Mr.Tabung

Thursday, April 12, 2012

.NI JE AKU SEMPAT TANGKAP.ABAIKAN MODEL TAK BERBAYO DISITU.




Harini aku tak tahulah kenapa perut ni asik mintak makan jer sedangkan pagi tadi sebelum pergi opis aku dah pekena roti banjir kat mamak pelangi. Sekali belum pun kul 12, perut ni dah berbunyi plus tangan dah gigil-gigil. Isk..isk tak konsisten langsung. Ada hari aku makan kuih je waktu pagi sampai petang tahan perut aku ni tapi kalau tak kena harinya, aku dah suap nasi lemak bungkus pun stillkelaparan lagik.

Oleh kerana aku tak mengamalkan apa-apa diet lagi untuk saat ni, jadi waktu makan aku tak berbatas tapi bila sampai waktu diet aku nanti, haaaa....maaflah yer, makan ikut time or time ikut makan.

Oleh kerana dek kelaparan tadi, aku telah menerima pelawaan rakan opis aku untuk sekian kalinya lunchie kat Restoran Anjung Merah. Restoran ni telah dikunjungi jalan-jalan cari makan (ada orang kesah ke?) Menu untuk tengahari disitu adalah nasi campur di mana lauk-pauk nya sangatlah beraneka jenis + kari daging kawah, memang ngetop seh...!!!

Tempat agak strategic dan parking kereta pun senang, harga berpatutan dan makanan semuanya enak-enak (giler skema) jadi, sesiapa yang masih belum tahu pasal Restoran ni bolehlah pm aku untuk di bagi alamatnya. Sebab-sebab aku tak nyatakan kat sini je alamatnyaadalah kerana aku sendiri pun takde alamat surat menyuratnya, tapi kalau sekadar bagi direction bolehlah ye.

Seperti biasa masa otw pergi menjamu selera SEKALI lagi telinga aku terpaku mendengar sebuah lagu ni ; nyanyian suki ; tajuk ; terlalu mencintaimu. Oleh kerana aku rajin, kali ni aku meng-copy dan meng-paste kan liriknya. Pada sesiapa yang jiwa kacau atau putus cinta atau kecewa atau sebagainya, silalah pergi meng-dolod atau you-tube ataupun tunggu sampai lebam DJ pasangkan kat radio sebab anda pasti akan terasa lirik dan lagu ni memang sesuai untuk anda!!!

layannnnzzzzzz.......

(terlalu mencintaimu by suki)

Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu

Ku hanya bisa meneteskan air mata
Jatuh rasanya langit ini

Apa salahku?
Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu?
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu

Benarkah salahku?
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat… Sayang…




kejam.kejam.kejam.kejam.kejam.kejam.kejam.kejam




No comments:

Post a Comment

Komen murni murni je yer..muchoo..