Mr.Tabung

Wednesday, May 16, 2012

Mana nak cari niiii...!!


Mana?? Mana?? Mana?? Iskkk..stresssnyerlah...

Inilah baru dinamakan lipas kudung.!! Today is not my day!! Asal lah hari ni baru nak datang buat audit?? Asal tak bagitau sebulan sebelum??? Dahlah harini semua kerani aku cuti...aku sensorang diri.

Masa nilah nak cari borang aduan pelangganlah, fail aduan pelangganlah dan yang paling menyirap kan darah aku bila aku kol sorang-sorang kerani yang cuti ni tapi tak angkat !!!! Ko siap datang kerja nanti, tahulah aku nak tunjukkan kuasa vito aku. Selama ni aku lemah lembut gemalai kan, tapi bila dah menyusahkan aku, tau lah nasib korang pasni.

Huhhh...

Lepas sikit stress...meh aku kongsikan sikit perihal harini kat opis aku ni, 2 orang kerani bercuti dan sorang lagi mc, dahlah bos aku suruh pi cari kat rumah makcik ni nak pastikan betul ke dia mc (isk, mcm takde keje lain plk aku nk g intip org). Yang mendatangkan masalah nya bila tiba-tiba pihak audit nak datang buat lawatan. Haa, start dari tulah semua jadi kelam kabut, kerani kaunter khidmat pelanggan pulak bercuti pergi melancong dan yang sepatutnya menggantikan pulak mc, jawapnya aku lah pulak jadi patung cendana kat kaunter tu nanti.

Sebelum ni pun masa kat opis lama aku dah terbiasa jadi bidan terjun jaga kaunter ni tapi semuanya dah siap diatur tunggu aku je terpacak kat situ. Tapi kat sini, aku yang nak kena uruskan semua, hangin satu badanlah aku. Nak disedapkan cerita pulak, selama ni aku tak tau pulak kewujudan borang aduan pelanggan tu (ihiii) , haaa...masaklah aku bila bos suruh aku sediakan semua tu bagai. Bila aku menelifon kerani yang bertanggungjawap tu tak jawap phone pulak kan. Memang stresslah aku.

Dahlah semua kerja mengesah-sahkan borang aku pulak kena ambil alih sementara, punyalah ramai orang awam datang nak sahkan borang, manalah nak sempat aku nak mencari fail-fail lain lagik!!!

Moral of the story (moral for me to learn) kena pantau segala kerja anak buah aku selepas ini...!!! (sebelum aku tukar opis)..!!



  • Babe, sorry tak dpt join lunch harini, bz k...

No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..