme yer saudari sekalian, kalau ikutkan malas aku memang tak menjadilah jawapnya. Bila mak aku bagi hint begini ; nak cantik tak??? terus aku bersemangat semula dan sampai cukup 44 hari.

Disebabkan perkara di atas jugalah aku gigih balik ke kampung kalau selepas bersalin, banyak kemudahan tradisional kat kampung ni. Kat bandar ni pun ada jugak tapi sedia maklumlah harga yang ditetapkan ye. Dan setakat ini semua pantang period aku berbuahkan hasil yang membanggakan. hihihi. Pendek kata ada sesetengan baju masa lom kawen pun boleh pakai di kala ini, sangat teruja.

Jadi aku menasihati bakal-bakal ibu sekalian, jangan risau sangat tentang perubahan selera makan ketika mengandung ye, Aishwarya Rai yang badan tip-top tu pun sekarang dah gedempol pun rileks je (konpiden kena tinggi) pasti akan turun semula dengan usaha.




.TENGAH PEKNEN.


.TENGAH PANTANG.


.SELESAI SEMUA.




 Chaiyokkkk!!!!


2 comments:

Komen murni murni je yer..muchoo..