25 April 2012 bersamaan
hari Rabu atau Wednesday (ihiiii),
merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua kakitangan kerajaan di seluruh
pelosok negeri dalam Negara Malaysia ini (termasuk aku). Jikalau sesiapa yang
masih samar-samar bayangan lagi, meh aku tolong terangkan.
Seperti yang telah
tersedia maklum, dalam pengumuman bajet tahun lepas, sistem SBPA (Sistem Baru
Perkhidmatan Awam) diperkenalkan, tetapi telah ditangguhkan dan akhirnya
dibatalkan atas kebaikan bersama dan sejagat (tq CUEPAC) . Walaubagaimanapun,
yang tidak terbatal adalah kenaikan gaji. Yerrrr!!! Gaji kakitangan awam akan
dinaikan sehingga 13 % mengikut gred yang telah ditetapkan dan lebih
menggembirakan lagi kenaikan ini telah di berkuatkuasakan bermula Januari 2012,
ini bermakna April ini kami-kami ini akan mendapat back-dated daripada Jan – Apr (kiralah sendiri yer). Iaitu pada
hari gaji April ini 25 hb.
Alhamdullilah,
rezeki. Terima kasih kepada kerajaan yang memahami isi hati rakyat jelata ini
ya. Sedikit sebanyak dapatlah membantu dan menampung perbelanjaan seisi
keluarga.
Kepada kedai-kedai
runcit, janganlah nak menaikkan harga dengan riang-ria nya yer, nanti tak
memasal didenda jika ada yang me-report pada pihak berkuasa, lagi rugiiii tau.
Memandangkan gaji
dah naik, ramai pulak yang menelifon dari pelbagai koperasi dan agensi tertentu
untuk mempelawa untuk meng-overlapping atau membuat pinjaman baru atau lebih
dikenali sebagai LOAN. Hal ni aku tak
boleh nak komen lebih-lebih sebab ini hal peribadi sendiri, kalau rasa
berbaloi, teruskan, kalau rasa takde sebab, takyah buat, duk diam-diam.
Bagi aku pulak,
sudah ada agenda tersendiri untuk gaji baru ku nanti, kemudian hari nanti baru
aku update apakah agenda tersebut
(ngehngehngeh), klu sikit; idaman hatiku.
Kesimpulanya,
pastikan gaji baru ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin sebab nak tunggu naik
lagi gaji, aku tak pastilah tahun bila pulak.
RENUNG-RENUNGKAN
.CEK CEK CEKIDAUDDDDDDDD. |
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..