Selamat hari Isnin
semua!!! Mesti ada yang berwajah ceria, semangat memulakan tugas dan kepada
muka yang tak berapa nak ceria tu, takpe...kejap lagik lepas bekpes (bersama
kengkawan) pasti muka korang akan kembali ceria. Aku pulak ??
tentulah ceria, tak tahu lah sebab apa yang boleh menceriakan aku ni (lepas
bekpes gn ‘kawan’ kot) ataupun sebab semalam aku ber-jogging (motip ?)
Buat pengetahuan
semua, cuti baru ni, tak ada aktiviti yang major,
sekadar shopping barang-barang dapur
dan family hang-out jer. Jadi, pada
hari Ahad (6.30 pagi) aku telah dikejutkan oleh hubby yang mengingatkan pesanan
aku untuk jog. (abg, jgn lupa bangun awal tau)rupanya, aku yang tak
terbangun.ihiii. Sambil bermalas-malasan masuk bilik air, gosok gigi, jirus
sikit badan (tak sabun pun)barulah kembali segar (semangat pun berkobar
semula).
Wowww..nyamannya
udara di pagi hari dan ramai jugak orang yang berjogging di pagi hari ni
rupanya. Aku pun siap warming up terlebih
dahulu (kater instructor aerobic) dan
strech sikit badan aku ni, barulah
aku memulakan larian aku, hubby pun sama.
Lebih 20 minit, makin
lama aku rasa makin penat (hahahhaha), tapi aku gagahkan juga mengejar hubby
aku yang dah ke depan, jadi dipendekkan citer, baik aku jalan jelah sama je
janji bergerak. Malangnya, semangat aku tiba-tiba hilang disebabkan aku rasa
kaki aku ni dah mula menegang, pasal apa ek??? Jadi, aku pun dengan muka
seposen ajak hubby aku balik dan nyata badan hubby aku memang dibasahi peluh
(ke dia jirus air supaya nampak cam real)
badan aku pulak??? Macam nak g shopping
complex, masih segar dan bergaya, ihiiiii.
Waktu balik sempat
singgah Mamak Pelangi, pekena teh-tarik dgn roti canai banjir (berbaloi ke aku
jog tadi??) ah, lantaklah. Lepas tu terus balik rumah. Mengantuk + kepenatan
tiba-tiba aku diserang sakit kepala. Adoyaiii, hubby aku cakap, lain kali tak
payah lah k mummy nak jogging, jogging atas katil sudah r. Kesimpulanya, aku
terbaring atas katil dan sampai tengahari baru hilang sakit kepala aku tu.
Tapi aku masih
yakin, aku tetap akan berjogging lagi memandangkan kasut ADIDAS yang baru
dibeli untuk jog tu wajib digunakan. Berusahaaaaaa!!!!
Tiada
gambar sempat snap memandangkan waktu
pagi dan leceh bawak kamera...sekian.
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..