Alahaiii...apalah
kena dengan aku ni, suka je nak menangguh-nangguhkan kerja, adakah itu
dikategorikan sebagai pemalas?? Macam tak je kan? Hihihi.
Aku macam dah
terperasan yang sejak aku naik pangkat ni (bkn tinggi pn sgt pangkat tu) aku
macam malas je nak bertindak seperti yang sepatutnya. Anak buah aku pun aku tak
pantau, sampaikan boss aku pernah sound aku, “cc sila pantau sikit anak-anak
buah u tu, ada ke takde datang kerja”, baik tuan. (takat tu jelah yang aku
mampu buat pun). Sampaikan kadang-kadang nak turunkan tandatangan nak sokong cuti pun aku malas..apa kess??? adakah aku telah diserang oleh Virus Malas!!!
Lagi satu masalah nya anak buah aku, kebanyakanya dah layak aku panggil ‘makcik’, susah sikit aku
nak berkomunikasi menggunakan bahasa aku, kang tak memasal kecik hati dan
pasang dendam pulak kat aku.uhuuu. Lagi dua pulak, separuh jiwa aku masih tak
berada kat sini, seolah-olah aku macam dah tahu je yang aku bakal berpindah
sekali lagi ke kementerian lain (yeker?), jadi, ini menyebabkan aku buat endah
tak endah je pasal hal sekeliling aku ni. Seolah-olah hanya untuk sementara je aku bertapak kejap kat sini.
Lagi tiga perkara yang membuatkan aku jadi sebegini, mungkin disebabkan persekitaran termasuk pergaulan di sini tak kena dengan jiwa aku ni. memang ramai yang cuba berkawan dengan aku dan aku pun cuba untuk menyelami perangai derang ni tapi ternyata aku tak boleh bergaul mesra sebab berbeza citarasa. Jadi aku lebih rela menyendiri melayan perasaan dengan berblog, tak kacau sape pun kan? cuma kacau kerja aku jelah.kihkihkih.
Aku juga dah malas nak mem-publish kan diri dengan menyertai apa-apa aktiviti yang dianjurkan kat sini, senamrobik aku malas, ke gym aku malas, tarian aku malas, ada kelas berenang pun aku malas sampaikan kalau ada aktiviti berkaraoke pun aku tak join dengan alasan husband tak bagi. Bukan aku berlagak ke apa tapi entahlah, bila aku perhatikan ke-excited derang tu aku jadiiiiiiiiiii hmmmm malas. malas serba-serbi. Sukan lagilah aku tak berminat langsung, ada jugak orang ajak aku join netball, futsal, badminton dan bowling, dalam sumer sukan tu satu pun aku tak berminat, bistu apa yang aku minat????
Sejenak aku berfikir;
Mungkin sebab aku
kurang buat kerja tapi dapat gaji buta je selama beberapa bulan ni, tu yang
handphone aku hilang kot, tapi pulak, setahu aku hp tu bukan nya aku beli masa
aku dah naik pangkat pun..isk isk. Kat tempat lama tak pernah pun hilang
apa-apa yang berharga macam ni, hilang ‘hati’ je adalah.hahahahaha...hilang
hati mati lah aku nanti.
Sebenarnya setiap
malam sebelum aku tidur, aku pasti merancang untuk membuat perubahan sikit kat
opis aku tu, tapi macam biasa, bila sampai je kat opis semua rancangan aku tu
terkubur tanpa sebab. Salah aku jugak ke? Niat dah baik cuma tak terlaksana je.
Contoh macam harini, sesampai je aku kat opis, benda pertama yang aku akan buat, bukak FB dgn Blog, start dari tu, aku terus tak bangun-bangun, terpacak depan pc, nak daftar surat harian pun aku ambil masa sampai tengahari, jap lagilah..jap lagilah, itu je aku guna pakai dalam otak aku nih. Adooyaiiii, ini sudah parah, kalau dibiarkan mahu aku kena turung pangkat ke N1 terus. Baru padan muka aku.
Walau bagaimanapun, aku akan berusaha untuk mempertingkat mutu attitude aku ke arah positif supaya bersesuaian dengan jawatan aku sekarang ni. BERUSAHA!!!! ok .aku nak rekod surat kejap.
ca...ca...
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..