PEJAM CELIK pejam celik,
perasan atau tidak, pantasnya lah masa berlalu. Baru je rasa sambut new year 2012, sekarang dah pun April.
Baru je Isnin, hari ini dah Jumaat. Baru je pagi, dah tengahari seterusnya
petang dan diakhiri malam. Rutin harian berjalan seperti biasa cuma yang
berubah waktu dan peristiwa. Waktu yang terlepas tak berpatah semula dan setiap
peristiwa yang dilalui akan dijadikan kenangan.
Banyak perkara dan
benda kita telah buat, ada yang boleh membuatkan kita tersenyum puas dan ada
yang boleh membuatkan kita berharap sangat agar waktu dapat diputarkan semula. Mana
mungkin semua tu boleh terjadi, memang benar kita tak boleh melihat masa
mendatang, apa akan terjadi sekejap lagi atau esok ataupun lusa. Hanya boleh
menadah tangan berdoa agar esok akan menjadi lebih terbaik dari hari ini.
Memang mudah untuk
menasihati agar jangan berputus asa atas setiap kegagalan, tapi untuk
mempraktikkan adalah perkara yang sukar kerana kita hanya manusia biasa yang
mempunyai hati dan perasaan dan jalan yang mudah boleh diambil, biarkan waktu
yang melupakan dan masa mengajar erti kehidupan yang sebenar.
Untuk memenuhi
semua keinginan bukan satu perkara yang mudah cukuplah sekadar memenuhi
keperluan, itu yang terbaik. Jika ingin mengejar segala keindahan duniawi nescaya
kita akan pasrah di pertengahan jalan. Jika kita berlandaskan hidup untuk hari
ini, fikirlah sejenak ; bermanfaatkah hari-hari kita semalam?, tetapi jika berpegang teguh hidup untuk hari yang
mendatang, maka masih banyak yang perlu difikirkan untuk dimanfaat sebaik mungkin. Pilihan ditangan masing-masing dan tiada siapa yang memaksa atau dipaksa.
Aku bukanlah ustazah
yang tinggi ilmu rohaniah ataupun ahli falsafah yang pandai berkata pujangga
tetapi aku hanya manusia yang hanya sekadar ingin berkongsi sedikit pendapat.
Itu je.
Salam JUMAAT.....
keheningan malam
membangunkan, kepayahan jiwa meluahkan, andai kau jujur memahami tiada ku
menjauhi, dan kisahku yang masih panjang, menambahkan berat yang memandang,
lantas ku pendam ku putuskan biarlah rahsia....
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..