Penat...penat..penat....kalaulah
aku ni orang kaya (tetap bersyukur seadanya) , akan ku upah setiap kerja rumah
sorang orang gaji, uwahhhhh...berangan ko yer, sudah-sudah, sila berpijak di
bumi nyata!
Ihiii, ini bukanlah
rungutan atau penyesalan atau sebagainya yer, aku bersyukur dengan setiap
kelebihan mahupun kekurangan yang dicurahkan kepada aku dan keluarga. Walaubagaimanapun,
sebagai manusia biasa, tentulah aku ada merungut jugak .
Pagi pergi bekerja
sampai petang (rutin harian), macam-macam hal ada kat tempat kerja yang
memerlukan bergerak pantas baik dari segi fizikal ataupun mental. Tiba je waktu
balik, macam biasalah, punch-the-card and zapppppp terus gps ke rumah, no lencong-lencong ke lain sebab ada seseorang sedang
menanti kepulangan ku (mcm hari raya plaks..ihii).
Sesampai je aku kat
rumah, macam biasa lah hubby aku akan bermain dgn anak dia kejap pastu dia pun
dengan lemah longlainya masuk bilik n ZZZzzzz. Aku???? Jangan haraplah aku
dibenarkan tutup mata seketika ke sejenak ke, kalau boleh nak kelip mata pun
tak boleh. Ini kerana anak aku a.k.a puteri diraja tu akan mengarahkan aku
supaya melayan dia (mandi pun lom lagik aku), nak itu nak ini, nak tengok cd,
nak dengar lagu, nak main kat luar dan macam-macam hal lagik. Kalau tak di
ikut, kesian pulak, dah sepanjang hari aku takde kat rumah (manja terlebih).
Tapi, aku tetap
bersyukur sebab hubby aku ni dalam bab memasak tak cerewet sangat, kalau dia
lapar tanpa tunggu aku, dia dah ke dapur masak ala-ala koboi (tp sedap gak).
Jadi, waktu selepas balik kerja takdelah aku tergesa-gesa kena memasak,
kenkadang aku dah siap bungkus apa yang patut otw balik rumah. Tapi sebagai
isteri (chewahhh) tanggungjawap tetap tanggungjawap, buat air teh ke atau gorenglah
apa-apa yang senang.
Back to the
story-mory)
Mak aku cakap, bila
anak dah masuk umur 5 tahun, takdelah penat sangat nanti, dia dah besar tapi
aku risau tak sampai umur dia 3 tahun, sekali dah ada adik pulak (ihiiiii),
maka terpaksalah aku memutar kembali kepenatan aku seperti ini. Kihkihkih,
rezeki jangan di tolak (betul takkkk????)
Bila jam dah
menunjukkan 8 malam, barulah aku akan memaksa anak aku ni masuk ke dalam bilik
dia, guling-guling dengan dia, tukar lampin, bagi minum susu, main-main
sampailah dia tertidur (kul berapa itu tak tentu, ikut mata dia), barulah aku
boleh berehat atau menonton televisyen. Beberapa jam yang berbaki itu jelah
masa untuk aku, iron bajulah, siapkan
baju untuk hubby dan settle kan
kerja-kerja rumah apa yg patut.
Masa yang tinggal
tu jugaklah digunakan untuk chit-chat
gn hubby dan lain-lain hal (tuuuttttttt). Barulah aku akan merebahkan diri di
atas tilam dengan penuh nikmat.....ZZZZZZZzzzzzzzzzz tapi tiba-tiba TIT Tit
TItitit... APA???? Dah pukul 5.30 pagi??? Aikkkkkkk...macam baru je tidur....ok
masa untuk bangun dan memulan rutin harian lagi dan lagikkkkk.....
Walaubagaimanapun
setiap kali kita kepenatan, bila tengok je muka anak ataupun dia kish kish kiter, maka sumer kepenatan tu
pun hilangggggg dan rutin tu akan kembali lagi dan lagi tapi aku tetap akan
tersenyum (dan merungut)
Itulah aku ANAK, ADIK, ISTERI dan IBU.
ITULAH PUTERI YG DIMAKSUDKAN, KASUT LEBIH DR 5 PASANG, TP STILL SUH DUKUNG. |
No comments:
Post a Comment
Komen murni murni je yer..muchoo..